Anda nak jadi orang berjaya? Baca perkongsian perkara yang anda perlu lakukan ini.

0
815

Orang lain bekerja, kita sibuk berFacebook.

Orang lain kerja sampai jam 8 mlm, kita 5.45pm dah tunggu kat depan punch card nak balik. Lepas tu bila orang lain naik pangkat, kita gelar dia penjilat bontot bos.

Orang lain buat 2 kerja, kita pula tak berhenti menyalahkan semua orang, bos dan kerajaan kenapa gaji tak naik-naik di kedai kopi jam 4 petang, waktu bekerja.

Orang lain sibuk pergi seminar tambah ilmu pelaburan, kita lepak dating, tengok movie dan pergi shopping waktu weekend.

Orang lain sibuk melabur, kita sibuk mempersoalkan kehendak VS kemahuan, dan bertapa zalimnya perbankan islam walaupun ilmu dalam perbankan islam baru sejengkal.

Orang lain buat research, bisnes, dan meeting sampai jam 2 pagi, kita jam 11 malam dah enak bermimpi.

Orang lain beli pelaburan yang bagi 6%-8% SELEPAS BELAJAR kita lekehkan, lepas tu kita masuk skim cepat kayap/sontot yang janjikan pulangan 18%-24% setahun. Punya bersemangat buat personal loan beratus ribu untuk join lepas masuk preview 30-minute sebab rasa macam dah terer melabur, dan siap jemput ahli keluarga lain join sekali. Gelak dalam hati sbb tengok orang bodoh je yang beli pelaburan yang bagi 6%-8% setahun, dan diorang ni terer sebab boleh dapat 24% setahun. Dalam leka berangan sorang-sorang, mereka terlupa tengok penganjur skim-kayap tengah tersenyum lebar melihat kebodohan kita.

Siapa yang tak mahu berjaya betul tak? Semua orang nak berjaya, sehinggalah mereka tengok apa yang perlu dikorbankan untuk dapatkan kejayaan. Apa yang kita buat, itulah hasil yang kita akan dapat. We reap what we sow. Kalau bagi kita tak sanggup nak korbankan tidur atau waktu melepak, janganlah mengumpat/fitnah orang lain yang lebih berjaya. Sebab anda tak tahu apa pengorbanan yang mereka pernah buat untuk dapat apa yang mereka ada sekarang.

Dan Allah S.W.T itu maha adil. Di dunia, Allah S.W.T bagi kepada sesiapa sahaja yang berusaha. Tak kira warna kulit, bangsa, agama. Tengok sendiri list mereka yang paling kaya di Malaysia, cuma ada seorang sahaja orang islam. Dan bila kita tengok keliling kita, ratio orang islam yang berjaya sangat rendah. Mungkin orang islam lebih suka fokus kepada akhirat berbanding kepada dunia. Tetapi mengumpat+memfitnah+ menuduh mereka yang berjaya, mengular, melepak, bermalas pun bukan cara islam kan?

Dan pasti akan ada yang cakap akhirat itu lebih penting. Dan yang paling saya tak faham, kenapa kena pilih antara dunia atau akhirat. Kenapa tak pilih dua-dua sekali? Kenapa tak tunjukkan orang islam ni mampu bersaing, rajin, jujur dan beriman sehingga disegani oleh semua macam Rasullulah? Kita boleh bersolat sendiri sampai ketar lutut atau kita boleh bantu beribu anak yatim sebulan dan menyumbang berjuta selepas kita meninggal. Pernah dengar kisah Ahmad Dawjee Dadabhoy? Boleh baca macam mana beliau sumbangkan lebih RM50 juta selepas beliau meninggal. Bayangkan pahala-flow beliau yang berterusan meskipun beliau dah lama meninggalkan kita. Kisah beliau di sini :

http://gilahartanah.com/jutawan-india-muslim/

Akhir sekali, saya nak kongsikan ayat Al-Quran dari surah Ar-Ra’d ni:

Surah Ar-Ra’d 13.11 :

“Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves”

Salam jumaat semua.

Sumber : Facebook

Sumber  Gambar

 

 

Comments

comments