Cara langsaikan hutang jahat

0
1328

Salam tengahari semua. Semalam saya ada kongsikan kisah sesi one-on-one yang saya buat yang mana saya bantu klien buat penstrukturan kewangan. Saya cadangkan beliau melangsaikan hutang-jahat seperti kereta, kad kredit dan personal loan menggunakan hartanah. Secara ringkasnya, kita gunakan hutang murah bayar semua hutang-hutang jahat yang mahal.

Apakah jenis hutang yang jahat? Hutang jahat adalah hutang yang tidak menambahkan wang ke dalam poket anda. Contoh hutang jahat adalah hutang kereta, kredit kad, dan personal loan.

Ada hutang yang kurang-jahat kalau digunakan dengan betul. Hutang hartanah adalah kategori hutang-tak-jahat tetutamanya kalau digunakkan untuk beli hartanah yang bagus. Kalau hartanah yang anda beli buat duit, jadi bagi saya hutang yang anda ambil tu untuk beli hartanah itu, adalah hutang jenis baik (Y).

Bila dah sempurna proses penstrukturan kewangan ni, klien ini bakal akan dapat faedah yang berikut :

– Loan kereta : Komitmen sekarang RM1,281 sebulan, lepas penstrukturan jadi KOSONG.

– Loan peribadi : Komitmen sekarang RM596 sebulan, lepas penstrukturan jadi KOSONG.

– Hutang kredit kad : Komitmen sekarang RM2,000 sebulan, lepas penstrukturan jadi KOSONG.

Loan hartanah : Meningkat daripada RM1,400 sebulan kepada RM2,200.

Proses ini akan mengurangkan komitmen hutang bulanan beliau daripada RM5,200 kepada RM2200 sahaja. Ini membolehkan beliau mula menyimpan RM3,000 sebulan dan membeli hartanah lain untuk pelaburan. (Y)

Sebab ramai yang kata mereka tak faham dan belajar macammana cara nak buat proses penstrukturan kewangan ini, saya dah suruh Tok Penghulu dari GilaHartanah.com untuk cerita panjang lebar proses ni dari mula sampai habis. Anda boleh baca dan download kisah ini di sini :

http://gilahartanah.com/refinance-rumah-langsaikan-hutang/

Tujuan saya ajar ni sebab nak galakkan kawan-kawan semua kumpul hutang baik, dan kurangkan atau lupuskan semua hutang-jahat. Semoga anda dapat manfaat dari kisah ini and mohon kongsikan kepada rakan-rakan yang anda rasa boleh mendapat manfaat dari kisah ini.

Sumber : Facebook

Sumber gambar : Gambar

 

Comments

comments