Apa yang penting sangat dengan Tabung Kecemasan ni? 

0
3006

 

 

Apa tu Tabung Kecemasan?
Kita selalu dengar orang bercakap pasal tabung kecemasan kan? Tapi tahukah kita apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan tabung? Sebenarnya definisi ini agak subjektif kerana setiap orang mempunyai definisi yang berbeza mengikut gaya hidup, kos sara hidup serta jenis dan status pekerjaan semasa. Lebih berisiko status kerja anda, mungkin lebih tinggi nilai tabungan kecemasan yang diperlukan.

Bagi saya, definisi tabung kecemasan ni lebih kepada kegunaan di kala berlaku peristiwa luar jangka atau peristiwa yang boleh menyebabkan anda hilang punca pendapatan contohnya diberhentikan kerja atau anda ditimpa kemalangan. Takde kerja atau tak boleh kerja, akan menyebabkan anda hilang punca pendapatan kan?

Berapa jumlah nak simpan untuk tabung kecemasan?
Benda ni pun agak subjektif, ada orang guna cara kiraan mengikut jumlah pendapatan bulanan dan ada juga yang guna jumlah perbelanjaan bulanan.

Paling minimum biasa orang buat tabung kecemasan adalah 3 bulan jumlah pendapatan atau 6 bulan jumlah perbelanjaan. Tapi biasanya jumlah yang digalakkan adalah 6 bulan jumlah pendapatan anda.

Sebaik-baiknya untuk kerja berisiko tinggi seperti jika anda kerja di bidang “Oil & Gas”, tabungan sebanyak 12 bulan jumlah pendapatan adalah amat digalakkan kerana risiko anda kehilangan kerja adalah tinggi serta kemungkinan kesukaran anda untuk dapat kerja dalam masa yang singkat.

Contoh Kiraan

Contoh 1 – berdasarkan jumlah “perbelanjaan”

Katakan pendapatan Ali RM3,000 sebulan;
Perbelanjaan Ali RM2,000 sebulan,
Tabungan kecemasan diperlukan :
RM2,000 x 6 bulan = RM12,000

Contoh 2 – berdasarkan jumlah “pendapatan”

Katakan pendapatan Ali RM3,000 sebulan;

Tabungan Kecemasan
i) 3 bulan x RM3,000 = RM9,000

ii) 6 bulan x RM3,000 = RM18,000

iii) 12 bulan x RM3,000 = RM36,000.

Okey, berdasarkan contoh yang saya berikan, agak-agak berapa banyak anda nak simpan untuk tabung kecemasan?
3 bulan gaji? 6 bulan gaji?

Ya, betul. Makin banyak simpanan kecemasan anda, lebih selesa dan selamat anda akan rasa.

Kat mana nak simpan duit tabung kecemasan?
Anda perlu simpan duit untuk tujuan tabung kecemasan ini di tempat yang mempunyai kecairan yang tinggi (easily liquid) dan tidak berisiko tinggi. Yang penting, pastikan tempat yang anda simpan duit tu, anda boleh dapat pada hari yang sama di saat anda perlukannya. Maksudnya kat sini, di saat anda nak guna tu, anda terus boleh dapatkannya dengan cepat tanpa perlu menunggu lama dan wang anda tidak susut nilai.

Saya galakkan untuk anda simpan duit tabung kecemasan anda di tempat berikut :
1 – Tabung Haji
2 – Simpanan Tetap (Fixed Deposit)

Mana lagi boleh simpan? Yang tu mungkin anda lebih arif dari saya. Cuma pastikan tempat yang anda simpan tu mempunyai kecairan yang tinggi serta tidak mempunyai risiko susut nilai.

Dah faham ke belum?
Jadi, dah mula menabung untuk tabung kecemasan ke belum?
Tabung kecemasan dah cukup? Tahniah!

Okey, tu jer kot saya boleh kongsi buat masa ni. Mungkin kita boleh borak lagi tentang hal ini di lain masa.

JANGAN LUPA AMBIL TAKAFUL PERIBADI!
Ia adalah pengurusan risiko yang terbaik di masa peristiwa luar jangka berlaku. Anda mampu kurangkan bebanan anda di waktu anda dalam kesempitan wang. Prevention is better than cure. So, don’t forget to protect yourself!

Okey, sekian terima kasih.

 

Sumber artikel disini

Sumber gambar

Comments

comments