Definisi cluster house dan ciri-cirinya yang anda perlu tahu sebelum memilih untuk membelinya

0
11448

Dari segi bahasa, cluster bermaksud ‘kelompok’. Jadi dalam istilah hartanah, Cluster House ini bermaksud rumah yang berkelompok. Cluster house ini bukan lah hanya terdapat di Malaysia malahan rumah jenis ini juga boleh dilihat di negara lain.

Oleh itu, terdapat banyak jenis layout untuk Cluster House. Lain negara, lain style dia. Tapi hari ini Kanal akan terangkan dalam konteks Cluster House yang typical di Malaysia.

Cluster House adalah apabila 4 buah rumah kontemporari unit bergabung dan seakan-akan nampak macam sebuah semi-D dari luar. Ciri-ciri Cluster House:

1)Layout 4 buah rumah bercantum dua di depan dan dua di belakang
2) Diatas satu tanah
3)Unit bercantum di sisi dan belakang
4)Nampak macam Semi D dari hadapan

Pro kepada Cluster HOUSE ialah setiap unit dapat menikmati ruang di tepi rumah macam ‘end lot’ atau ‘corner lot’


 Pro: Design Cluster membuatkan rumah anda tampak besar dari luar

 Pro: Setiap rumah kluster ini ialah setiap rumah dapat menikmati natural lighting yang banyak dan juga pengaliran udara yang bagus.

 Cons: Dapur jiran depan dan belakang berdekatan. Jadi kita dapat bau free masakan jiran sebelah dan belakang.

Contoh development di Malaysia yang ada Cluster House :
i)Serene Villas, Ipoh

ii)Setia Tropika, Johor
iii)M Residence 2, Rawang
iv)D Fronde, Johor

Harap penjelasan ringkas ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.


ch3 ch4 ch5

Sumber artikel disini

 

Comments

comments