Baiki kewangan sendiri dalam bulan Ramadan dengan 4 langkah ini

0
2416
Sumber gambar : www.aaj.tv
Sumber gambar : www.aaj.tv

 

Ruang yang terbesar ialah ruang untuk membaiki diri sendiri. Nak membaiki diri sendiri sangat susah jika tabiat buruk sudah sebati dalam diri. Misalnya tabiat berbelanja dengan boros.

Bulan Ramadhan ni elok untuk kita berubah. Perubahan tak semestinya perlu berlaku secara drastik kan. Mulakan secara perlahan-lahan. Tapi perlu istiqamah iaitu usaha yang berterusan. Setiap minggu tanamkan azam untuk berubah.

Dalam masa sebulan ni, cuba kau praktikkan benda di bawah ni. Antaranya:

 

Minggu Pertama :

Minggu pertama kau boleh mula membuat bajet untuk perbelanjaan diri sendiri. Sekurang-kurangnya kau orang tahu aliran duit keluar masuk. Senaraikan aset dan liabiliti. Senaraikan semua hutang yang ada. Jadi, dapatlah potong mana yang tak penting untuk dibelanjakan pada perbelanjaan berikutnya.

Minggu Kedua :

Sebelum nak beli sesuatu barang, cuba buat perbandingan harga. Teliti dulu mana yang lebih berpatutan untuk dibeli. Jangan terus beli je. Barang murah tak semestinya tak berkualiti. Semuanya terpulang kepada kita. Jadilah pengguna yang bijak.

Minggu Ketiga :

Sebelum pergi ke pasaraya catat dulu barang yang hendak dibeli. Tak perlu gunakan troli barang kalau senarai barang nak beli tu sikit. Gunakan bakul je. Amalkan 10 saat berfikir sebelum letak barang dalam bakul. Jika nak beli kehendak atas daripada RM500 ataupun terpaksa berhutang, fikir 30 hari sebelum ambil keputusan muktamad. Supaya tiada penyesalan di masa depan.

Minggu Keempat :

Catat semua perbelanjaan. Walaupun setiap sen. Kalau setiap kali berbelanja makan RM10.10, 10 sen tu kena tulis juga. Jangan abaikan. 10 sen bocor. Kalau 10 kali dah RM1. Fikir-fikirkan. Bercintalah dengan aplikasi yang korang mudah untuk kesan aliran duit keluar masuk wang korang.

Ikut segala peruntukan bajet belanja korang, Tak guna ada telefon pintar kalau korang malas nak buat bajet. Paling simple korang buat group dekat WhatsApp dan tulis (-RM30) untuk duit keluar.

 

Tips bonus urus kewangan :

1. Kalau nak makan fast food ataupun tempat hipster cukup sebulan sekali sahaja. Lagipun tak bagus untuk kesihatan kalau selalu makan fast food ni.

2. Buat tabung RM20 (Si Oren) dan RM5 (Si Hijau). Seronok menyimpan dengan cara ni. Rasa excited bila tengok tabung dah mula penuh dengan duit berwarna. Tak percaya, korang cubalah.

3. Kurangkan kehendak. Tangguhkan kehendak dan jangan berhutang demi kehendak. Mungkin sebelum-sebelum ni, korang tak dapat kawal diri kan nak beli itu ini. Kalau rasa kasut masih elok, tak payah beli yang baru. Prinsip saya, guna sampai habis, pakai sampai rosak. Jangan tiap-tiap buka dompet serupa tumbuk bawang je.

4. Semak semula perbelanjaan korang. Baiki mana yang kurang. Kiraan kos diluar jangka. Muhasabahlah diri sendiri. Lihat kewangan kita. Janganlah bersedih orang lain dah kaya, hidup senang. Yakinlah kita berusaha mesti akan dapat capai kesenangan juga satu hari nanti. Yang penting perubahan.

5. Masak sendiri di rumah. Lebih berkhasiat dan terjamin kebersihannya. Jika makan diluar, pilih restoran biasa.

6. Belajar tutup lampu / air jika tidak digunakan. Baiki setiap paip yang bocor. Korang akan jimat nanti. Kalau korang sekeluarga duk lepak ruang tamu, tutuplah air cond dalam bilik tu.

7. Berhenti beli majalah pasal artis. Korang je nak tahu cerita artis. Sedangkan artis kesayangan korang tak kisah dan tapeduli ke kau pun.

 

“Jadilah orang yang bijak merancang kehidupan. Jika korang gagal untuk merancang, korang merancang untuk gagal sebenarnya. Ayuh, sama-sama kita berubah ke arah kehidupan yang lebih baik.”

Kah!

 

Artikel ini telah disumbangkan oleh Tuan Amir Syahir

Comments

comments