“Bang, berapa banyak duit yang saya perlu ada untuk beli rumah?” – Imran

0
190

Kami percaya ramai yang bercita-cita nak beli rumah sendiri, namun pening nak fikirkan tentang deposit rumah. Kan?

Berapa banyak yang diperlukan? 

Apa langkah yang perlu diambil untuk kumpul deposit? 

Soalan-soalan ni biasanya akan keluar bila keluar bab hartanah. Bagi yang berminat nak tahu jawapannya, kami ada baca perkongsian menarik dari Tuan Amir Syahir ini. Semoga perkongsian ini mampu membantu korang merancang langkah seterusnya.

Soalan: Bang, Berapa Perlu Ada Untuk Beli Rumah?

Jawapan: Secara asasnya untuk membeli rumah pertama kau perlukan deposit sebanyak 10% daripada harga rumah. Contohnya jika rumah berharga RM130,000. Kau perlu ada tunai RM13K untuk deposit sahaja.

Ia juga bergantung kepada Margin Pembiayaan Perumahan (MOF). Ada juga dapat 80%-85% MOF untuk rumah pertama. Jadi, kau kena sediakan wang yang lebih.

Selain itu, peruntukan yuran guaman untuk proses jual beli, memproses dokumen perjanjian juga perlu diambil kira. Biasanya 3-4% daripada harga jual rumah tersebut. Jika harga rumah RM130,000 tadi, kau perlukan RM3900-RM5200.

Secara kasarnya kau perlu ada RM16,900 barulah kau mampu untuk memiliki aset hartanah dibawah harga RM130,000.

Fuhhh. Muda-muda ni mana nak cekau RM16K++ tu kan? Dengan hutang PTPTN lebih kurang RM28K++?

Tenang. Kau jangan ikut orang, umur 24 tahun dah boleh beli 2-3 rumah tu rezeki dia. Dia pun bersusah payah dulu sebelum menikmati kesenangan macam tu.

.

Jadi, apa kau boleh buat?

Tip #1 Simpan 10% Daripada Gaji

WAJIB!!. 10% ni paling cikai lah. Kalau kau nak beli rumah cepat. Simpan banyak lagi.

 

Tip #2 Waspada Dengan Kad Kredit

Ramai yang terbeban dengan hutang kad kredit. Jangan berlebihan guna kad kredit jika kau ada.

 

Tip #3 Jauhi Hutang Yang Tidak Perlu

Kau jadi cat lovers sudah la. Tak payah nak jadi debt lovers. Nak beli telefon bimbit pun bayar ansuran. Nak beli katil pun ansuran. Cuba usahakan kalau nak beli apa-apa pun guna tunai. Kalau kau tak boleh beli secara tunai, kau tak mampu la tu.

 

Tip #4 Keperluan VS Kehendak

Beli baju keperluan. Beli baju dua almari tu kau nak menjual ke apa? Kalau gegadis pesen suka beli kasut dan handbag. Nak matching bagai. Kau simpan resit banyak-banyak dalam purse tu nak buat kira-kira ke? Nak buat belanjawan eh? Habis tu tak menyesal pulak duit banyak habis sebab beli kasut dan handbag je?

 

***

Jika sekarang kau mampu tak mampu simpan RM300 sebulan, macam mana kau nak beli rumah harga RM100K. Ansuran bulanan RM100K lebih kurang RM500.

Kesan kau tak pandai kawal kewangan ni bukannya nampak sekarang. Percaya la cakap aku. Dah masuk umur 30 tahun, anak dah dua dan hutang sana sini, masa tu kau baru rasa nak menitiskan air mata. Dapat gaji bayar pinjaman peribadi. Dapat gaji bayar hutang orang. Dapat gaji langsung tak dapat simpan. Peruntukan untuk takaful lagi la takde.

Akhir kata, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian menangis bawah shower. Kah!

Dapat sesuatu dengan perkongsian ini? Kalau ya, alhamdulillah. Jangan rasa down kalau tengok orang lain mampu beli rumah muda muda. Rezeki orang lain lain.

Beli hartanah perlu ada ilmu. Jangan main terjah je beli tanpa tahu proses yang terlibat.

Mulakan kumpul deposit bermula dari sekarang. Lagi awal kita mulakan lagi bagus.  InsyaAllah kami doakan semua dapat memiliki rumah sendiri.

Comments

comments