Jenis hartanah bangunan bertingkat yang anda harus tahu. Nak pilih yang mana satu?

0
2608
Sumber : Ed Aswandi
Sumber : Ed Aswandi

Bila nak memilih hartanah yang sesuai dengan kita, harus di ambil kira apakah jenis hartanah yang kita nak itu. Low rise? Medium rise? Atau high rise?

Apa beza ketiga-tiga jenis hartanah tersebut?

Jom kita hadamkan perkongsian yang kami dapat dari Tuan Ed Aswandi ni. Semoga lepas ni korang tak keliru lagi.

Rasanya dah bertahun dlm FB ni tak pernah nampak dalam wall mana-mana yang explain benda basic ni. Sebab tu lah kena cukup & lengkapkan cycle. Yang mana tiada sebelum ni kita berikan pada para jemaah semua.


Dah ramai orang cakap bab kewangan, subsale, sewa sewi, lelong, sublet, ASB etc. Jadi mana yang lopong2 tu lah kita tacap. Macam bab hartanah under construction property, siapa lagi dari kalangan bani malay selain Bangsa Jaegers seperti saya, Abe Nazz Zain dan lain-lain teman seperjuangan.

Maka dengan berdiri nya saya disini, kerana berdiri nya anda disana. Kerana berdiri nya anda disana, oleh itu berdirilah saya di mimbar FB disini.Oleh itu di kesempatan di mimbar FB hari ini dengan tajuk apa benda Low-Med-High Rise ini.

#1: Low Rise

Sumber : Ed Aswandi
Sumber : Ed Aswandi

Low Rise ialah sebuah stuktur bangunan yang hanya ada beberapa tingkat tinggi atau mana-mana bangunan yang lebih rendah dari Medium Rise. Biasanya ia mempunyai bangunan setinggi 4 ke 5 tingkat. Boleh jadi ia hanya mempunyai tangga sahaja ataupun lif atau kedua-duanya.

Contoh yang biasa kita lihat ialah perumahan lowcost apartment atau walkup apartment ataupun flat yang biasanya ada 4 atau 5 tingkat tanpa lif. Menapak naik tangga lah jawapnya. Tapi bagi medium cost apartment biasanya ada lif.

Bangunan simple, tiada parking bertingkat & khas untuk setiap unit, tiada service seperti gym, swimming pool etc. Petak parking dikira siapa cepat dia dapat. Tu yang dok berebut parking sampai berlapis-lapis tanpa tarik hand brake sebab diorang senang nak tolak kereta bila ada kereta nak keluar masuk.

#2: Medium Rise 

Sumber : Ed Aswandi
Sumber : Ed Aswandi


Medium Rise ialah sebuah stuktur bangunan yang bermula ketinggian dari 4 atau 5 hingga lah ke 11 tingkat. Kalau di kawasan padat, bangunan Medium Rise ni nampak lebih rendah. Tapi jika di kawasan yang kurang padat kita lihat seolah ia nampak tinggi.

Bangunan Medium Rise ni awalnya direka untuk mengekalkan minimum 5 jam cahaya matahari bagi menyinari jalan2 dan & kawasan lapang agar tak terlindung dengan stuktur bangunan. Medium Rise juga direka untuk melindungi kejiranan, perumahan atau bangunan Low Rise yang lebih berada lebih rendah di bahagian belakang kawasan mereka.

Medium Rise ni memang kena ada lif lah, gila nak panjat tangga sampai tingkat 11. Dan perumahan jenis ni boleh jadi ianya jenis low cost, medium cost, mampu milik seperti SelangorKu & PR1MA serta high end. Klu jenis low cost memang tiada parking khas bertingkat. So sama parking lah bersepah-sepah siapa cepat dia dapat tak payah tarik hand brake

Sekarang ni tak kira dah asalkan ada tanah kosong yang boleh bina bangunan, pihak pemaju atau sesiapa sahaja boleh bina mana2 diorang suka dengan kelulusan lah.

#3: High Rise

Sumber : Ed Aswandi
Sumber : Ed Aswandi

High Rise pula ialah dikategorikan sebagai multi-story stuktur bangunan dengan ketinggian diantara 35 – 100 Meter tinggi atau bangunan dari 12 hingga lah ke 39 tingkat keatas.Bagi bangunan pencakar langit pula (skyscraper) ialah multi-story building yang ketinggian senibina adalah sekurang-kurangnya 100 Meter atau 330 kaki tinggi hinggalah no limit nak sampai level gunung Everest pun boleh.

Jadi sama juga, jenis perumahan High Rise juga boleh terdiri dari jenis Low Cost, Medium Cost & mampu milik seperti SelangorKu & PR1MA. Dan yang paling popular ialah projek Konominium serta High End.

Macam Low Cost Desa Mentari Apartment di PJ/ Sunway tu punyai 18 Tingkat kategori duduk rumah High Rise. Tapi Parking dengan Lif….Masyarakattt seperti tumpuk tumpuk tahi unta.

 

Artikel ini telah disumbangkan oleh Tuan Ed Aswandi .

Comments

comments