Bagaimana nak bina tabung kecemasan ketika baru mula bekerja?

0
2670
Sumber gambar : bankingexchange.com
Sumber gambar : bankingexchange.com

 

Katakanlah satu hari kita tiba-tiba nak guna RM4000 sebab ada kecemasan yang tak disangka-sangka, agak-agak kita ada tak simpanan yang boleh kita gunakan untuk hal kecemasan ni? Kenapa pentingnya dana kecemasan ni? Supaya bila ada kejadian yang tak boleh elakkan perlu menggunakan duit, kita tak terkapai-kapai untuk cari duit.

Hidup kita ni tak selalunya boleh jangka. Kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan. Sebagai contoh andai kata tiba-tiba kita kena pecat daripada kerja kita sekarang, adakah kita sudah bersedia? Malah andai kata kita diuji dengan penyakit hingga hilang keupayaan bekerja sementara, adakah kita sudah bersedia? Kita tak boleh jangka apa yang kita bakal hadapi. Kerana itulah pentingnya untuk mulakan tabung kecemasan.

 

Jadi macam mana nak mulakan tabung kecemasan ni?

 

#1 Berapa bulan kena menyimpan?

Ada sesetengah orang kata tabung kecemasan ni bersamaan 6 bulan gaji. Ada orang kata minimum 3 bulan gaji. Sebagai contoh kalau korang bergaji RM1000, sekurang-kurangnya kena ada RM3000 dalam tabung kecemasan. Tak ada yang betul atau salah dalam menentukan berapa bulan dana kecemasan. Tengok kemampuan korang juga. Kalau mampu menyimpan untuk 3 bulan, simpanlah. Yang penting tabung kecemasan ni memang kena penuhkan cepat cepat. Barulah hati tak risau bila tiba-tiba ada sesuatu berlaku.

 

#2 Simpan mengikut kemampuan

Bila kita dah target nak simpan 3 bulan untuk dana kecemasan, janganlah sampai menyusahkan diri pula. Sebagai contoh kita bergaji RM1000, nak penuhkan dana kecemasan 3 bulan bersamaan RM3000. Janganlah kita simpan semua duit gaji kita terus masuk dalam dana kecemasan. Buat bajet kewangan. Kita tetap kena hidup macam biasa. Nak makan, nak bayar duit sewa rumah, duit pengangkutan pergi tempat kerja lagi. Semua tu kena ambil kira juga. Menyimpan secara berhemah.

 

#3 Simpan di tempat yang betul

Kat mana nak simpan duit untuk tabung kecemasan ni? Seelok-eloknya simpan di tempat yang senang keluar. Sebagai contoh bank yang kita jarang guna. Tapi janganlah suka hati je keluarkan duit kecemasan tu. Pastikan betul-betul terdesak baru keluarkan ya. Korang juga boleh simpan di tempat yang orang tak boleh agak supaya boleh kurangkan risiko untukĀ  dicuri duit itu.

 

#4 Macam mana nak cukupkan tabung kecemasan ni?

Untuk penuhkan tabung kecemasan ni, korang boleh asingkan siap-siap dari gaji korang. Sebagai contoh 10% dari gaji bulanan asingkan untuk tabung kecemasan. Korang juga boleh cari pendapatan kedua dengan berniaga online untuk tambah dalam tabung kecemasan. Lagi cepat korang penuhkan tabung kecemasan ni, lagi baik.

 

Dah boleh hadam perkongsian ni? Harapnya korang boleh rancang kewangan korang dengan lebih baik dan mula membina tabung penting ni. Belajar bezakan hal yang betul-betul kecemasan bila nak korek tabung ni.

 

Contohnya kalau korang tiba-tiba terjumpa sale yang diskaun gila-gila. Itu bukan kecemasan ya. Itu nafsu semata-mata. Mohon jangan cepat tergoda dengan perkataan diskaun dan sale.

 

Contoh yang betul-betul kecemasan adalah bila tiba-tiba je kereta rosak sampai korang kena repair (yelah nanti susah pulak nak bergerak kan). Maka gunalah tabung ni.

 

Belajar untuk kawal nafsu agar tak terguna duit yang ada dalam dana kecemasan ni. Guna bila betul-betul kecemasan je supaya korang tak rasa menyesal nanti. Kami doakan semoga korang berjaya penuhkan tabung kecemasan secepat mungkin.

Comments

comments