Apa beza antara serahan milikan kosong dan serahan kunci?

0
5218

 

Ramai orang keliru tentang apa yang dimaksudkan dengan serahan kunci dan serahan milikan kosong. Nampak sama, tetapi hakikatnya tidak serupa.

Di sini saya huraikan perbezaan antara kedua-duanya:

#1: Bila pemaju serah kunci rumah, bukan bermaksud pemaju telah serahkan milikan kosong rumah

Sekiranya pemaju serah kunci rumah anda, itu tidak beerti yang pemaju juga telah serahkan milikan kosong rumah anda secara sah. Ada sesetengah pemaju yang hanya serahkan kunci rumah semata-mata tanpa menyerahkan milikan kosong rumah.

 

#2: Syarat sah serahan milikan kosong rumah 

Tahukah anda, serahan milikan kosong rumah hanya dianggap sah apabila:-

i. Perakuan siap dan pematuhan (CCC) telah dikeluarkan oleh Arkitek, dan

ii. Bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan ke Bangunan tersebut, dan

iii. Pembeli telah melaksanakan dan mematuhi segala terma dan waad di pihaknya di bawah Perjanjian Jual Beli, dan

iv. Penyerahan kunci kepada pembeli dibuat pada masa serahan milikan kosong tersebut.

 

#3: Serahan kunci kepada pembeli 

Ertinya, kunci hanya boleh diserahkan kepada pembeli beserta milikan kosong setelah KESEMUA SYARAT untuk penyerahan milikan kosong seperti di atas disempurnakan. Selagi belum sempurna semua syarat tersebut, penyerahan kunci tidak boleh dibuat. Kalaupun ianya dibuat, itu tidak menjadikan ia serahan milikan kosong yang sah disis undang-undang.

 

#4: Hak mendiami 

Walaupun sekiranya kunci telah diserahkan, ia tidak memberikan hak kepada Pembeli untuk mendiami rumah tersebut selagi mana milikan kosong tidak diserahkan kepada mereka secara sah.

 

#5: Tempoh liabiliti kecacatan

Tempoh liabiliti kecacatan hanya bermula pada tarikh serahan milikan kosong dibuat, bukannya pada tarikh serahan kunci rumah dibuat.

 

#6: Tuntutan ganti rugi kelewatan 

Begitu juga dengan tuntutan ganti rugi kelewatan (LAD) yang hanya boleh dibuat oleh pembeli selepas tarikh milikan kosong diserahkan dan bukannya selepas tarikh kunci rumah diserahkan oleh pemaju.

Harap anda semua jelas dan tidak keliru lagi.

Sumber artikel disini

Sumber gambar

Comments

comments