Ini kisah gadis cantik beli rumah buruk pada usia 23 tahun

0
3028
Keadaan rumah ketika Cik Nuraini dapat

 

Umur 23 tahun dah ada rumah sendiri? Macam mana gadis cantik ini mampu lakukannya?

Alasan yang selalu kami dengar bila muda muda dah ada rumah sendiri, alah dia ni mesti mak ayah support tu yang dapat beli rumah awal. Macam mana pula muda muda dah boleh beli rumah sendiri? Umur 23 tahun pula tu.

Gadis ini buktikan usia bukan penghalang untuk beli rumah sendiri. Yang penting diri sendiri kena berusaha bersungguh-sungguh.

Kali ini, kami bawakan kisah menarik seorang gadis bernama Nuraini Za’abar yang berjaya membeli rumah pertama seawal usia 23 tahun.

Penyebab utama yang buat Ain terjebak dengan dunia hartanah ialah Harith Faisal (HF). Disebabkan beliau, Ain dapat peluang untuk menyertai group Stalker Hartanah. Itu permulaannya.

Permulaan Ain tak terus manis, ada juga hal-hal yang tak diingini berlaku, tapi alhamdulillah, itu yang menyebabkan Ain jadi lebih kuat saban hari. Ain dapat sertai Stalker Hartanah sebab dipilih oleh HF. Masa tu memang gila-gila baca status dia, follow semua orang yang dia suruh, beli ebook. Ain tak mula dengan PM mereka secara tetiba dan minta dibelikan rumah, tidak. Nak jadi anak murid, belajarlah hormat guru anda.

Dari group Ain mula berkenal rapat dengan Kak Adlina MN ,Anis Hafiza, Shariza Abd Latif, Nur Hidayah Zakaria, antara perempuan yang Ain kagumi semangat mereka. Ain nak jadi macam mereka.

Ain bermula sebulan selepas kerja, Jun 2016. Alhamdulillah, ada hasil dalam masa setahun. Allah beri laluan dengan hantarkan orang-orang hebat ini disekelilingi Ain.

Ain beli rumah ini atas recommendation orang yang Ain percayai, kak Anis Hafiza dan kak Shariza Abd Latif. Sejujurnya, keyakinan Ain saat tu, di tahap minima. Mereka yang pam jadi maksima. Alhamdulillah. Ahli group yang selalu layan soalan-soalan Ain. Nak faham apa yang kita belajar, jangan pernah malu bertanya. TAPI! tanya dengan adab!

Ini rumah second hand, rumah buruk, rumah tinggal. Tapi di mata Ain, nilainya lebih tinggi. (Bukan nilai di Negeri Sembilan, hehehe). Untuk dapatkan rumah ni Ain korbankan banyak benda. Dan Ain juga belajar banyak benda.

Apa yang gadis ini buat sampai berjaya?

  • Ain simpan separuh gaji setiap bulan (tambah tolak RM1000/sebulan)
  • Ain dapat idea menyimpan ni dengan buku Dr Azizul Azli Ahmad; Wang Ada Di Mana (beli rumah pun baca buku Dr jugak!)
  • Ain buat kerja sambilan (part time) dan cipta sumber pendapatan pasif (Terima kasih kepada abang Mukaram M Jamin yang bawa Ain semula ke jalan/cara yang benar)
  •  Ain belajar untuk jangan pernah kedekut dengan keluarga. (sumber utama keberkatan rezeki)
  • Ain tangguh kehendak beli kereta Vios (memang minat dari dulu nak jadikan kereta pertama)
  • Ain tahu ilmu tak datang mudah, kita kena cari (pergilah TT/seminar/perjumpaan)

Ain yakin ini semua rahmat Allah. Ain datang dari keluarga yang biasa sahaja, tapi kami bahagia dengan apa yang kami ada. Alhamdulillah Ain juga dikurniakan bos yang baik dan banyak mengajar Ain. Positive circle yang selalu buat Ain kuat semangat.

Alhamdulillah untuk semuanya. Doakan Ain terus maju dan segala urusan Ain dipermudahkan ya? Gambar tu ialah keadaan rumah Ain. Dibeli sebegitu rupa. Tapi tadi Ain dah bersihkan. 

Thanks yang sentiasa doakan Ain, moga kalian juga dirahmati Allah. Biarlah awal mula kita BURUK kerana ia juga boleh CANTIK. Tak kisah lah benda tu rumah ke, CCRIS ke, perangai ke, semua boleh.

Hasil pembersihan rumah
Hasil pembersihan rumah
Keadaan rumah selepas dibersihkan
Keadaan rumah selepas dibersihkan

Artikel ini telah disumbangkan oleh Cik Nuraini Za’abar

 

Comments

comments