Bergantung pada allowance belajar-gadis ini buktikan boleh menyimpan

0
553

Dari pengalaman orang lain, banyak yang kita boleh belajar dari mereka. Apa yang baik untuk kita ikut, kita buat. Apa yang tak elok, kita tinggalkan.

Tahun lepas Cik Ain Zaabar dan pihak team HalalMoney telah lancarkan kempen #FinanceAndManage untuk menggalakkan anak muda menyimpan tak kiralah berapa pun jumlahnya. Satu kempen awareness untuk mengajak sama-sama bijak kewangan.

Pada 30 Disember 2017, kami membuka peluang untuk mereka yang sudi bercerita apa kisah menyimpan 2017 yang telah mereka lalui. Macam-macam kisah kami dapat.

Kisah seorang pelajar ini menarik perhatian kami kerana dengan hanya bergantung pada allowance belajar, dia mampu menyimpan!

Jemput baca perkongsian pengalaman Cik Fatihah ni.

Kalau dia boleh menyimpan dan mulakan, korang mestilah boleh buat juga kan?

.

Bagaimana saya bermula 

Dapat dalam RM160!

Steady simpan ikut kemampuan

Buat tabung baru untuk tahun 2018

Nak menyimpan ni, tengoklah kemampuan diri sendiri. Tak salah pun nak mulakan simpan duit syiling atau RM1 dulu pun. Yang penting diri sendiri kena mulakan.

Jom kita mulakan menyimpan untuk tahun 2018 ni. Kami harap korang dapat inspirasi lepas dah baca perkongsian Cik Fatihah ni. Tak kisahlah berapa pun jumlah simpanan kita, mulakan. Simpanan yang kita buat tu, untuk tolong kita juga. Simpan duit syiling ke, duit RM1 ke, hatta RM50 sekalipun, buat. Sikit sikit, insyaAllah lama lama akan makin bertambah.

#FinanceAndManage

Comments

comments