“Boleh tak saya nak melabur dalam unit trust menggunakan KWSP?”- Ain

0
396

“Boleh tak saya nak melabur dalam unit trust menggunakan kwsp?”

 

Jawapannya sudah tentulah boleh. Namun begitu, ia bergantung kepada berapa yang kita ada dalam KWSP sekarang. Jika tak cukup maka kita tak boleh melabur menggunakan kwsp.

Ada beberapa syarat yang dikenakan oleh KWSP. Bukan senang-senang je boleh melabur tau.

Nak tahu lebih lanjut? Jom baca. Semoga bermanfaat.

 

Kelayakan Skim Pelaburan Ahli 

Mulai 1 Januari 2017, kuantum baharu Simpanan Asas Skim Pelaburan Ahli (SPA) telah dilaksanakan. Kuantum baharu ini menetapkan RM228,000 sebagai amaun minimum ahli perlu ada dalam Akaun KWSP apabila mencapai umur 55 tahun.

 

Definisi Simpanan Asas

Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM228,000 pada umur 55 tahun.  Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas dalam produk dan menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

 

Rasional

Rasional pelaksanaan Simpanan Asas adalah supaya ahli memperolehi jumlah minimum sebanyak RM950.00 sebulan bagi membiayai keperluan asas persaraan apabila bersara kelak, selama 20 tahun bermula daripada umur 55 tahun hingga 75 tahun, iaitu selaras dengan jangka hayat penduduk Malaysia.

 

Syarat-syarat yang Ditetapkan

  • Mulai 1 Januari 2017, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah SPA tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
  • Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
  • Syarat-syarat am prosedur di bawah Skim Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah
  • Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti jadual di bawah.

 

Jumlah Simpanan Asas Dalam Akaun 1

Sumber : KWSP
Sumber : KWSP

Contoh Pengiraan 

Contoh #1 : Cik Ain berusia 24 tahun dan sudah bekerja. Beliau mempunyai simpanan RM16000 dalam Akaun 1 KWSP.

Merujuk kepada jadual simpanan asas dalam akaun 1 KWSP diatas, bagi mereka yang berumur 24 tahun perlu ada simpanan asas RM12,000.

Macam mana nak tahu adakah Cik Ain layak untuk melabur dan berapa jumlah yang dia boleh laburkan?

Gunakan formula di bawah:

(Akaun 1 – Jumlah simpanan asas) x 30% = Jumlah yang boleh dilaburkan

 

Bagi kes Cik Ain:

(RM16,000 – RM12,000) x 30% = RM1200

Jumlah minimum untuk pelaburan adalah RM1000. Jadi untuk Cik Ain, beliau layak untuk melabur dalam unit trust menggunakan akaun 1 KWSP beliau.

 

Contoh #2 : Encik Yusuf berusia 26 tahun dan sudah mula bekerja. Beliau mempunyai simpanan RM20,000 dalam akaun 1 KWSP.

Merujuk kepada jadual simpanan asas dalam akaun 1 KWSP diatas, bagi mereka yang berumur 26 tahun perlu ada simpanan asas RM17,000.

Macam mana nak tahu adakah Encik Yusuf layak untuk melabur dan berapa jumlah yang dia boleh laburkan?

Gunakan formula di bawah:

(Akaun 1 – Jumlah simpanan asas) x 30% = Jumlah yang boleh dilaburkan

Bagi kes Encik Yusuf:

(RM20,000 – RM17,000) x 30% = RM900

Jumlah minimum untuk pelaburan adalah RM1000. Jadi untuk Encik Yusuf, beliau tidak layak untuk melabur dalam unit trust menggunakan akaun 1 KWSP beliau.

 

Boleh faham setakat ini? Harap perkongsian ringkas ni mampu memberi manfaat kepada yang membaca.

Ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama-sama. Betul?

Mulakan merancang kewangan dengan baik bermula dari sekarang. Dalam kita sibuk mengumpul simpanan, fikirkan sejenak tentang persaraan kita.

Korang dah boleh mulakan langkah melabur dalam unit trust menggunakan kwsp jika korang layak.

Jika perlukan bantuan, boleh klik link di bawah untuk whatsapp saya. Saya akan bantu korang melabur.

Pelaburan Unit Trust ( Siti Zulaikha)

Comments

comments