Cara pastikan nilai hartanah dan demand sewa sebenar untuk hartanah yang bakal dibeli

0
994

Salam semua. Sebab ramai yang minta, saya nak kongsikan ilmu bagaimana nak pastikan nilai hartanah sebenar dan kadar sewa sebenar di kawasan hartanah yang bakal anda beli. Malah bila jumpa prospek utk 1on1, ramai yang tanya soalan yg begini :

“FR, saya nak beli hartanah bernilai 400k di kawasan xxxxx. Si penjual beritahu yang kadar sewa boleh dapat RM2000 sebulan. Berbaloikah untuk saya invest?”

Ini 6 tips dari saya untuk elakkan anda terbeli hartanah yg indah kabar dari rupa? :

Tips 1

Jangan percaya cakap jurujual sepenuhnya. Mereka nak menjual hartanah tu, mereka takkan cerita semua keburukan. Boleh ambil informasi yg diberikan, lepas tu validate dan sahkan sendiri.. Saya pernah tgk orang jual hartanah dan peta lokasi hartanah seolah olah boleh jalan kaki pergi KLCC, rupa-rupanya KLCC adalah sejauh 5KM. Dalam brochure, semua akan nampak dekat.
Tips 2
Cari hartanah yang lebih kurang sama di kawasan yang sama. Bandingkan dan kaji tgk value subsale dan sewaan mereka. Kalau benda dah siap dijual pada RM500psf, dan anda nak beli rumah baru ni pada RM900psf, mmg anda cari pasal.
Tips 3
Kalau rasa nilai sewa yang diberikan tak masuk akal, boleh cuba buat iklan palsu untuk pastikan demand tu betul. Kalau mereka kata sewa boleh capai RM2000 sebulan, cuba iklankan seolah olah anda ada unit di situ. Kalau ramai yang call dan bertanya, maksudnya nilai sewa tu masuk akal. Kalau satu call pun tak dapat lepas 3 hari, masksudnya kadar sewa tu terlalu optimistik ataupun inflated.
Tips 4
Jangan sesekali beli ikut orang semata-mata, Research dan buat sendiri. Jangan percayakan research kawan melainkan anda sanggup bagi mereka RM400,000. Kalau anda tak sanggup nak bagi atau derma kat mereka RM400,000 kenapa anda ambil risiko beli hartanah 400k buta-buta atas saranan mereka? Tak kiralah berapa hebat cerita dan gebangan mereka dan berapa banyak duit mereka pernah buat sebelum ini. Past performance does not reflect future performance. Buat research sendiri sebab bila sangkut, anda yang kena tanggung dan bukan mereka.
Tips 5
Pergi ke hartanah yang lebih kurang sama di kawasan yang sama dan tengok berapa banyak unit kosong yang tak diduduki. Cakap dan bersembang dgn seramai REN yang boleh yang jaga hartanah tersebut. Kalau REN tu cerita hanya yang positif sahaja, berhati-hati. REN yang bagus dan jujur adalah REN yg boleh kongsikan kelebihan dan kelemahan tempat itu.
Tips 6
Google dan baca apa komen orang mengenai development tersebut. Semua maklumat yang anda dapat, validate lagi sekali sebab bukan semuanya tepat.

 

Bukan susah nak buat, tapi mmg kena buat research dan kajian. InsyaAllah kalau anda buat semua ini, possibility utk terbeli hartanah yang salah adalah sangat rendah. Saya doakan anda semua berjaya dalam semua pelaburan yang anda buat (Y)

p/s : Kepada yang dah beli tiket Sarjana Hartanah bulan depan, insyaAllah saya akan tunjukkan cara nak buat research cara pantas dan jimatkan banyak masa.

‪#‎NeverPutBothFeetToTestTheDepthOfTheWater
‪#‎ResearchEveryDayKeepTheSontotersAway
‪#‎MustKnow

Sumber : Facebook

Sumber gambar : Gambar

Comments

comments