Asingkan duit gaji anda mengikut prioriti kewangan ini

0
2868
Sumber gambar : pixabay.com
Sumber gambar : pixabay.com

Bila dapat gaji, apa yang korang buat dengan duit tu supaya kewangan korang tak bocor?

Sama ada korang mula pantau ke mana gaji korang dihabiskan ataupun mula prioritikan mengikut kategori.

Tak ada orang lain yang boleh tolong uruskan kewangan kita, melainkan kita sendiri. Jadi mulakan kawal duit gaji bulanan.

Hadamkan sekarang nukilan Tuan Mohd Fadhli Mohd Fauzi ni.

Tahniah! Anda berjaya survive 40 hari menunggu hari gaji!

So, lepas dapat gaji nak buat apa? Saya senaraikan ikut prioriti bermula daripada yang wajib, kepada yang perlu dan diakhiri dengan apa yang mahu.

 

#1 Bayar hutang

Nak taknak, kau kena bayar hutang dulu kerana ini kewajipan. Selesaikan yang wajib kerana ini hak orang lain. Tak bayar, dosa.

Antara contoh hutang biasa ialah :

• Hutang member yang selalu acah-acah lupa. Selama ni member whatsapp biar bluetick je kan. So, gaji esok whatsapp dia minta nombor akaun dan bayarlah terus. Move on, bro.

• Duit sewa rumah. Kau kena berada dalam kasut owner rumah. Dia dah beli rumah bayar 10% deposit, 5% kos dokumentasi, keluar duit setup rumah, bayar cukai tanah & pintu, takkan la duit sewa pun kau nak dia tanggung juga. Bayarlah sewa tu dulu sebab setiap bulan owner kena bayar kat bank. Jangan lewat, kesian ccris owner tu nanti.

• Ansuran kereta. Dah buat pembiayaan, kenalah bayar. Kalau beli kereta ikut kemampuan, bolehlah tarik nafas lega. Kalau kereta mewah melebihi kemampuan, memang hujung bulan makan megi. Takpun, demimu kereta, ada yang sanggup tak bayar sewa rumah. Jangan, sebab ini semua benda wajib diselesaikan.

• Ansuran pembiayaan peribadi. Nasiblah anak dah 5 tapi ansuran pembiayaan peribadi untuk majlis kahwin masih tak setel. Nak buat camne, hutang tetap kena bayar. Ini kewajipan, kan.

Kalau poin bayar hutang ni je dah hampir habis semua gaji, kau kena muhasabah diri. Jumpa pakar pengurusan kewangan dan strukturkan semula kewangan.

“Oh gaji, harini dari bank kau datang, harini juga kepada bank kau kembali. Ini semua kerana pembiayaan kereta dan pembiayaan peribadi.”

 

#2 Bayar zakat

Kalau cukup haul, bayarlah zakat. Wajib tau. Sebaiknya buat potongan bulanan terus supaya tak lupa. Zakat ini penyucian harta kerana bukan semua harta yang kita ada milik kita sepenuhnya.

 

#3 Simpanan paksa

Kalau masih banyak lagi baki gaji, cuba simpan 10% gaji. Kalau tak mampu, boleh mula dengan 5% tapi naikkan la sedikit demi sedikit. Nak cepat jadi bukit, naikkan laju-laju. Nak laju lagi, buat dua tiga kerja dan upahnya masuk tabung simpanan.

Cara terbaik ialah buat potongan gaji ke TH, tapi pastikan semua hutang kat atas tu boleh dibayar dengan baki gaji selepas potongan TH. Hutang wajib, simpanan perlu. Utamakan yang wajib.

Kalau TH pun selalu kena korek semula, boleh buat ASB Financing sebagai simpanan paksa agar rasa wajib bayar setiap bulan dalam tabungan ASBF.

 

#4 Belanja keperluan

Baki gaji selepas poin 1, 2 dan 3 barulah guna untuk keperluan. Contohnya barangan dapur, pampers anak, susu anak, dan sebagainya. Anyway, ini pun wajib sebenarnya tapi saya kategorikan bawah keperluan. Kena buat, perlu buat kerana ini tanggungjawab. Ada kategori keperluan lain tapi bukan kewajipan contohnya perlindungan takaful.

Kalau tak cukup duit, terpaksa buat side income. Yup, terpaksa la buat untuk penuhi keperluan.

Kenapa simpan dulu baru belanja untuk keperluan? Sebab nak mentaliti fikir apa yang benar-benar keperluan supaya tak overestimate, dan kalau tak cukup duit boleh usaha tambah pendapatan. Secara tak langsung, simpanan masa depan terjamin. Dan jika ada kecemasan tiba-tiba, boleh guna duit simpanan yang ada.

Kau bayangkan jika belanja keperluan dulu baru menyimpan. Kecenderungan untuk overspent pada keperluan adalah tinggi, hingga takde duit untuk simpanan. Tiba-tiba berlaku kecemasan tengah bulan, nak korek duit mana?

 

#5 Belanja kemahuan

Ada baki? Tahniah. Yang baki ni la kau belanja untuk kemahuan kau dan famili. Nak tukar sportrim silakan. Nak keluar konvoi dengan member kat karak, teruskan.

Pastikan hutang member dah setel, kalau tak menyirap je member tengok kau upload hobi mahal kau kat insta, tapi hutang member taknak bayar. Hobi mahal tapi hutang member takde duit nak bayar.

 

Fuh, nampak banyak kena bayar kan. Huhu. Gaji 10,000 pun belum tentu mampu buat semua ini terutamanya poin nombor 1 dan 2. Apatah lagi gaji 3,000 yang mampu miliki kereta mewah tapi tak mampu bayar sewa rumah.

Kongsikan, supaya member kau terbaca dan tak lupa prioriti nombor 1 yang ramai acah-acah hilang ingatan buat-buat lupa hutang member.

Artikel ini telah disumbangkan oleh Tuan Mohd Fadhli Mohd Fauzi

Comments

comments