Harga rumah makin mahal? Baca perkongsian dari pakar hartanah ini.

0
786

Semalam, saya ada baca NsT berkenaan pasangan yang late-20an bercerita mengenai kesengsaraan mereka untuk membeli rumah pertama yang bernilai rm450,000. Tapi saya tak kisah kalau mereka komplen banyak banyak sebab at least mereka beli hartanah. Dan memang bukan senang nak beli hartanah terutamanya kalau ilmu tak cukup. Cuma kalau saya ada peluang nasihati pasangan ini, saya akan nasihatkan mereka supaya tidak membeli rumah yang mahal sebagai rumah pertama.

Tapi kalau kita tengok, ramai graduan yang komplen banyak ni juga ramai yang bernafsu duit buas.

1. Komplen rumah mahal, tapi hari hari minum kopi RM15.

2. Komplen rumah mahal, tapi baru 3 bulan keje dah beli Honda City.

3. Komplen rumah mahal, tapi pakai iphone rm4000 boleh je.

4. Kat rumah ada ASTRO, broadband RM150 sebulan semata mata layan FB n Instagram.

5. Komplen rumah mahal lepas tu hari hari makan lunch RM20.

6. Komplen rumah mahal tapi setiap 3 bulan upload gambar bercuti.

7. Komplen rumah mahal tapi setiap hujung bulan pegi makan dinner atau lunch RM60-RM150 sekepala. Reward diri katanya.

8. Komplen rumah mahal tapi hari-hari isap kaw-kaw ( merujuk kepada rokok dan vape )

Wahai adik adik graduan semua, the world doesnt owe you anything. It wont wait for you either. Harga rumah, harga makanan, harga air akan terus meningkat, walaupun kita menangis air mata darah sekalipun. Kisah saya :

– Tak beli kereta sehingga dah ada rumah 13 bijik dan lebih 10 tahun bekerja.

– Tak beli kopi RM15 sehingga saya dah boleh ada pendapatan melebihi RM10,000 sebulan.

– Tak pernah naik kapal terbang sehinggalah umur 27 tahun. Itupun company yang sponsor.

– 1st percutian yang saya bayar sendiri adalah honeymoon dgn isteri. Itupun di Bali sahaja.

Ni brother Harith ada kongsikan cara beli hartanah sewaktu umur beliau 24 tahun sahaja. Saya beli hartanah pertama juga sewaktu umur 24 tahun juga.

Kalau orang lain boleh buat, anda pun boleh. Tapi memang kena berkorban, dan mesti ada member akan ejek anda kedekut dan tak cool sebab anda tak follow mereka membazir. Kita semua ada pilihan.

1. Jadi cool tapi hidup berhalakan gaji bulanan.

2. Atau jadi tak cool, berkorban 5 tahun dan berjimat supaya anda boleh hidup selesa tanpa kerisauan wang sampai mati.

Yang mana pilihan anda? Sebab pilihan yang kita buat hari ini akan tentukan sama ada kita akan komplen atau tersenyum pada masa akan datang. Saya boleh senyum hari ini sebab saya buat pilihan yang betul 5-10 tahun lepas.

Anda bagaimana?

Sumber : Facebook

Sumber gambar : Gambar

 

Comments

comments