Anak muda perlu tahu 3 perkara ini sebelum memohon pembiayaan perumahan

0
2872

Adakalanya pembiayaan perumahan korang ditolak disebabkan korang terlalu banyak beban hutang. Dapat gaji terus membela hutang.

Daripada hutang PTPTN sampailah hutang kawan, tak reti nak bayar. Semua hutang korang bela. Semua hutang korang bantai buat. Hutang kereta, hutang peribadi, hutang kad kredit. Hancur barai habis kewangan korang.

Korang kena tahu potensi kemampuan kewangan sendiri sebelum memohon pembiayaan perumahan. Ini terus terus pergi bank kata, “Saya nak apply loan rumah” tanpa mengenal kemampuan kewangan korang. Lepas tu, bila permohonan pembiayaan perumahan ditolak, mulalah nak salahkan pihak bank.

Ada beberapa faktor utama yang korang perlu tahu sebelum korang nak mohon pembiayaan perumahan daripada bank. Antaranya Debt Service Ratio (DSR), laporan CCRIS dan Net Disposable Income (NDI).

 

1. Debt Service Ratio (DSR)

DSR ini adalah nisbah hutang kepada pendapatan korang. Berapa banyak pendapatan korang digunakan untuk membayar ansuran hutang. Kebiasaannya jumlah pembayaran balik hutang korang tidak boleh melebihi 70% daripada pendapatan bersih. DSR juga berbeza bagi setiap bank. Jika korang ada wang simpanan, boleh selamatkan korang jika DSR korang dah tinggi. Ingat, wang simpanan korang kena power.

Cara pengiraan DSR = (Komitmen Bulanan / Gaji Bersih) x 100%.

Kelayakan pembiayaan perumahan berdasarkan DSR.
Boleh cuba kira berdasarkan gaji korang. Berapa harga mampu korang beli.
DSR maksimum setiap bank.
Penafian: Maklumat ini mungkin tidak tepat 100%. Sebagai rujukan asas sahaja.

 

2. Central Credit Reference Information System (CCRIS)

CCRIS adalah satu sistem yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengumpulkan semua maklumat kredit individu daripada institusi kewangan. Ia dikumpulkan dalam sistem CCRIS dan merumuskan semua maklumat kredit mengenai peminjam dan juga laporan kredit peminjam. Korang bayar cun akan muncul 0,0,0,0 je. Korang bayar ikut suka hati, ada la nombor 5,6,7,8 nanti. Ada nombor selain kosong (0) memang susah bank nak luluskan pembiayaan perumahan korang.

Tak ada laporan CCRIS pun susah juga. Bank tak tahu keupayaan bayaran balik korang lagi. Boleh buat ASB Financing ataupun kad kredit untuk mencipta laporan CCRIS supaya bank percaya yang kau ni bukan yang jenis culas bayar orangnya. Dah ada laporan CCRIS sekurang-kurangnya tiga bulan barulah bank nampak korang punya keupayaan bayaran balik.

Korang boleh rujuk gambar. Orang yang bergaji tinggi pun kalau dia asyik duk buat hutang jahat tak guna juga. Dapat beli rumah berharga rendah je.

 

3. Net Disposable Income (NDI)

Kebanyakan bank mula implementasi sistem NDI ini. Selain dari kiraan DSR, NDI juga akan dipandang oleh pihak bank. Jika DSR korang masih cun, tetapi NDI korang barai, terlalu rendah, bank boleh tolak pembiayaan perumahan korang juga.

Secara purata, bank akan tetapkan minimum NDI adalah sebanyak RM500-RM1500. Berbeza bandar dengan luar bandar. Ia adalah sebagai kos sara hidup korang. Cost of living. Berbeza bagi setiap cawangan bank, lokasi, status perkahwinan, jumlah tanggungan dan sebagainya. Boleh tanya bank yang berdekatan dengan korang berapa NDI mereka kira.

Cara pengiraan NDI = (Gaji Bersih – Komitmen Bulanan)

NDI antara bank. Maklumat mungkin tidak tepat 100%. Sebagai rujukan asas saja.
NDI atau kos sara hidup mungkin berbeza mengikut bank, lokasi, status perkahwinan, jumlah tanggungan keluarga.

 

Jelas? Masa muda ni pergi la travel lagi. Lepak kedai hipster. Lepak kedai mewah. Gunakan simpanan beli gajet yang mahal-mahal. Beli kereta import mewah. Asalkan korang tahu perkara ini.

Saya rasa kalau korang tahu perkara ni takde maknanya korang nak membazir duit pada benda bukan-bukan, buat hutang serupa tiada hari esok ataupun beli kereta dengan ansuran bulanan yang mahal. Korang akan risau sekiranya pembiayaan perumahan kau akan ditolak.

Fikir masa depan korang. Kalau korang tak rancang sekarang bila lagi. Jangan buat hutang yang tidak perlu. Kah!

Penafian : Maklumat DSR dan NDI mungkin tidak tepat 100%. Sebagai rujukan sahaja. Boleh rujuk bank berdekatan dengan korang.

Sumber artikel disini

Sumber gambar

Comments

comments