Betul ke anda boleh keluarkan KWSP (EPF) untuk urusan perumahan?

0
5383

 

Pengeluaran Membina / Membeli Rumah

PENGELUARAN MEMBELI RUMAH

i) Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah.

ii) Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.

iii) Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN

iv)Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.

 

PENGELUARAN MEMBINA RUMAH

i) Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah secara individu; ATAU Pembinaan secara bersama dengan suami / isteri.

ii) Pengeluaran untuk membina rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.

iii) Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN

iv) Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.

 

Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Individu

Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP bagi pembelian secara individu ATAU

Bersama

Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (suami / isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik / individu lain ATAU membantu suami / isteri)

 

Kelayakan Memohon

i) Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara

ii) Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan

iii) Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

 

Kaedah Bayaran

1. Pengkreditan Terus Ke Akaun Pinjaman Perumahan

Semua bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke akaun pinjaman perumahan ahli/pasangan dengan syarat :

• Ahli / pasangan mempunyai akaun pinjaman perumahan dengan bank panel KWSP yang dilantik; DAN

• Pinjaman ahli/pasangan yang dibuat dengan bank panel KWSP tersebut tidak berstatus NPL; DAN

• Akaun pinjaman perumahan ahli/pasangan masih aktif; DAN

• Nombor pengenalan diri ahli/pasangan selaku peminjam adalah sama dengan rekod bank; DAN

• Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)

Bagaimanapun, sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli disebabkan rekod pengenalan diri tidak sah atau sebagainya, bayaran akan diganti dengan Cek Jurubank yang akan dihantar menerusi pos secara mel berdaftar

2. Cek Jurubank Kepada Institusi Pemberi Pinjaman Perumahan

Semua bayaran pengeluaran akan dibuat secara Cek Jurubank di atas nama institusi pemberi pinjaman sekiranya;

• Institusi pemberi pinjaman ahli / pasangan masih belum menyediakan perkhidmatan keadah bayaran secara pengkreditan terus ke akaun pinjaman perumahan; ATAU

• Pinjaman ahli / pasangan yang dibuat dengan bank panel KWSP berstatus NPL

Cek Jurubank tersebut akan dihantar terus ke alamat institusi pemberi pinjaman yang dinyatakan dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan menerusi pos secara mel berdaftar beserta notis bayaran. Manakala satu notis makluman bayaran akan dihantar kepada ahli

 

Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Mempunyai baki pinjaman perumahan daripada insititusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman.

Simpanan yang dikeluarkan adalah untuk membayar pinjaman ansuran bulanan sebenar yang telah bermula.

 

Kaedah Bayaran

Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat:

i) Ansuran bulanan pinjaman perumahan dengan Institusi Pemberi Pinjaman tidak berstatus NPL (‘Non Performing Loan’); DAN

ii) Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan panel KWSP yang dilantik; DAN

iii) Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank; DAN

iv) Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)

v) Pengeluaran Perumahan Fleksibel

Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.

Konsep atau kemudahan Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah bertujuan untuk memanfaatkan nilai simpanan/caruman KWSP sedia ada dan masa hadapan dalam pertimbangan pemberian pinjaman oleh pihak Institusi Kewangan.

Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan. Dengan ini, ahli boleh mendapat jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP (bahagian pekerja dan majikan). Oleh yang demikian, ahli boleh membeli / membina rumah yang lebih tinggi harganya kerana ini boleh melayakkan mereka mendapat pinjaman yang lebih tinggi untuk membiayai pembelian / pembinaan rumah.

Okey, semoga sedikit perkongsian ini dapat manfaat kat korang.

Jika bermanfaat, sila Share dengan kengkawan.

Sekian, terima kasih.

P/s : Maklumat yang di kongsi mungkin tidak lengkap. Sila rujuk pejabat atau website KWSP untuk maklumat penuh.

Sumber artikel disini

Sumber gambar

Comments

comments