Elakkan 10 perkara ini ketika gawat. Ikuti nasihat penulis ini.

0
665

Ketika keadaan gawat, jangan lakukan 10 perkara ini:

  1. Jangan tukar kerja waktu ini kerana yang ‘terakhir masuk, paling awal keluar’.
  2. Pakai saja kereta lama jangan berangan nak pakai Honda, beli logo Honda tampal tak mengapa.
  3. Jangan bina hutang baru, hutang lama kambus segera.
  4. Jangan belanja simpanan kecemasan yang ada, bila bila masa akan berguna.
  5. Jangan lupa sedekah, walau kita saat sedang susah sebenarnya.
  6. Jangan beli rumah mewah, duduk rumah pangsa bukan dosa.
  7. Jangan banyak tengok katalog ikea, nanti geram nak tukar sofa.
  8. Jangan malas membaca, ada banyak idea tambah pendapatan yang luar biasa sebenarnya.
  9. Jangan ‘dating’ di Pavilions, makan roti harga macam makan kambing.
  10. Jangan lupa cari pendapatan tambahan, buat buat tidur dan harap orang derma dalam akaun kita. Itu kerja giler.

‪#‎BanyakkanUsahaDanKurangkanMerungut.

Sumber:  Facebook

Sumber gambar : Gambar

 

Comments

comments