Bina tabung pendidikan anak RM38K dengan konsisten simpan RM100 sebulan

0
1439

Bila dah ada anak, macam – macam yang kita akan fikirkan untuk sediakan kepada mereka.

Kalau boleh nak bagi yang terbaik. Betul?

Antara perkara yang kita perlu fikirkan bila dah mempunyai anak adalah tabung pendidikan mereka.

Jemput hadamkan tips dari Tuan Amir Syahir kongsikan ni. Dengan konsisten RM100 sebulan selama 18 tahun, korang boleh sediakan tabung pendidikan anak dah.

Dah baca nanti jangan lupa cuba.

Macam gua, segala duit raya anak, duit orang bagi kepada anak gua, gua akan simpan dalam Tabung Haji dia. Simpan Tabung Haji bagus sebab purata bonus boleh dapat 6%.

Korang pun boleh buka akaun Tabung Haji untuk anak. Daftar haji anak siap-siap pun boleh.

Okay, jika anak dah ada akaun Tahung Haji, korang boleh transfer ke akaun Tabung Haji anak menggunakan Maybank2U. Mudah dan senang. Jom baca.

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Bawa buku haji korang dan buku Tabung Haji anak semasa daftar kat mesin ATM tu ye.

Taknak bawa pun boleh, tetapi kena tulis atau ambil gambar nombor akaun Tabung Haji dan nombor siri buku TH.

.

Untuk kali pertama, korang kena daftar dulu akaun TH korang di mesin ATM Maybank yang berdekatan korang.

Korang kena daftar akaun Tabung Haji sendiri dahulu sebelum daftar Tabung Haji untuk anak jika korang pun belum daftar.

Caranya mudah:

1. Bawa buku Tabung Haji.

2. Pergi mesin ATM Maybank.

3. Masukkan kad ATM Maybank.

4. Pilih Tabung Haji.

5. Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji.

6. Masukkan Nombor Siri Buku.

Tadddaa… Akaun Tabung Haji korang dah diaktifkan dalam Maybank2u.

Lepas tu buat perkara yang sama untuk akaun Tabung Haji anak. Dah siap daftar barulah boleh masuk ke laman web Maybank2u tu.

Boleh baca caranya dekat gambar-gambar di bawah:

Buka maybank2u.com.my

1. Clik pada menu Accounts & Banking.

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

2. Pilih Tabung Haji (bawah sekali).

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

3. Klik pada menu Maybank to TH Own Account Transfer.

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

4. Masukkan berapa jumlah yang nak di transfer. Satu transaksi dikenakan caj RM1.06 ye.

Akan ada dua akaun TH. Akaun TH korang dengan akaun TH anak. Jadi pilih akaun TH anak kalau nak transfer ke akaun TH anak.

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

5. Tekan request TAC dan isi nombor TAC. Dan telan Comfirm.

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

6. Selesai.

Mudahkan? Tak perlu ke pejabat TH jika jauh daripada tempat kerja korang. Lebih mudah dan menjimatkan masa.

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Berapa banyak anggaran korang ada selepas 18 tahun? 

Jika korang simpan RM100 sebulan selama 18 tahun, nanti anak korang dah umur 18 tahun, dia dah ada dana pendidikan sebanyak RM38K jika purata bonus TH sebanyak 6%. Banyak kan? Boleh rujuk gambar terakhir.

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Bonus terkumpul: RM38,281. Jika simpan RM100 selama 18 tahun.

 

Kalau korang masih bujang, takde anak lagi boleh buat untuk diri sendiri juga. Untuk simpan duit lebihan gaji ke, duit bonus ke, nak simpan duit kecemasan ke, boleh guna cara ini juga.

Sekadar perkongsian. Moga manfaat. Sudi-sudikanlah share supaya ramai lagi dapat manfaat.

Macam mana? Rasa senang tak nak buat? RM100 sebulan selama 18 tahun khas untuk simpanan pendidikan anak-anak korang.

Tak semestinya korang kena mula RM100. Mula ikut kemampuan korang juga lah. Yang penting kita mulakan sesuatu.

Rasa perkongsian ni bermanfaat? Silakan SHARE kepada kawan-kawan yang ada anak supaya mereka pun boleh mulakan #tabungpendidikananak ni.

 

Comments

comments