Elakkan dari tertipu ketika urusniaga hartanah dengan 5 tips bermanfaat ini.

0
1248

 

Sekarang ni banyak kes penipuan. Kita sebagai pengguna kena lebih alert atau berwaspada. Ini antara tips yang saya ingin kongsi untuk mengelakkan pengguna khususnya pembeli hartanah daripada ditipu.

Tips #1

Elakkan urusniaga secara tunai (cash) kerana tak ada bukti transaksi (no audit trail). Cash ni senang kena songlap.

 

Tips #2

Sediakan “Banker’s Cheque” atau “Demand Draft” untuk setiap transaksi. Accountholder ada hak untuk membatalkannya jika ada sesuatu berlaku. Jangan bayar atas nama individu, buat atas nama syarikat/ agency/ lawyer firm.

 

Tips #3

Buat salinan potocopy untuk “banker’s cheque” yang kita berikan (contohnya kepada legal firm/ developer/ ejen hartanah.) At least, kalau ada apa-apa jadi, kita ada simpan salinan. Nak buat report senang.

 

Tips #4

Sila minta resit (sebagai bukti) untuk setiap pembayaran yang dibuat. Ni penting, resit ini perlu untuk sebarang tindakan lanjut.

 

Tips #5

Elakkan buat bayaran penuh yuran “fee” perkhidmatan. Seelok-eloknya, buat bayaran 50% semasa perkhidmatan bermula, dan 50% lagi setelah perkhidmatan selesai (terutamanya yuran perkhidmatan guaman). Ini adalah untuk memastikan perkhidmatan diselesaikan. Jika bayar penuh sebelum perkhidmatan selesai, ada kemungkinan urusan kita diabaikan / lambat kerana mereka sudah mereka dapat bayaran penuh mereka.

Sekadar perkongsian pencegahan penipuan.

“Prevention is better than cure”

Ok, sekian terima kasih.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Facebook

Sumber gambar

Comments

comments