Saham untuk newbies : Jenis – jenis kaunter dan instrument berkait dengan saham (Siri #4)

0
2099

Bagi seorang newbie dalam saham, penting untuk belajar terlebih dulu tentang saham sebelum mula melabur dalam saham.

Dah tentulah kita tak nak tersalah langkah kan?

Kali ni kami bawakan perkongsian Che Muhammad Faiz tentang jenis-jenis kaunter dan instrument berkait dengan saham.

Jom baca sampai habis. Semoga bermanfaat.

Kali ni saya nak kongsi dekat semua tentang jenis-jenis saham dan instrument yang berkait dengan saham itu sendiri. TAPI sebelum itu buat pembaca yang belum ada akaun CDS dan Trading, saya SARANKAN anda membuka akaun dengan segera. Yelah bukan apa, sambil membaca artikel-artikel boleh terus PRAKTISKAN ilmu ini.

Okay lah, saya teruskan dengan artikel kali ni.

Setelah Fifi merasai pengalaman membeli saham IPO (artikel #Siri3), kali ini Fifi ingin cuba membeli saham di Secondary Market.  Tetapi Fifi keliru kerana sudahlah kaunter banyak malah Fifi tidak berapa faham dengan jenis-jenis kaunter yang ada di Bursa. Lalu Fifi bertemu Broker kesayangannya En. Faiz untuk  mendapatkan penjelasan.

En.Faiz menjelaskan tentang perbezaan kaunter-kaunter tersebut.

 

“Apa perbezaan kaunter- kaunter yang ada di Bursa?”

 

Kaunter #1 : Saham Biasa (Ordinary Shares)

  • Merupakan kaunter saham yang biasa dibeli oleh pelabur & pedagang.
  • Mendapat kelebihan untuk menghadiri AGM & layak untuk mengundi.
  • Layak menerima Dividend, Bonus issues & Right issues.

Contohnya, Nama: Maybank & Stock code: 1151

 

Kaunter #2 : Saham Preferred (Preferred Stock)

  • Mendapat Dividend tetap daripada Syarikat.
  • Tiada Voting Right.
  • Hak terhadap syarikat lebih tinggi daripada pemegang saham biasa.
  • Bertukar dari Preferred Right.

 

Kaunter #3 : Warrant

  • Dikeluarkan oleh Listed company sendiri.
  • Hak untuk membeli saham syarikat pada tempoh tertentu.
  • Terdapat “Conversion Price” jika hendak membeli saham syarikat tersebut.
  • Terdapat penambahan huruf “W” di belakang nama & stock code.
  • Patuh shariah jika Sahamnya patuh shariah.

 

Kaunter #4 : Structured Warrant

  • Dikeluarkan oleh Third Party (Broker House).
  • Terdapat tempoh matang.
  • Dua jenis structured warrant iaitu Call (C) & Put (H)
  • Call warrant di beli jika kita menjangka kan harga Saham akan naik.
  • Put Warrant di beli jika kita menjangka kan harga saham akan menurun.
  • Tidak patuh shariah.

 

Kaunter #5 : Ordinary Right (OR)

  • Pelabur saham Ordinary akan menerima Right issues jika syarikat memberinya.
  • Jika pelabur tidak mahu menukar Right kepada Saham, pelabur boleh menjualnya.
  • Boleh di dagangkan & terdapat tempoh yang di tetapkan.
  • Penambahan huruf “OR” di belakang.

 

Kaunter #6 : Preferred Right (PR)

  • Jika syarikat mengeluarkan PR, ia juga akan diberikan kepada pemegang saham Ordinary.
  • Pelabur yang tidak mahu menukar boleh menjualnya.
  • Boleh di dagangkan & terdapat tempoh yang di tetapkan.
  • Jika subscribe PR, pelabur akan mendapat Preferred Share.
  • Penambahan huruf “PR” di belakang.

 

Setelah mendapat penjelasan, kini Fifi  sudah tahu dan mendapat gambaran yang lebih luas terhadap perbezaan kaunter di Bursa Saham.

 

Belajar sesuatu yang baru?

Haa, begitulah serba sedikit tentang perbezaan kaunter yang ada di Bursa Saham.  Untuk pelabur baru, HATI-HATI dalam menekan kaunter. Takut-takut tersalah pilih kaunter, memang bahaya.

Saya harap artikel ini dapat membantu anda semua dalam pelaburan anda.

Till we meet again!

#MudahnyaSaham #FAZ

 

 

 

Comments

comments

SHARE
Previous articleSaham untuk newbies : Macam mana nak beli saham IPO? (Siri #3)
Next articleMacam mana nak kira zakat ASB?
Che Muhammad Faiz
Che Muhammad Faiz adalah seorang anak muda yang suka berkongsi tips-tips pelaburan saham di akaun Twitternya. Beliau merupakan seorang Dealer's Representative, Equities di Maybank Investment Bank Berhad yang berkelulusan BBA (hons) Finance (UiTM Melaka). Bekerja sebagai Dealer's Representative menjadikan beliau seorang yang berpengalaman dalam menguruskan pelaburan saham.