Anak muda, elak terbuat 12 kesilapan ini jika taknak merana

0
519

Nak mulakan urus kewangan, memang akan rasa susah pada mulanya. Namun, akan lagi parah jika korang tersilap urus. Kesannya boleh makan masa yang lama.

Bagi mereka yang baru mula bekerja lagi kena hati-hati. Jangan sampai poket rabak.

Baca perkongsian ilmu Tuan Mohd Fadhli Mohd Fauzi ni. Elakkan terbuat kesilapan yang dikongsikan supaya masa depan korang lebih terjamin.

Banyak sebenarnya kesilapan yang telah dan sedang saya lakukan sebagai anak muda berumur 20-an. Saya pasti ramai juga anak muda lain yang pernah atau berpotensi terjebak dalam kesalahan yang sama. Saya coretkan 12 kesilapan biasa anak muda sebagai pedoman kita bersama.

 

Kesilapan #1 : Kereta

Tak salah beli kereta, tapi ramai beli kereta yang salah. Ramai beli ikut kemahuan, bukan ikut keperluan. Baru kerja beberapa bulan terus angkat kereta baru jenama luar negara. Proton dan Perodua takde kelas katanya.

Nak beli kereta, cuba ikut formula ini:


 20:5:15
 20% downpayment
 5 tahun tempoh pembiayaan (lebih rendah lebih baik)
 15% gaji untuk ansuran bulanan (lebih rendah lebih baik)


 Gaji x 12 bulan = harga kereta
 3,000 x 12 bulan = 36,000
 1,500 x 12 bulan = 18,000

 

Kesilapan #2 : Rumah

Bagus sebenarnya beli rumah muda-muda, nanti boleh terus cari isinya (orang rumah). Tapi malangnya ramai nak beli rumah yang salah iaitu rumah kemahuan, bukannya beli rumah keperluan. Impian nak rumah banglo tapi tak mampu hingga akhirnya tak beli rumah langsung.

Nak beli rumah kena buat benda ini:


 kumpul duit deposit
 belajar ilmu hartanah samada secara percuma atau berbayar
 beli rumah below market value
 rumah pertama kecil dan harga sederhana pun takpe
 jaga CCRIS dan CTOS

 

Kesilapan #3 : Personal Loan

Mula kerja terus buat personal loan, kononnya untuk reward diri dengan beli barang kemahuan. Naik gaji terus kambus dan gali kembali – topup loan.

 

Kesilapan #4 : Kad kredit 

Seronok bila bank tawar kad kredit masa buat personal loan atau beli rumah atau beli kereta. Bantai terus semuanya. Guna had semaksimum mungkin tapi bayar seminimum yang boleh.

Guna terus bayar. Kalau dah bertimbun, aim setelkan dalam 3-6 bulan. Pulun kerja demi kosongkan kad kredit anda.

 

Kesilapan #5 : CCRIS

Tak jaga bayaran ansuran kereta, personal loan dan rumah serta PTPTN. CCRIS tercatat angka 1, 2, 3 dan seterusnya. Bank pun takut nak bagi pembiayaan tambahan.

Sekarang boleh semak CCRIS online, ini langkahnya:

1. Dapatkan PIN di kiosk CCRIS di Bank Negara Malaysia
2. Daftar online (perlukan nombor PIN) di https://eccris.bnm.gov.my/eccris/pages/sec/login.xhtml#!

 

Kesilapan #6 : Simpanan

Belanja dulu baru simpan, tapi malangnya belanja sampai takde baki. Maka takdelah simpanan.

Cara betul ialah simpan dulu, baru bakinya buat belanja. Kalau tak cukup duit belanja, kurangkan perbelanjaan atau buat pendapatan sampingan.

 

Kesilapan #7 : Pelaburan 

Konon melabur tapi terjoin skim cepat papa. Ada juga melabur ikut ‘sifu’, bukan ikut kefahaman sendiri atas risiko pelaburan.

Kena belajar banyak-banyak secara proaktif, cukup ilmu, dan pertimbangkan risiko pelaburan sendiri. Kemudian baru join.

Nak belajar pelaburan ada banyak cara. Ada yang percuma di facebook dan google, dan ada juga yang berbayar.

 

Kesilapan #8 : Perlindungan

Terpedaya dengan misleading agen! Takaful dijadikan simpanan dan pelaburan. Takaful adalah perlindungan! Ingat saya ulang sekali lagi TAKAFUL ADALAH PERLINDUNGAN.

Nak ambil banyak mana? Ikutlah berapa banyak yang nak dilindungi. Sebaiknya jangan bayar melebihi 10% gaji. Fokus untuk perlindungan, bukan pelaburan atau simpanan.

 

Kesilapan #9 : Perkahwinan 

Tak, kahwin tak salah, tapi kebanyakan orang buat salah untuk kahwin. Habis duit puluhan ribu untuk majlis. Jadi raja sehari, tapi hamba bank berhari-hari, mungkin sampai mati.

Sebenarnya majlis nak raikan pengantin atau nak menunjuk kepada hadirin?

 

Kesilapan #10 : Pekerjaan 

Pilih kerja. Sanggup tunggu berbulan-bulan hingga dapat kerja yang sesuai. Takpun suka lompat-lompat kerja.

Ingat yang paling lambat masuk adalah yang paling awal keluar bila bos nak kurangkan saiz pekerja. Zaman ini susah nak dapat kerja ideal bukan senang. Kerjala dulu apapun dan upgrade dari semasa ke semasa.

 

Kesilapan #11 : Cukai

Tak isytihar cukai sebab haram cukai katanya. Takpun sebab nak jadi lebih kaya.

Tau tak, penyata cukai ni adalah bukti pendapatan yang kebanyakan bank akan tengok untuk tally dengan slip pendapatan.

Bayar cukai itu tanggungjawab kita.

 

Kesilapan #12 : Mengundi

Hari-hari merungut hidup susah. Yang sokong pembangkang akan kutuk kerajaan. Yang sokong kerajaan akan kutuk pembangkang. Pemimpin elok je duduk semeja, anda pula yang gaduh lebih.

Tapi bila tanya PRU lepas kau undi siapa? Dijawabnya, “aku tak daftar pun”.

Ceh!

Sumber : Mohd Fadhli Mohd Fauzi
Sumber : Mohd Fadhli Mohd Fauzi

Comments

comments