Formula kepadatan penduduk yang pelabur newbies perlu tahu sebelum memilih hartanah yang sesuai

0
979

 

Kanal pernah beberapa kali mendapat PM yang bertanya tentang formula density/kepadatan penduduk. Harini Kanal akan cerita serba sedikit tentang density.

Formula density adalah untuk mendapat kepadatan sesebuah project tersebut.


Density = unit / acre (size development)

 

 

 

 

 

 

Contoh: 700 unit atas tanah 6 acre
Formula: 700/6 = 117 unit per acre (upa)


Macam mana nak tahu development (yang anda calculate tu) di area tu highly densed or not? Senang je, anda buat comparison dengan other similar development.


Contoh dekat Setiawangsa ada development X, Y, Z. Jadi sila buat comparison dengan jenis pembangunan yang sama dan kawasan yang sama. Janganlah anda compare service residence yang di Setiawangsa dengan service residence di Shah Alam.


Make apple to apple comparison. Kalau anda calculate density untuk service apartment, then gunakan nearby service apartment sebagai comparison. Jangan pulak bandingkan density service apartment dengan landed development.


LOW DENSITY

i) Selalunya landed property.

ii) Development di suburb area banyak ada low density kerana tanah di metropolitan sudah padat.

iii) Low density for a service apartment indicates a luxury residences. Kenapa ? Lagi sedikit unit, lagi exclusive and more privacy.

iv) Jadi, development yang low density ni lagi mahal daripada development yang higher density.


v) Lower density development selalunya lagi tinggi maintainence charge sebab lagi sedikit orang berkongsi facilities.

vi) People who live in low density area normally wouldn’t mind paying higher maintenance fee. If they can afford harga rumah, they can definitely afford the maintenance charge.

vii) Bangunan low density kebiasaannya well maintained because lesser wear and tear (tak ramai penduduk) dan penduduk development sebegini adalah dari kalangan berada dan professional. Tak mungkin mereka akan vandalise atau buang sampah merata-rata.

viii) Bangunan low density will command higher rent (disebabkan exclusivity, security, well maintained) dan akan mendapat capital appreciation yang lebih.


HIGH DENSITY

i) High density residential selalunya di pusat bandar kerana kekurangan tanah.

ii) Maintenance fee High density development selalunya rendah kerana facilities dikongsi banyak unit.

iii) Development yang high density memerlukan digestion period yang lebih lama daripada low density. Ini kerana upon vp, jika ramai yang ingin menjual atau menyewa, owner owner akan compete untuk menyewakan unit mereka. Jadi mereka akan menawarkan sewa atau harga yang rendah asalkan unit mereka tersewa.

iv) High density development are also prone to wear and tear. Maksudnya lagi ramai penduduk, lagi cepat dan banyak kerosakan bangunan tersebut.

v) Tak semestinya development yang high densed tu bermaksud tak bagus. Kawasan yang mempunyai Kilang, Higher Education Institution, dekat dengan public transportation selalunya tidak lekang dengan demand. Lebih lebih lagi tempat di University.

vi) Contoh : Menara U & Menara U2 di Seksyen 13 Shah Alam. Memang jadi port student, dan student sentiasa ada untuk mengisi unit unit disana. Demand untuk unit kosong akan sentiasa ada selagi ada MSU.

vii) Risiko high density development adalah market segmentation yang duduk kawasan tu. Orang yang duduk kawasan, pemikiran dia mcm mana? Contoh: Menara U. Penduduknya majority students. Mungkin terdapat banyak gejala social, vendalism, kotor, tak jaga facilities, dan sebagainya.

Jadi lepas ni nak buat project analysis, bolehlah menggunakan factor density untuk membantu anda buat pilihan yang baik. Harap anda dapat ilmu yang baru kali ni.

 

Sumber artikel disini

 Sumber gambar

Comments

comments