Jana pendapatan sampingan dengan melabur dalam rumah low cost. Ikuti perkongsian berkesan dari pakar hartanah ini.

0
1676
1. Nak beli untuk duduk sendiri okay, untuk pelaburan pun okay. Carilah di kawasan hotspot contohnya di Shah Alam, Damansara Damai, Bandar Seri Permaisuri dan yang dekat dengan pengangkutan awam.

 

2. Baru mula kerja, biasanya masih bujang. Kalau nak duduk sendiri, anda duduk di bilik paling kecik. Bilik master dan medium disewakan. Jadi, anda dapat duduk percuma. Penyewa lain yang bayarkan.

3. Bila dah kahwin nanti, anda tamatkan kontrak sewaan penyewa, bolehlah duduk dengan pasangan anda pula dengan bahagia. Boleh main kejar-kejar.

4. Pilihan lain, anda dan pasangan anda sewa di rumah yang lebih murah atau dekat dengan tempat kerja. Manakala rumah low cost tu, tetap disewakan kepada orang lain.

5. Kenapa kena sewakan lagi? Supaya hasil sewaan tu boleh dijadikan pendapatan tambahan untuk beli rumah seterusnya.

hf
6. Kenapa low cost? Biasanya anda akan dapat aliran tunai positif yang sangat best sebab rumah murah, tapi permintaan sewaan sangat tinggi.

7. Ada orang cakap, beli rumah low cost untuk pelaburan macam mengambil hak orang lain yang tak mampu beli rumah. Habis kena kecam.

8. Pada pendapat saya, tak salah. Sebab anda juga memang layak. Kalau tak layak, memang takkan lepas. Anda baru bekerja dengan gaji ciput RM2,000. Itu hak anda.

9. Yang salahnya adalah jika anda sebenarnya bergaji besar, tapi buat-buat macam gaji kecil atau guna orang dalam untuk dapatkan rumah tu. Memang tak beretika.

10. Beli rumah low cost sebagai rumah pertama adalah salah satu permulaan yang baik untuk pelabur baru. Lebih kurang macam try and error. Kalau buat kesilapan pun, tak rugi banyak.

11. Rumah low cost tak sesuai jika anda mengharapkan capital appreciation. Harga pasaran sangat lambat naik.

12. Ada yang kata, rumah di low cost di kawasan hotspot semua dah mahal. Habis tu, tak payah belilah ya. Teruskan berangan nak beli rumah idaman padahal gaji baru RM2,000.

 

Sumber : Facebook

Sumber gambar

Comments

comments