Jika letak jawatan sebagai penjawat awam, apa terjadi pada pembiayaan LPPSA yang diguna? 

0
986

 

 

Seorang rakan saya bertanya,

Jika dia letak jawatan dalam kerajaan, apa jadi dengan pembiayaan perumahan LPPSA yang dia dah guna? 

Ini sedikit jawapan yang mungkin boleh membantu penjawat awam lain sebelum membuat keputusan meletak jawatan yang semestinya akan memberi kesan kepada pembiayaan LPPSA yang telah dibuat.

Saya letakkan contoh angka supaya mudah faham.

Harga rumah : 500,000 (100%)
Kos dokumentasi : 10,000 (2%)
Pembiayaan LPPSA : 510,000 (102%)

 

#1: Anda boleh memilih untuk teruskan pembiayaan LPPSA selepas letak jawatan sebagai penjawat awam

7% adalah kadar keuntungan dalam kontrak LPPSA. 4% adalah kadar keuntungan efektif selagimana anda masih berkhidmat dengan kerajaan. Sebagai penjawat awam, anda menikmati 3% subsidi yang ditanggung oleh kerajaan sebab menghargai anda sebagai kakitangan kerajaan. Sekiranya anda letak jawatan, subsidi 3% ini akan hilang dan anda perlu tanggung keseluruhan kadar keuntungan 7%.

Namun begitu, anda tidak perlu mengeluarkan kos tambahan yang banyak untuk dokumentasi tambahan (kerana pembiaya masih sama) atau pindahmilik (kerana pemilik masih sama).

 

#2: Anda boleh refinance menggunakan pembiayaan bank

Sebaiknya refinance lebih awal sebelum meletak jawatan agar anda tidak perlu menunggu 6 bulan slip gaji untuk pekerjaan yang baru.

Kadar keuntungan bank lebih kurang 4.5-5.5% bergantung kepada skor kredit anda di mata bank. Jadi, ia tidaklah setinggi 7% jika meneruskan LPPSA.

Sekiranya nilai pasaran rumah tersebut masih sama iaitu 500,000, dan anda hanya perolehi margin pembiayaan 90% (450,000), maka anda mungkin perlu topup 50,000 + 10,000 untuk penyelesaian penuh pembiayaan LPPSA.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu mengeluarkan kos untuk dokumentasi perjanjian pembiayaan dengan bank (kerana pembiaya berubah dari LPPSA kepada bank) Untuk kos ini, anda boleh minta untuk masukkan sekali ke dalam amaun pembiayaan.

Tiada tambahan kos untuk pindahmilik (kerana anda masih pemiliknya).

 

#3: Jika pasangan anda adalah penjawat awam, jual rumah itu kepadanya

Untungnya, pasangan anda boleh mendapatkan pembiayaan penuh untuk rumah tersebut, tertakluk kepada kelayakan maksimum. Malah, tiada RPGT dikenakan.

Antara kos tambahan ialah dokumentasi pindahmilik (penukaran nama daripada anda kepada pasangan anda) dan dokumentasi pembiayaan. Bagi kos dokumentasi pembiayaan, kebiasaannya ia boleh dimasukkan sekali ke dalam amaun pembiayaan.

 

Sebelum anda membuat pilihan,

a) nilai pasaran terkini rumah tersebut
b) amaun untuk penyelesaian penuh pembiayaan LPPSA
c) kelayakan pembiayaan anda dengan bank (walk in jumpa banker)
d) rekod CCRIS dan CTOS

Kemudian solat hajat mohon petunjuk.

Semoga membantu.

Nota : Jika ada info yang salah, mohon maklumkan untuk pembetulan. Saya hanya highlight konsep sahaja, kemungkinan ada sedikit sebanyak tambahan / pengurangan kos tertentu yang tidak saya spesifikkan.

 

Sumber artikel disini

Sumber gambar

Comments

comments