Baca panduan ini untuk pastikan pelaburan unit amanah anda berkesan

0
986

 

9 panduan sebelum memulakan pelaburan unit amanah:

Panduan #1

Sebelum melabur, mulakan dgn simpanan 10% gaji. Simpan ke Tabung Haji sebaiknya kerana ia boleh memberi pulangan lebih baik dari simpanan biasa.

 

Panduan #2

Cukupkan simpanan sebanyak bersamaan 3 ke 6 bulan gaji. Ia sebagai dana kecemasan utk masa hadapan.

 

Panduan #3

Selepas cukup simpanan tersebut, baru boleh mulakan pelaburan menggunakan duit LEBIHAN simpanan. Jangan gunakan wang simpanan, guna wang lebihan simpanan.

 

Panduan #4

Jangan buat “Dollar Cost Averaging” (DCA) secara membuta tuli. Buat secara bijak kerana selepas setahun dua melabur kita tahu harga paling tinggi dan harga paling rendah. Jadi selepas itu, memilihlah waktu kita membeli dana baru pada harga murah.

 

Panduan #5

Guna wang KWSP? Ia kaedah terakhir. Jika gunakan cara ini, gunakan juga tip-tip yg dikongsi di sini terutama jgn lakukan DCA secara membuat tuli. Tahukah anda, CEO KWSP pernah membuat kenyataan bahawa hanya 20% sahaja pelabur yg mengeluarkan wang KWSP utk unit trust mendapat pulangan melebihi pulangan KWSP?,

 

Panduan #6

Letakkan benchmark ASB 8% setahun sebagai ROI. Jika ROI dana kurang 8%, maka lakukan sesuatu – review dana dan switching.

 

Panduan #7

Jangan bergantung harap kpd ejen atau broker, mereka hanyalah fasilitator dlm pelaburan ini. Jika dapat ejen yg bagus, itubialah bonus.

 

Panduan #8

Sebenarnya, tanpa melalui ejen pun kita boleh membeli sendiri dana-dana pilihan kita dan dpt menjimatkan kos dan caj.

 

Panduan #9

Semak prestasi dana-dana pelaburan unit amanah melalui laporan Lipper dan bukan semata-mata bergantung kpd ejen sebab ejen akan mempromosi dana syarikat mereka.

Sumber : Facebook

Sumber gambar

 

Comments

comments

SHARE
Previous articleNak melabur dalam emas? Baca tips ini supaya tak tersilap langkah
Next articleBaca tips ini kalau anda nak pelaburan anda dapat buat untung
Afyan Mat Rawi
Afyan Mat Rawi adalah seorang trainer dan perunding bertauliah bertauliah Islamic Financial Planner (IFP). oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM – Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia. Beliau terlibat dalam bidang perkhidmatan kewangan sejak tahun 2003 hingga sekarang. Tulisan-tulisan Saudara Afyan juga selalu tersiar di MajalahNiaga.com, Harian Metro, Majalah Solusi, Prospek Hartanah Malaysia. Malah beliau juga pernah tampil beberapa kali secara langsung dalam rancangan “Assalamualaikum” dan rancangan-rancangan lain seperti “Assalamualaikum”, "Maqasid Syarieyah" di TV Al-Hijrah. Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang servis kewangan Islam, beliau selalu dijemput mengendalikan program-program yang berkaitan kewangan, muamalat Islam, pelaburan, takaful di seluruh pelosok tanah air. Merupakan pengasas INFAQ Consultancy, sebuah firma perundingan kewangan yang bertauliah.