Graduan muda, buat 10 tips urus duit ini ketika baru mula bekerja

0
2886
Sumber gambar : bobwptrainer-wpengine.netdna-ssl.com
Sumber gambar : bobwptrainer-wpengine.netdna-ssl.com

Warkah Buat Graduan Muda Dan Yang Baru Bekerja

Kehadapan pembaca FB gua yang baru bekerja ataupun yang masih belajar di universiti. Bacalah warkah ini dengan hati yang terbuka.

Dah ada segulung ijazah dan bergaji, kau mula melangkah dalam kehidupan sebagai seorang yang lebih dewasa dan menguruskan kehidupan dengan pendapatan sendiri.

Kau boleh memilih untuk bersuka ria, beli benda yang kau suka, beli kereta import mewah, pergi travel sana sini. Lepastu up gambar dekat Insta. Sebabnya nak rewards yourself. Apa guna ada gaji besar tapi hidup tak enjoy kan?

“Ini gaji aku, suka hatilah aku nak buat apa. Pandai lah aku uruskan”

Kata kau lagi.

Kau seharusnya celik kewangan dan melabur di usia muda ini. Mungkin usaha kau tidak nampak sekarang, tapi hasilnya lagi 10-20 tahun akan datang.

Kawan kau duk ikat perut demi masa depan. Mereka menyimpan dan melabur. Pergi kerja pun ada yang naik motosikal. Tapi kau, nak naik Honda City saja.

10 tahun lepastu mungkin kau akan jumpa kawan kau. Masa tu mesti kau terbeban dengan hutang keliling pinggang, tapi kawan kau hidup aman bahagia. Dia dah korbankan zaman mudanya untuk mengecapi kebahagiaan sebenarnya.

Kawan kau tangguh nikmat hidup bila dia mula dapat gaji. Tangguhkan kehendak di usia muda. Kawan kau berjaya ‘Delayed Gratification’.

Antara cara yang kawan kau buat adalah:

 

#1: Suka menabung

Kawan kau suka menabung. Menabung itu mudah tetapi sukar untuk dibuat. Jika tak konsisten, gaji kau akan hilang entah ke mana.

#2: Buat tabung berwarna 

Kawan kau buat tabung kumpul Si Hijau atau Si Oren supaya dapat memupuk minat untuk menyimpan. Bila tengok tabung dah banyak dengan Si Hijau atau Si Oren, mesti kau orang akan teruja. Nak belanjakan pun rasa sayang. Tak percaya, cubalah buat.

#3: Menyimpan lebih banyak

Masa kawan kau bujang, dia mampu untuk menyimpan lebih banyak. 50%-70% daripada gaji. Sebabnya kurang komitmen. Jangan asyik makan dekat kedai hipster je. Dah la makanan sikit, kenyang sekejap je. Ada GST pula tu.

#4: Buat bajet bulanan

Kawan kau buat bajet bulanan supaya perbelanjaan tidak lari daripada yang sepatutnya. Jika kau orang gagal untuk merancang, kau orang merancang untuk gagal.

#5: Tahan nafsu berjalan sakan

Kawan kau tak berjalan-jalan ke luar negara dengan awek sebab nak cipta kenangan indah bersama. Tetapi menyimpanlah bersama untuk buat deposit rumah dan tabung perkahwinan. Lepas dah kahwin, bolehlah pergi berjalan sama-sama.

#6: Berani melabur

Kawan kau berani melabur dalam instrumen pelaburan yang diyakini dan dijamin kerajaan secara konsisten. Dia buat ASB Financing, unit amanah ataupun potongan ke Tabung Haji.

#7: Tangguhkan kehendak

Kawan kau tangguhkan kehendak. Hidup di bawah kemampuan. Biarkan orang lain bergaya dan up to date. Yang penting dia tahu pengorbanan untuk 5 tahun yang pertama ini akan buat dia senang untuk 30 tahun yang akan datang.

#8: Kurangkan perbelanjaan dan tambah pendapatan

Dia berjaya kurangkan perbelanjaan dan tambahkan pendapatan. Ada banyak cara untuk menambah pendapatan. Jual secara online, dropship, ejen takaful dan sebagainya.

#9: Beli kereta ansuran murah

Kereta kau ansuran dekat RM800 sebulan. Duit minyak kereta dah RM300. Habis dekat separuh gaji. Kawan kau beli kereta ansuran murah, baki gaji dapat beli rumah.

#10: Kawal hutang 

Gaji tinggi tak guna jika ada hutang yang banyak. Ini tak, semua hutang kau bantai. Nak kahwin pun berhutang. Beli perabot, telefon pintar pun berhutang.

 

Nafsu muda, nafsu nak beli itu ini serupa tiada hari esok. Kehendak yang menggunung memang selalu wujud. Tapi ingat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Ambil lah perlindungan takaful di usia muda. Jangan pernah kata rugi je ambil sebab kau tak perlukan lagi.

Amalkan simpan dahulu sebelum berbelanja. Bayar dulu diri sendiri sebelum habiskan duit gaji membeli belah.

Pengurusan kewangan tidak diajar di universiti. Jadi, kau sendiri kena usaha untuk belajar. Jangan nak tunggu orang suap kau saja.

Kejayaan sebenar dalam hidup kau ialah memberi manfaat kepada orang lain, bukan sekadar kejayaan mendapatkan segulung ijazah. Ingat tu.

Kau boleh memperbaiki kesilapan suatu hari nanti, tapi orang yang bijak akan belajar daripada kesilapan orang lain. Kah!

Yang benar,
Amir Syahir
24 April 2017

Comments

comments