Beli kereta dan bela kereta

0
1302

Salam subuh semua. Antara sebab saya tak galakkan anda beli kereta mahal waktu gaji kecil sbb kereta adalah punca utama kenapa ramai orang tak mampu nak simpan duit. Bila kita beli kereta, biasanya kita hanya ambil kira ansuran bulanan tapi kita lupa yang kereta akan ada banyak perbelanjaan yang tersembunyi yang menyebabkan sesiapa yang bergaji kecil mmg tak mampu nak menyimpan.

Semua perbelanjaan tersembunyi ni biasanya kita akan dapat tahu hanya lepas memiliki kereta. Antara kos-kos tersembunyi itu adalah:

1. Kos insurans.

2. Cukai jalan.

3. Minyak.

4. Tol.

5. Parking – Kalau kerja di KL, yang ni kos besar.

6. Servis penyelenggaraan (maintenance).

7. Alat-alat gantian kereta.

8. Kos yang perlu ditampung apabila berlaku kejadiaan yang tidak diingini, macam eksiden.

9. Faedah yang dibayar ke bank tiap tiap bulan.

10. Depreciation atau pengurangan harga tiap tiap tahun. ( yang ni kos paling besar yang orang jarang pertimbangkan)

Bila pertimbangkan semua kos diatas, jadi sayang nak guna duit sendiri untuk beli kereta. Sebab tu rule yang saya amalkan kalau nak beli kereta adalah :

a. Kalau boleh biar orang lain yang bayarkan ( guna keuntungan dari pelaburan hartanah atau perniagaan ). Boleh downloan ebook PERCUMA ini kalau nak belajar cara dapat BMW percuma guna kaedah ini.

 

http://gilahartanah.com/beli-rumah-atau-beli-kereta-dulu-i…/

b. Kalau kena bayar dari poket sendiri, pastikan bayaran bulanan tak melebihi 10% daripada pendapatan bulanan sbb akan kena tambah min lagi extra 10% untuk bela kereta ini.

c. Saya hanya akan beli kereta terpakai dan takkan beli kereta baru sebab sgt tak berbaloi kerana cukai tinggi bila beli kenderaan baru. Ironinya, ramai yang komplen cukai kereta mahal di Malaysia tapi bila beli kereta tetap beli kereta baru. 2nd hand tak main katanya.

Di Australia, sebiji rumah di sana boleh beli 22 kereta tetapi di Malaysia, sebiji rumah hanya boleh beli 2-3 kereta sahaja. Jelas sekali harga kereta di Malaysia lebih mahal berbanding Australia ( dollar to dollar). Pemilikan kereta di Malaysia adalah no.3 tertinggi di dunia. Ironinya, ramai rakyat Malaysia yang komplen pasal harga rumah mahal, menyalahkan semua pihak, tapi bila bab kereta mereka rasa tak mahal?

Sumber : Facebook

Sumber gambar : Gambar

 

Comments

comments