Hinakah bekerja sebagai REN?

0
1448

Salam semua. Dalam banyak sesi 1-on-1, kadang kadang saya akan jumpa orang yang tak suka kerja mereka atau sedang/bakal diberhentikan kerja. Mereka biasanya berminat nak melabur dalam hartanah dan mereka selalu bertanya macam-mana nak jadi terus jadi pelabur hartanah dgn pendapatan kecil atau kalau dah kena berhenti kerja.

Bila saya dengar kisah begini, saya sarankan mereka jadi ejen hartanah atau Real Estate Negotiator (REN). Mereka mula-mula terperanjat bila saya cadangkan mereka jadi REN sbb mereka kata orang tak sekolah pun boleh jadi REN. Lagipun tiada basic. Malu la kat orang buat kerja buka-pintu rumah orang, kata mereka. Berikut adalah sebab kenapa saya cadangkan mereka jadi REN :

1. REN biasanya akan dapat tahu deal yang elok untuk dijual. So deal hartanah yang paling best, biasanya REN yang akan tahu dulu. Kalau berkemampuan, mereka sendiri boleh beli. ( Kita sebagai pelabur kena jaga REN yang bagus dalam circle kita. Hormati mereka dan kalau ada rezeki, apa sahaja deal yang best mereka akan bagi kita tgk dulu ) ‪#‎RespectYourRen

2. REN ni tiada basic gaji. Income sbg REN juga tak menentu. Tapi kalau rajin, setakat RM5k tu tak susah langsung. Banyak REN berjaya yang saya kenal pendapatan mereka tak kurang dari RM20k sebulan. Ada ex-engineer, ada ex-lecturer, background anda tak penting. yang penting kena rajin, work-smart dan telus. Saya pernah berjumpa 1-ON-1 dgn seorang manager si syarikat MNC berumur 43 tahun yang baru nak diberhentikan kerja. Saya cadangkan beliau jadi REN dan gunakan duit pampasan utk survive 6 bulan sbb REN biasanya sukar untuk 6 bulan pertama. Beliau jumpa saya baru-baru ini berterima kasih atas cadangan saya sbb hari ni beliau ada banyak masa dan masih boleh buat pendapatan konsisten melebihi RM10k sebulan. Tak guna juga kalau title manager gebang-sembang tapi pendapatan tak sampai 5k kan? Ada REN pakai selipar sahaja buat 30k sebulan.

3. Masa kerja yang flexible : Kita tentukan bila kita boleh dan tak boleh kerja. Sebagai contoh, ada ibu muda yang ada anak kecil umur 2 tahun. Beliau nak luangkan lebih banyak masa dgn anak beliau so sbg REN beliau boleh tentukan masa kerja beliau.

4. Boleh belajar mengenai pelaburan hartanah – Anda boleh datang kelas dan bayar beribu, atau baca beratus buku. Tapi semua tu tak berguna kalau tiada pengalaman melabur. Sbg REN, anda boleh jumpa macam macam kategori pelabur dan ambil peluang belajar dgn mereka. Dan sbb REN dah biasa dgn harga jualan dan sewaan hartanah di kawasan jajahan mereka, mereka juga dapat belajar hartanah yang mana boleh dijadikan pelaburan, dan hartanah mana mereka kena lari-kuat-kuat (LKK). Anda bukan lagi belajar teori tapi dapat belajar dan dibayar untuk buat praktikal.

5. Tak perlu buat semua tempat, dan fokus kepada kawasan anda sahaja. Sbg contoh, kisah ibu muda yang nak berhenti kerja untuk luangkan masa dengan anak beliau, saya cakap beliau just kena mula dengan jadi specialist di kawasan kondo yang beliau tengah tinggal sekarang di Shah Alam. Tak payah nak buat hartanah di kawasan KLCC sebab jauh dan susah nak jaga. Kalau beliau fokus kat condo yang beliau tinggal sahaja pun dah boleh hidup sbb kondo beliau ada 600 unit. Dapat close 2 transaksi sewa atau jual satu unit dah boleh cover balik gaji beliau skrg RM3k sebulan dan beliau ada banyak masa lebih. Dan sebenarnya owner lebih suka deal dgn owner-REN ( REN yang juga owner di situ) sbb mereka akan lebih bertanggungjawab dalam menyewakan hartanah di kondo itu sbb mereka pun tinggal disana, kan? Saya pernah jumpa couple REN yang ( laki bini) yang tinggal di kondo di Ampang dan jaga beratus unit sewaan di kondo yang sama. Pendapatan mereka 15k-20k sebulan dan tak perlu bayar tol dan parking nak pergi kerja.

6. Bonus mereka best sebab tiap tiap bulan boleh dapat. Kadang-kadang, mereka akan jumpa orang macam saya yang tak kisah beri 3% commisyen atau 1.5 bulan bila mereka dapat jual/sewa pada harga yang saya tetapkan. Saya reward REN yang bekerja keras untuk unit saya sebab mereka bantu saya cari penyewa dan pembeli yang mampu bayar above market. So jangan kedekut bayar REN anda sebab mereka boleh bantu anda buat keuntungan melebihi apa yang anda nak.

7. Networking – Ada sesetengah REN hari ni dah jadi jutawan sbb pekerjaan ini berikan mereka access utk network dgn pelabur yang bernilai beratus juta. Dan saya tengok, ramai REN yang dah pandai networking bila attend event event hartanah. Sarjana Hartanah yang saya buat, biasanya ada at least ada 5-10 REN yang join sbb mereka nak belajar ilmu pelaburan dan networking. Lagi banyak ilmu yang mereka ada, lebih senang mereka nak jelaskan prospek pelaburan hartanah yang mereka jual atau sewakan. Lagipun, orang yang datang Sarjana Hartanah, semua nak beli rumah kan? Bukan senang nak dapat peluang utk network dgn 200-300 pelabur lain, kan?

Terkedu mereka bila saya jelaskan kelebihan menjadi REN. Nasihat saya kepada kawan kawan di luar, ubah mindset dan hormati semua pekerjaan orang. Dan kalau gaji kita hari ni tak sampai RM5,000 dan anda mmg minat hartanah, REN adalah platform terbaik yang anda boleh belajar pelaburan hartanah sambil dibayar. Boleh tahu lebih lanjut mengenai persediaan nak jadi REN di sini:
http://gilahartanah.com/cara-menjadi-seorang-ejen-hartanah…/

Do what you love, and the money will follow. REN + PELABUR, is the most powerful combination. I call these breed, the PelabuRENs (Y)

#RespectYourREN
‪#‎IncomeLebatWeh
‪#‎OrangPakaiSeliparPendapatan3KaliGandaDariOrangPakaiTie
‪#‎PelabuREN
Sumber : Facebook

Sumber gambar : Gambar

 

Comments

comments