Bagaimana permohonan pinjaman bank saya ditolak gara-gara PTPTN

0
9590

 

Kita semua tahu PTPTN adalah pinjaman pelajaran tinggi kerajaan kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

Interest pada zaman saya dulu 4% sebelum diperkenalkan system ujrah, interest dikurangkan kepada 1%. Alhamdulillah, interest dikurangkan. Tapi caj pengurusan pinjaman setiap bulan tetap ada, dan bagi saya masih agak tinggi.

Saya mohon 3 kali pinjaman PTPTN, untuk pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda & Ijazah Sarjana. Jumlah pinjaman saya lebih kurang RM50,000. Pinjaman pelajaran jer dah mencecah RM50,000. Kesian kan?! Sendiri Mau Ingat lah!

Duit PTPTN Kita Buat Apa?

Bila di fikirkan balik, apa yang kita beli yang menggunakan duit PTPTN kita?
Dulu, kengkawan saya sibuk nak beli Handphone yang terkini, beli motor baru, dan paling parah sekali ada juga segelintir yang menghabiskan duit PTPTN untuk menyertai Skim Cepat Kaya iaitu “Luxor”! Ish ish ish, apa la korang ni pikir?

Tapi pemuda sekarang dah sepatutnya lebih celik dalam ilmu pengurusan kewangan sebab dah banyak buku dan seminar yang diadakan di peringkat institusi pengajian tinggi. Kalau tak cakna lagi, tak insaf lagi, tak tahu la nak cakap apa kan? Lu Pikir La Sendiri.

 

PTPTN & CCRIS

CCRIS adalah satu system pengurusan kredit peminjam di institusi kewangan yang di iktiraf oleh Bank Negara (BNM) yang biasanya digunakan oleh Bank-bank di Malaysia. Ia akan merekodkan senarai pinjaman serta “track-record” pembayaran pinjaman tersebut.

System Kawalan Kredit PTPTN Terkini
1) Tunggakan PTPTN
⁃ Pihak PTPTN telah bekerjasama dengan pihak BNM memasukkan jumlah tunggakan pinjaman PTPTN ke dalam CCRIS Report.

Kesannya :-
Saya dikejutkan dengan berita beberapa permohonan pinjaman saya telah di “reject” walaupun saya andaikan saya mempunyai “Clean CCRIS Rekod”
1. Permohonan pinjaman perayaan (Festival Loan) mengikut gaji semasa.
2. Permohonan Pinjaman Peribadi RM20,000.
3. Permohonan Pinjaman ASB RM50,000.

Parah bila staff bank pun pinjaman kena “reject” kan? Ha ha. Padan muka kau.

Saya sangat terkejut kerana permohonan tersebut di tolak atas sebab rekod CCRIS saya tidak cantik. Selama ini, rekod CCRIS saya sangat cantik (Clean CCRIS). Terkilan dengan berita tersebut, saya telah pergi ke Kiosk BNM untuk mencetak penyata CCRIS.

PENYATA CCRIS KOYAK
Terkejut beruk tengok penyata CCRIS ada tunggakan 57 bulan (hancur masa depan nak buat permohonan baru kat mana2 bank lepas ni) untuk pinjaman PTPTN yang baru dimasukkan dalam penyata CCRIS saya dengan Tunggakan lebih RM15,000.

Untuk pengetahuan anda, saya secara konsisten telah membayar RM200 setiap bulan untuk pinjaman PTPTN saya. (Sepatutnya kena bayar RM500 sebulan kalau tak mahu ada baki tertunggak – GUA mana MAMPU bro nak bayar PTPTN banyak tu).

Dulu, orang ingat dah bayar RM50 sebulan dah kira Okay, sebenarnya bayaran yang tak cukup nilah yang meningkatkan jumlah tunggakan pinjaman PTPTN.

2) Pinjaman PTPTN Tersenarai Sebagai Pinjaman dalam CCRIS Report
⁃ Berita terkini yang saya baru “discover” ialah semua tiga senarai pinjaman PTPTN saya telah masuk ke dalam CCRIS Report saya.

