Baca tips ini kalau anda nak pelaburan anda dapat buat untung

0
599

 

Tips 1

Mulakan melabur dlm ilmu. Beli buku, datang seminar, datang kursus dan lain-lain. Mentor kami berpesan, jika mahu melabur dalam hartanah, baca sekurang-kurangnya 10 buah buku tentang hartanah. Lebih banyak lebih baik.

 

Tips 2 

Disiplinkan membuat simpanan sebelum mengambil risiko melabur. Jika simpanan pun tak berapa hendak boleh buat, jangan harap hendak membuat untung dengan melabur. Pelaburan sejuta kali lebih sukar dari menyimpan.

 

Tips 3

Selesaikan hutang-hutang jahat seperti hutang kad kredit, hutang personal loan, hutang court mammoth, hutang kereta kedua, hutang kereta baru yang tukar dua tiga tahun sekali, hutang kutu, hutang sontot dan sebagainya. Kalau hutang keliling pinggang, nanti anda akan melabur dengan penuh emosi.

 

Tips 4

Cukupkan simpanan sebanyak bersamaan 3 ke 6 bulan gaji. Selepas cukup simpanan tersebut, barulah mulakan simpanan menggunakan wang lebihan simpanan bukan wang simpanan.

 

Tips 5

Jangan sekali-kali mulakan pelaburan menggunakan hutang. Jika ada ejen / broker / wakalah mengajar untuk melabur dengan membuat pinjaman yang tak pernah anda melabur – lari jauh-jauh dengan kelajuan 1000km/j.

 

Tips 6

Jika berurusan dengan ejen, pilih ejen yang turut melabur dalam pelaburan yang dia promosikan. Jika pelaburan hartanah, pilih ejen yang turut melabur hartanah. Jika broker saham, pilih broker yang turut melabur dan untung dalam saham. Bukan apa, untuk dapatkan success story pelaburan mereka untuk dijadikan panduan.

 

Tips 7

Jangan semata-mata bergantung harap kepada ejen. Biar kita yang memantau pelaburan kita. Mereka hanya sebagai pemudah-cara utk pelaburan kita, bukan pengurus dana kita.

 

Nota kaki;
– Kini ada platform Single License Investment yg membantu pelabur memantau dan melihat prestasi 350 lebih dana-dana pelaburan saham amanah di Malaysia dari 27 syarikat.

– Paltform tersebut www.fame.com.my yg boleh juga download melalui Google Play dan Apple Store. Tapi hanya pelabur shj boleh login.

Sumber : facebook

Sumber gambar

 

 

Comments

comments

SHARE
Previous articleBaca panduan ini untuk pastikan pelaburan unit amanah anda berkesan
Next articleHarga makin naik? Ketahui apa yang perlu korang buat untuk tempuhinya.
Afyan Mat Rawi
Afyan Mat Rawi adalah seorang trainer dan perunding bertauliah bertauliah Islamic Financial Planner (IFP). oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM – Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia. Beliau terlibat dalam bidang perkhidmatan kewangan sejak tahun 2003 hingga sekarang. Tulisan-tulisan Saudara Afyan juga selalu tersiar di MajalahNiaga.com, Harian Metro, Majalah Solusi, Prospek Hartanah Malaysia. Malah beliau juga pernah tampil beberapa kali secara langsung dalam rancangan “Assalamualaikum” dan rancangan-rancangan lain seperti “Assalamualaikum”, "Maqasid Syarieyah" di TV Al-Hijrah. Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang servis kewangan Islam, beliau selalu dijemput mengendalikan program-program yang berkaitan kewangan, muamalat Islam, pelaburan, takaful di seluruh pelosok tanah air. Merupakan pengasas INFAQ Consultancy, sebuah firma perundingan kewangan yang bertauliah.