3 arah trend yang anda wajib tahu jika anda newbie dalam pelaburan

0
218
Sumber : Shopify
Sumber : Shopify

Kawan Baik anda: Trend

Kali ini saya nak kenalkan dekat korang semua dengan kawan baik kita, Encik Trend. Sebagai seorang pedagang mahupun pelabur, kita kena kenal dan memahami kawan baik kita ni supaya perjalanan kita dalam perdagangan ataupun pelaburan menjadi lebih lancar.

 

Apa tu Encik Trend?

Trend dalam kata mudahnya ialah arah atau halatuju sesuatu pergerakan, ini termasuklah pergerakan saham, forex, futures dan lain-lain instrumen pelaburan yang ada. Ia menjadi satu perkara yang penting bagi pedagang ataupun pelabur yang menggunakan analisa teknikal sebagai panduan untuk berdagang mahupun melabur.

Kerana apa? Kerana sebab utama mengkaji pergerakan harga adalah untuk mengenal pasti perubahan trend supaya para pedagang dan pelabur boleh menyertai trend tersebut & mempunyai potensi untuk menjana keuntungan. Jika kita lihat kepada teknik-teknik di dalam analisa teknikal, kebanyakannya ialah teknik “trend following”. Ini bermaksud, teknik-teknik ini akan mengenal pasti trend dan mengikutinya untuk berdagang ataupun melabur di dalam instrumen pelaburan.

 

Trend: 3 arah

Kawan baik kita ni ada 3 arah yang akan di buatnya. Memahami arah-arah ini membolehkan kita menggunakan ia sebagai salah satu teknik berdagang ataupun melabur. Arah-arah nya ialah:

 

#1 Menaik (uptrend)

Arah menaik tercipta apabila harga membuat siri-siri harga rendah meninggi (Higher low) dan harga tinggi yang lebih tinggi (Higher high). Untuk lebih memahami mari kita lihat gambar dibawah ini.

 

Simbol

HL – Harga rendah meninggi (Higher low)

HH – Harga tinggi yang lebih tinggi (Higher high)

 

#2 Menurun (downtrend)

Arah menurun pula tercipta apabila harga membuat siri-siri harga tinggi merendah (Lower high) dan harga rendah yang lebih rendah. Mari kita rujuk gambar dibawah ini.

Simbol

LH – Harga tinggi merendah Lower high)

LL – Harga rendah yang lebih rendah (Lower low)

 

#3 Mendatar (Sideways)

Arah mendatar ialah dimana harga bergerak didalam satu lingkungan ataupun julat A ke B. Ia juga dinamakan fasa pengumpulan (accumulation phase) oleh pengamal analisa teknikal.

Setelah mengenal pasti arah-arah ini, sekarang kita boleh menggunakan teknik channel yang terhasil dari arah-arah ini sebagai salah satu teknik berdagang ataupun melabur.

Macam mana?

Mudah sahaja, kita memerlukan sekurang-kurangnya dua titik harga rendah dan tinggi kemudiannya menyambung titik-titik tersebut dengan melukis garisan. Proses ini sama untuk ke semua jenis arah di atas. Menggunakan teknik ini kita boleh mengenal pasti trend dan juga titik untuk Membeli & Menjual kita Mari kita lihat gambar di bawah.

Arah menaik
Arah menaik
Arah menurun
Arah mendatar
Arah mendatar

 

Bagaimana? Okay bukan? Sudah pastinya kita perlu menggabungkan teknik-teknik lain bersama indikator-indikator analisa teknikal yang lain untuk menambahkan keyakinan kita ketika hendak membeli ataupun menjual dengan menggunakan teknik channel.

Setakat itu sahaja sharing kali ini. Semoga bermanfaat ye kawan-kawan. Selamat berdagang dan melabur.

 

Che’fa

MsTA (UK), CFTe (USA)

Comments

comments

SHARE
Previous articleMenganalisa Saham : Fundamental Analysis vs Technical Analysis
Che Muhammad Faiz
Che Muhammad Faiz adalah seorang anak muda yang suka berkongsi tips-tips pelaburan saham di akaun Twitternya. Beliau merupakan seorang Dealer's Representative, Equities di Maybank Investment Bank Berhad yang berkelulusan BBA (hons) Finance (UiTM Melaka). Bekerja sebagai Dealer's Representative menjadikan beliau seorang yang berpengalaman dalam menguruskan pelaburan saham.