Dengan gaji RM3K, rumah bagaimana yang perlu anda ada? Baca artikel ini sampai habis sebelum anda tersalah beli.

0
2429

 

1. Anak muda makan gaji RM3K nak beli rumah pertama, rumah idaman RM500K memang tak realistik. Ansuran bulanan saja dah RM2,500.

2. Apa yang dia boleh buat adalah tunggu gaji naik ke RM5K, barulah boleh lepas pinjaman bank. Tapi masa tu, rumah RM500K dah jadi RM600K pula.

3. Kalau nak cepat sikit, cari pasangan bergaji RM2K. Lepas kahwin, boleh gabung gaji RM3K + RM2K = RM5K untuk beli rumah idaman RM500K tu.

4. RM2,500 adalah 50% dari RM5K gaji. Tak bagus duduk rumah sendiri mahal-mahal. Pastikan ansuran tak lebih 30% gaji kalau nak duduk sendiri.

5. Bayar rumah saja dah separuh gaji isi rumah, tak ke ikat perut jawabnya. Nak bayar kereta lagi, barang dapur lagi, bersalin kat hospital swasta lagi.

6. Pasangan muda baru berkahwin, tak perlu rumah besar-besar pun boleh bahagia. Bilik tidur sampai 4, tapi duduk berdua. Kenapa bayar lebih?

7. Lebih baik beli dua rumah kecil sederhana RM250K. Satu pakai nama suami, satu lagi pakai nama isteri. Satu disewakan, satu lagi duduk sendiri.

8. Alahai, muda-muda duduk rumah kecil apalah salahnya. Janji ada. Takda apa nak dimalukan. Ramai lagi anak muda yang tak beli rumah pun lagi.

9. Ini hanya cadangan saja. Tak wajib ikut. Kalau nak ikut, alhamdulillah. Tak nak ikut, jangan kecam. Hari-hari kita nak makan nasi, bukan makan pasir.

Sumber : facebook

Sumber gambar

Comments

comments