Kesannya :-
Bila pinjaman PTPTN kita telah masuk ke dalam CCRIS Report, maknanya komitment pinjaman bulanan pinjaman PTPTN saya akan diambil-kira dalam pengiraan “Debt Service Ratio” (DSR) atau “Customer Repayment Capacity” (CRC), secara langsung DSR/CRC saya akan meningkat secara mendadak. Ini akan mengurangkan peluang saya untuk memohon pinjaman bank yang lain kerana komitment bulanan saya telah sedia-ada agak tinggi.

3) Potongan Gaji Secara Terus Untuk Penjawat Awam.
⁃ Yang ni, saya tak boleh komen lebih, sebab saya kurang pasti macam mana system ini berfungsi. Maklumlah saya bukan penjawat awam. Tapi apa yang saya lihat, lagi banyak tunggakan, lagi parah (tinggi) potongan gaji yang dilaksanakan. Terutama kepada peminjam PTPTN yang tak pernah bayar langsung. Ehem2, Pinjam Mau, Duit Pakai, Bayar Tak Mau, Kan Dah Terkena. (Gua pun terkena gak! Haha! Padan Muka Sendiri!).

JALAN PENYELESAIAN

1. Selesaikan semua pinjaman PTPTN – Cakap mudah kan? Kalau dah jumlah pinjaman hampir RM50,000, ingat senang ke nak langsaikan semua. Ada jalannya, cuma kena berikhtiar lebih lah.

2. PENSTRUKTURAN SEMULA PINJAMAN PTPTN – Setelah membayar tunggakan pinjaman PTPTN saya, saya telah pergi ke pejabat PTPTN terdekat untuk mengurangkan komitment pembayaran saya dari RM500 kepada RM200 sebulan (Ni baru Gua Mampu Bayar bro! Haha). Alhamdulillah, permohonan berjaya.

Tips : Saya tak tahu macam mana system PTPTN ni berfungsi tapi setelah saya bayar tunggakan pinjaman RM15,000 saya, dan pada masa yang sama, saya buat penstrukturan semula pinjaman, saya xi beritahu oleh pihak PTPTN yang saya telah buat “Advance Payment” selama hampir 100 bulan. Bermakna jika saya tak membuat apa-apa bayaran PTPTN selama beberapa bulan, masih tak ada kesan terhadap CCRIS. Ni mungkin kes terpencil, jangan tanya saya bagaimana ia berfungsi, saya pun tak tahu.

 

Nota: Elakkan buat penstrukturan semula jika anda mampu bayar dengan komitment semasa. Ada bank sensitif tentang penstrukturan semula pinjaman, ia mungkin akan menjejaskan peluang permohonan pinjaman anda pada masa akan datang.

SEMAKAN STATUS PTPTN

Kalau ada sesiapa nk memohon apa2 loan, sila semak status terkini anda.

Sedikit Tips yang saya tahu:-
1. Andai nama anda tersenarai dlm List “Akan disenarai hitam”,
kebarangkalian loan PTPTN anda telah masuk CCRIS adalah tinggi. PTPTN masuk CCRIS, susahla nk lepas loan skrg ni. Owh tu dulu, sekarang (yang confirm bermula tahun ni), semua senarai pinjaman PTPTN TELAH MASUK DALAM CCRIS REPORT!

2. Andai nama anda tersenarai dlm List “Telah disenarai hitam”,
maknanya gelap masa depan, CONFIRM Permohonan Loan kat mana-mana bank akan DI REJECT.  Nak ke luar negara confirm2 la tak lepas.

[Saya akan share balik cara semakan di posting yang lain ya]

Pelik kan, melancong ke luar mampu pulak, hutang PTPTN xnak bayar langsung. Haha kasi panaskan “line” cikit.

PENGAJARAN

Cerita ini adalah pengalaman peribadi sebenar saya, harap anda semua dapat pengajaran dari cerita ini.

Dah pinjam PTPTN tu pandai-pandai la bayar oiii haha. Masa belajar, Duit PTPTN buat jolly sape suruh.

HUTANG PATUT DIBAYAR walaupun tidak di tuntut (Jadi ustaz jap)

 

Semoga bermanfaat.

Ok, sekian terima kasih.

Sumber artikel disini

Sumber gambar

Comments

comments