“Awak, bank mana yang paling senang dan bagus untuk mohon housing loan?”

0
2324

Bank Mana yang paling bagus untuk Housing Loan?
Bank Mana yang paling rendah rate dia?
Bank mana yang paling senang nak approved loan?

Etc etc etc.

Amaran, status ni panjang. Sila tabahkan hati untuk membaca. Hanya orang-orang yang sabar je mampu baca sampai habis 

Macam-macam persoalan yang selalu di tanya. Tahu tak? Soalan ni soalan maut tau! Nak jawab pun kadang-kadang sakit hati (ok maafkan bella) 

Bila soalan ni di tanya:

Nanti si polan akan menjawab Bank A lah yang paling bagus, si kawan polan akan jawab Bank B yang paling best, saudara polan pulak jawab Bank C yang paling bagus. Ahh sudah! Pening kan?

Sebenarnya there’s no Right & Wrong untuk mana-mana jawapan. Kena faham apa yang korang nak dan apa yang bank-bank tersebut offer.

Percayalah, mungkin Bank A bagus untuk si polan, tapi kurang bagi kawan si polan. Mungkin Bank B lebih bagus untuk kawan si Polan tapi tak bagus untuk saudara si polan.

Faham? Boleh baca lagi tak ni?

Kenapa? Sebab setiap daripada kita punya needs yang berbeza, punya matlamat yang berbeza, punya tahap financial yang berbeza, punya gaji yang berbeza, punya simpanan yang berbeza. Betul tak?

Jangan tengok rate semata-mata kawan! Ada banyak lagi faktor yang korang boleh consider.

Nak tahu apa? Ok boleh sambung baca lagi.

#1 Tempoh Pinjaman

Ada bank yang hanya offer maximum tenure 30 tahun sedangkan ada bank yang boleh bagi 35 tahun maximum.

 

#2 Margin of Finance

Ada bank offer 90% untuk rumah pertama, ada juga yang hanya meluluskan 80% sahaja.

 

#3 Additional 5%

Ada bank yang capitalised MRTT + Legal Fee + Valuation Fee ke dalam loan. Ada bank yang bagi MRTT sahaja. Malah ada yang tak bagi langsung semua di atas.

 

#4 Special condition

Ada bank yang kena pledge Fixed Deposit untuk lulus loan, ada bank yang kena apply Life Insurance untuk lulus loan, ada juga yang kena apply Credit Card untuk lulus loan. Tapi ada juga yang tiada apa-apa syarat.

#5 Pakej

Ada loan yang offer conventional, ada juga yang islamic. Ada yang bagi pakej Full Flexi, Semi Flexi, Term Loan, Overdraft. Semuanya berbeza-beza.

 

#6 Lock In Period (LIP)

Ada bank yang LIP 5 tahun ada yang 3 tahun malah ada yang tiada LIP. Ada juga yang LIP untuk conventional loan sahaja tetapi ada juga yang Islamic pun ada LIP.

 

#7 Default Clause & Default Rate

Ada bank yang ada default clause 1 bulan, ada juga yang default 3 bulan. Ada default rate 9% ada yang default rate 10%.

Larat lagi tak nak baca? Ok kita sambung lagi.

 

#8 Rate

Ada rate rendah ada rate tinggi. Ini biasa lah. Nak rate rendah tapi loan profile haru biru. Hadap je lah awak. Ada juga yang rate tinggi tapi offer MOF 90% + 5% compare pulak dengan bank B rate rendah tapi MOF 80% sahaja. See?

 

#9 Policy bank atau syarat tertentu

Ada bank yang offer loan tapi tak boleh buat bayaran lebih. Ada bank yang bagi loan tapi tak banyak branch. (Ok, online banking kan ada?) Ada bank yang bagi loan tapi syarat kena ambil loan yang lain pulak.

 

#10 Staff mesra pelanggan

Ada bank yang bagi loan tapi service after sale ke laut mati. Hampeh giler. Ada bank yang friendly habis staff dia tapi rate agak tinggi.

 

Etc etc etc ada banyak lagi.

 

Kena faham situasi. Kalau korang terlalu bagus, korang takkan pergi bank merayu untuk loan korang approved. Setiap bank tu dah memang bagus. Cuma kena sesuaikan dengan korang. Korang takkan dapat semua yang korang nak.

Mungkin Bank A bagus bagi si polan sebab profile si polan ni menepati kriteria Bank A, tapi bila si polan pergi ke Bank B, si polan tak dapat apa yang Bank A offer.

Tapi bila kawan si polan pergi ke Bank A, bank A tak boleh bagi seperti yang si polan dapat. Tapi Bank B pulak boleh offer kat kawan si Polan ni pakej yang bagus untuk dia.

Faham tak?

Kalau boleh, kalau boleh lah,jangan tanya soalan yang terlalu General. Soalan susah tahap dewa 19 ni bukan ada jawapan betul atau salah pun. Open ended question. Pasti akan ada soalan susulan selepas jawapan tu.

Bukan apa, nanti korang tanya si polan bank apa yang bagus, dan bila si polan jawab Bank A, korang pun dengan over confident pergi Bank A. Lepas tu reject UPFRONT. Dah korang jugak yang kecik hati bilang si polan ni penipu. Parah parah.

Kena faham, digit dalam akaun bank kita semua orang berbeza. Walau gaji sama angka dalam payslip, tapi tak semestinya ada sama baki dalam akaun bank.

Faham?

Nak tanya soalan ni lagi tak? (Eh eh! Sila baca dengan nada biasa, bukan nada sinis atau tinggi)

Takpe takpe. Kita belajar sama2. Yang mana tak tahu tu, nak share status ni buat kawan serta sahabat rakan taulan. Biar semua orang boleh tahu. Rajin-rajin kan diri “buang” masa sikit untuk walk in ke setiap bank untuk jadikan “banker” itu sahabat. Sahabat maya pun takpe.

“Ada facebook tak?”

Terima kasih siapa yang baca sampai habis. Meh komen sikit kalau korang berjaya baca status panjang ni sampai habis. Nanti bella share lagi.

Korang memang awesome! Manusia yang paling sabar bella pernah jumpa sebab baca ilmu ciput bella ni sampai habis. Tahniah!

Love,
Bella

 

Artikel ini telah disumbangkan oleh Cik Bella Leana

Comments

comments