Anak Muda Perlu Korban 7 Perkara Ini Buat Sementara Untuk Memiliki Rumah Pertama

0
1700

 

Membeli rumah di usia muda amat menguntungkan kerana tempoh pembiayaan lebih panjang dan ansuran bulanan lebih murah.

Tapi jika di usia muda korang habiskan masa dengan perkara yang tidak perlu dan bukan-bukan, korang akan dalam kerugian. Bila dah masuk umur 35 tahun mulalah nak kenal erti penyesalan. Tangisan keinsafan sudah tidak berguna lagi.

Apa yang korang buat masa muda akan memberi impak pada masa depan korang. Apa perkara korang perlu korban untuk sementara jika mahu beli rumah secepat mungkin? Ayuh baca!

 

1. Membeli Kereta Import Mewah

Baru mula kerja tak payah lah terus nak beli kereta import mewah. Kalau yang lelaki tu, naik motor je pergi kerja. Jimat pun jimat. Dapat elakkan kesesakan juga.

Kalau perlu juga beli kereta, beli la yang harga berpatutan dan mampu milik bersesuaian dengan gaji kau seperti Axia, Viva atau Saga. Beli yang second hand secara tunai pun okey juga.

Jika korang beli kereta mahal-mahal, takut nanti permohonan pembiayaan perumahan korang ditolak disebabkan komitmen kereta yang tinggi. Jadi, mana yang korang mahu? Kereta import mewah atau sebuah rumah?

 

2. Bercuti Luar Negara

Tidak dinafikan jiwa muda selalu rasa mahu travel. Nak cari pengalaman katanya. Nak tengok tempat orang dan luaskan pemandangan. Tak salah nak melancong semua tu. Yang salah jika korang langsung tak menyimpan untuk deposit rumah. Habiskan duit gaji untuk tujuan melancong je.

Semua simpanan pupus disebabkan selalu pergi melancong. Banyak kos utama dan kos tersembunyi yang korang tidak sedari. Kos tiket kapal terbang, kos makan minum, kos penginapan, kos pengangkutan, kos beli cenderahati dan sebagainya.

Kalau travel untuk tujuan perniagaan dan korang dapat untung lain cerita lah. Ini sekadar nak up gambar dekat Insta je. Balik Malaysia buang sampah merata-rata juga. Kalau ada PTPTN tak reti nak bayar tu baik pergi Port Dickson je la.

 

3. Gaya Hidup Mewah

Baru dapat gaji sendiri, dah mula rasa kaya. Lepak kedai mewah dan hipster je. Tidak salah mencuba sekali dua tetapi janganlah sampai setiap minggu nak makan di luar. Baik masak di rumah lebih menjimatkan dan menyihatkan. Tak guna lepak kedai kopi mahal ambil gambar bagai tapi ada dua angka je dalam bank setiap akhir bulan.

 

4. Memiliki Kad Kredit

Memiliki kad kredit tak salah kalau korang pandai kawal dan guna untuk perkara yang perlu seperti membeli barang keperluan dan mengisi minyak kereta. Tetapi, berapa ramai anak muda yang muflis disebabkan kad kredit?

Beban hutang kad kredit terlalu tinggi sehingga tak mampu nak bayar. Kadar keuntungan bank bagi kad kredit juga tinggi. Korang tu bila dah ada kad kredit main swap je. Tak ingat apa dah. Bangga dapat swap kad kredit depan awek. Hujung bulan menggelupur nak bayar balik.

 

5. Membeli Barangan Berjenama

Barang yang berjenama tak semestinya berkualiti. Kadang-kadang mahal tu disebabkan jenama tersebut dah terkenal. Jadi, kau kena la jadi bijak sikit dalam membeli barang.

Membeli sesuatu barang baru adalah tidak salah jika ia adakah keperluan. Tetapi ia akan menjadi kehendak jika ia tidak perlu dan harganya terlampau mahal.

Pakaian, kasut beg tangan semuanya nak yang berjenama je, nak yang diimport je. Alergik rasanya jika pakai benda murah ataupun barang buatan Malaysia.

 

6. Mencintai Gajet Canggih

Jika korang dapat penyakit suka beli model telefon terbaru, itu adalah satu pembaziran dan kehendak. Pantang ada keluaran model terbaru, mesti korang tak senang duduk selagi tak beli. Padahal telefon tu guna untuk WhatsApp, main Fesbuk, Candy Crush je. Telefon nak yang to date, tapi ilmu taknak upgrade.

Laptop pula mesti nak yang Apple je. Tak mainlah jenama yang biasa-biasa. Tak cukup dengan laptop, ipod, Go Pro, DSLR semua korang bantai beli.

 

7. Berhutang

Tidak salah berhutang dengan bank jika ingin wujudkan CCRIS untuk meyakinkan pihak bank yang korang mampu bayar ansuran perumahan nanti. Tapi ramai anak muda berhutang yang tidak perlu. Nak kahwin pun berhutang. Nak pergi travel pun pinjam duit bank. Nak beli perabot pun berhutang.

Tak elok juga jika semua hutang korang bantai buat. Hutang peribadi, hutang kad kredit, hutang Courts, hutang PTPTN. Kalau bayaran tol dapat hutang pun korang nak berhutang juga. Pihak bank akan anggap korang individu berisiko dan tidak mampu mengawal kewangan dengan baik. Korang perlu jaga DSR dan NDI.

 

Masa muda ni carilah ilmu. Keluarlah daripada zon selesa korang tu. Jika dulu belajar benda yang nak masuk exam je, dah ada pekerjaan sendiri tak salah sekiranya buka minda mencari ilmu pengurusan kewangan dan hartanah.

Jangan malas membaca. Pada zaman serba canggih kini, orang malas akan ketinggalan. Jangan telefon pintar korang je yang canggih. Tapi daya pemikiran korang masih tak canggih-canggih.

Tanamkan azam setiap hari, cari satu ilmu yang bermanfaat. Jika korang kurang berfikir dan jarang membaca, sel-sel otak mula tidak berhubung.

 

Sumber artikel disini

Sumber gambar

Comments

comments