Apa perbezaan antara sublet dan sublet premium? Ketahui jawapannya melalui artikel ini.

0
2974

 

Antara perkembangan positif yang menarik minat belia dalam bidang hartanah secara tidak langsung sekarang ialah melalui sublet. Kenapa saya cakap secara tidak langsung, kerana kita tak perlu mempunyai rumah sendiri untuk dijadikan rumah sewa sebagai sumber pendapatan kita.

Apa itu sublet? Secara asasnya, sublet ini ialah konsep sewa atas sewa. Tak faham? Ok camni, Ali menyewa rumah Bakar, dan kemudiannya Ali menyewakan rumah Bakar kepada Chan, Dollah & Erman.

Sebagai contoh, Bakar menyewakan rumah kepada Ali dengan kadar RM500 sebulan. Ali pula menyewakan setiap bilik di rumah Bakar kepada Chan, Dollah & Erman dengan kadar RM300 seorang (totalnya RM900).

Dengan ini, Ali sebagai subletter akan mendapat keuntungan sebanyak RM400 sebulan (RM900 – RM500). Ini adalah upah untuk Ali menjaga rumah Bakar. Bakar pula tak perlu pening kepala mengurus rumah sewanya kerana urusan dengan penyewa rumahnya telah di uruskan oleh Ali.

Terdapat 2 jenis perjanjian akan dimeterai di sini. Perjanjian pertama antara Ali (subletter) dengan Bakar (tuan rumah). Perjanjian kedua pula antara Ali dengan Chan, Dollah dan Erman.

Apa pula Sublet Premium? Sublet Premium juga mengguna konsep yang sama dengan Sublet, cuma bezanya Sublet Premium biasanya akan diusahakan di kawasan tumpuan orang ramai seperti sekitar pusat bandar atau sekitar kawasan tarikan pelancong seperti KLCC.

Rumah yang terlibat untuk Sublet Premium biasanya adalah kondo mewah, SoHo atau studio. Unit ini akan disewa, kemudian diubahsuai dengan pelbagai hiasan persis bilik hotel mewah. Unit Sublet Premium ini akan di iklankan di AirBnB atau medium pengiklanan lain dengan kadar sewaan harian. Ala-ala homestay gitu la.

Saya ada jumpa kengkawan subletter yang menguruskan 20-30 unit sublet dalam satu masa. Fuh, bukan senang tahu, banyak cabarannya. Memang terbaiklah dorang ni, keep it up guys!

Ok, cukuplah saya bagi intro pasal sublet. Ni sekadar informasi kepada newbie je yang agak-agak belum expose dan agak blur dengan istilah dan konsep Sublet ni.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook

Sumber gambar

Comments

comments