Berapa banyak duit deposit yang anda perlukan untuk beli rumah?

0
6471
Sumber : pixabay.com
Sumber : pixabay.com

 

Beli rumah tak semestinya perlu 10% downpayment walaupun lazimnya ia perlu. Ada yang putus asa untung menabung beli rumah tetapi terus beli kereta dan hidup menyewa. Beli kereta boleh zero-downpayment, tak payah susah2 nak menyimpan untuk bayar downpayment macam beli rumah. Hidup menyewa pun takpe, yang penting keep calm and blame others.

Sebenarnya tak payah tunggu2 pun hingga cukup tabungan 10%. Sambil2 menabung tu (tetap kena menabung), survey juga rumah selalu. Untung sabut timbul. Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia pula bukan sahaja ikut nasib tapi juga perlu ilmu. Silap-silap boleh dapat downpayment minima tu.

Mari nak cerita sikit bab downpayment. Lepas baca, komen samada faham atau tak. Panjang ni tau.

Downpayment ialah bayaran awal sebahagian daripada harga rumah. Contohnya jika margin pembiayaan bank (margin of finance, MOF) hanya dapat 90% sahaja, maka downpayment ialah 10%. Jika MOF ialah 70%, maka downpayment ialah 30%.

  •  Rumah pertama & kedua : MOF sehingga 90%
  •  Rumah ketiga & seterusnya : MOF sehingga 70%

 

#1: Rumah Lelong

Nak taknak, downpayment tetap kena 10%. Ada sebahagian Proclaimation of Sale (P.O.S) yang minta 5% sahaja, tapi oleh sebab pembiayaan hanya terhad sehingga 90%, maka sebelum full disbursement 90%, tetap kena tambah lagi baki 5% untuk jumlah downpayment 10%.

Takde kompromi untuk downpayment rumah lelong. Malah jika gagal setelkan bayaran penuh atau dapatkan pembiayaan, downpayment burn, hangus, terbakar.

Untuk rumah lelong, 10% hanyalah downpayment sahaja. Anda perlu tambahan modal tunai lagi bergantung kepada rumah yang dibida untuk cover kos guaman, pindahmilik, tunggakan, pembaikian dan lain-lain. Saya cerita kemudian jika ada yang berminat.

 

#2: Rumah Subsale

Ini bergantung kepada ilmu dan skil rundingan. Lazimnya, downpayment tetap sama macam rumah lelong iaitu 10% jika MOF ialah 90%.

Biasanya bayaran downpayment awal ialah 3.18% semasa booking dan diikuti dengan 6.82% semasa sign S&P, manakala baki 90% adalah daripada pembiayaan bank pembeli. Jika MOF kurang 90%, contohnya 70%, maka baki 20% lagi dibayar sebelum full disbursement.

Tetapi tidak semestinya semua begitu kerana ia bergantung kepada tuan rumah. Tuan rumah boleh sahaja beri semula sebahagian downpayment itu kepada pembeli melalui pemberian diskaun.

Harga jual rasmi : 200,000
Downpayment : 20,000
Diskaun tuan rumah : 7% = 14,000
Downpayment selepas diskaun = 6,000 sahaja

Anda bayar downpayment 20,000 kepada tuan rumah, tiba-tiba tuan rumah kata “awak ambillah 14,000 ni semula. Saya beri kat awak.” 

Tak payah berharap sangat sehingga taknak menabung langsung. Anggap anda mesti bayar downpayment 10%, dan selepas full disburse baru anda dapat semula duit yang ‘diskaun’ itu.

Biasanya digelar sebagai rumah below market value, namun saya lebih suka bincangkan konsep ini dalam aspek lain, bukan aspek downpayment.

#3: Rumah Underconstruction

Ini depends. Tetapi kebiasaannya ada pakej rumah yang jual dengan banyak rebat atau diskaun. Sama konsep macam kes rumah subsale juga, tetapi kali ini ia daripada pemaju.

Contoh :

Harga jual : 500,000
Diskaun / rebat : 9% = 45,000
Harga selepas diskaun = 455,000
MOF = 90% = 450,000
Downpayment : 10% – 9% = 1% = 5,000

Harga jual : 500,000
Diskaun / rebat : 20% = 100,000
Harga selepas diskaun = 400,000
MOF = 90% = 450,000
Cashback : 450,000 – 400,000 = 50,000 (biasanya selepas full disbursement)
*Biasanya kena bayar downpayment juga kira-kira 5,000, dan akan dikembalikan sebagai cashback selepas full disbursement

Cashback ini ialah duit pembiayaan yang anda kena bayar setiap bulan. Gunakan cashback sebaiknya, bukan buat joli sebab itu duit pembiayaan.

 

Ini hanya bercerita tentang downpayment rumah sahaja ya. Belum termasuk kos guaman, duti setem dan kos sampingan lain kira-kira 5-8% lagi yang biasanya non-negotiable atau nego tipis.

 

Satu lagi, walaupun dapat pembiayaan 100% contohnya pembiayaan kerajaan, downpayment mungkin tetap perlu disediakan juga dan akan dipulangkan semula selepas full disburment pembiayaan tersebut.

Cerita panjang tentang downpayment tak guna kalau duit takde. Baca, faham, hadam dan mula cari duit untuk downpayment ye.

 

Artikel ini telah disumbangkan oleh Tuan Mohd Fadhli Mohd Fauzi

 

Comments

comments