Alasan orang tak boleh beli rumah waktu muda

0
1677

Baru baru ni saya tengok ada post popular di yang cuba nak justify kenapa pelabur hartanah patut berhenti daripada tegur orang lain dan galakkan orang melabur dlm hartanah. Beliau galakkan kalau orang muda umur 24 tahun dah beli rumah tak perlu la nak berkongsi kisah mereka di FB dan nampak gaya beliau cukup tak suka dgn pelabur hartanah yang pada pendapat beliau punca utama kenapa harga hartanah naik.

Beliau juga kongsikan yang bukan orang tak nak beli hartanah, tapi orang tak dapat nak beli adalah kerana:

1. Nak buat masjid dulu atau berkahwin awal.

2. Ada yang nak kena sara adik beradik.

3. Ada yang nak kena sara ibu bapa.

4. Ada yang ditimpa musibah diuji dgn masalah kesihatan kepada mereka dan ahli keluarga hingga tergadai semua simpanan.

5. Ada yang CCRIS sangkut sbb jadi guarantor kepada member / keluarga yang nak beli kereta.

Bila baca, rasa macam brother ni macam lelaki melayu terakhir yang cuba pertahankan kenapa orang tak patut beli rumah. Sampai beribu orang yang share. Saya nak kongsikan sedikit fakta mengenai industry hartanah dan kewangan kat Malaysia :

“Peratusan pemilikan hartanah bumiputera adalah bawah 40% walaupun lebih 60% penduduk Malaysia adalah bumiputera”

Adakah beliau nak simpulkan yang orang lain selain dari orang melayu tidak ada masalah kesihatan, tidak perlu sara ibu bapa dan adik beradik, tak perlu kahwin, dan tak perlu bayar hutang?

Tahukah beliau yang majority mereka yang bankrupt, blacklisted, ada masalah dgn CCRIS, adalah orang melayu?

Tahukah beliau orang melayu adalah yang paling ramai jadi mangsa guarantor sbb mereka tak tahu apa implikasi sebenar bila hadi guarantor?

Bagi saya punca utama kenapa orang melayu lemah dalam isu kewangan adalah sebab ilmu kewangan dan pelaburan lemah. Mereka lebih suka ikut cakap kawan-kawan dari cari ilmu dan melabur/menyimpan secara betul. Tak percaya? Cuba teka kaum mana yang plg banyak tersontot dgn skim cepat kaya, skim emas, dan baru baru ni skim rumah al-papa-kedanani. Saya dah buat beratus sesi 1-ON-1 dan percayalah bila saya cakap ilmu kewangan dan pelaburan di kalangan orang melayu adalah paling lemah. Tapi saya tak boleh nak salahkan mereka sbb waktu mereka buat hutang-hutang jahat ini, mereka belum ada kesedaran. At least mereka buat inisiatif untuk cari ilmu dan ikhtiar utk cuba perbaiki situasi mereka.

So bila ada orang muda kongsikan yang mana mereka boleh rumah waktu muda, kita sepatutnya galakkan mereka. Ini tidak, kita like bila mereka upload gambar yang mereka beli kereta baru, atau minum kopi stabak RM15. Kita sampaikan mesej yang salah dan kita galakkan mereka buat kesilapan yang sama macam kita buat dulu. Mungkin kita sendiri gagal beli rumah awal sbb tiada kesedaran, but the idea of orang muda tak patut digalakkan dan berkongsi beli rumah seawal boleh, hanya akan disokong oleh mereka yang mempunya PHD ( perasaan hasad dengki ).

Dan tolonglah cari ilmu. Bukan susah nak beli hartanah tanpa guna duit kalau ada ilmu. Saya ada student Sarjana Hartanah yang gaji RM2300 pun boleh beli 2-3 bijik rumah, semuanya tanpa modal dan bawah harga 100k. Beliau pun tak lahir kaya, banyak tanggungan tapi perlahan perlahan dia buat. Boleh je beli.

Tapi kalau nak terus bagi alasan kenapa tak boleh nak beli rumah, dan salahkan semua orang lain, sila teruskan. Bagi saya, anda tak mahu berubah dan itu pilihan anda. Tapi tak perlu buli, dan sindir budak budak muda yang nak ubah nasib mereka dan rakan rakan mereka. At least nasib keluarga mereka ditangan mereka dan sewa rumah tak dapat dinaikkan sesuka-hati. Anda mungkin tgh selesa menyewa skrg dan masih nak beri berpuluh alasan kenapa tak mampu beli rumah, walhal yang kurangnya cuma ilmu. Suatu hari nanti, mungkin tuan rumah anda akan naikkan sewa sehingga anda dah tak mampu nak bayar, ingat balik semua alasan yang anda buat skrg dan jelaskan kepada anak-anak kecil anda kenapa mereka kena pindah. Jelaskan kenapa anda pilih untuk bayar 80k utk beli kereta yang lepas 10 tahun mungkin nilainya 8k pun tak sampai. Jelaskan kenapa anda tak beli rumah waktu harganya 80k dan skrg nilainya dah 200k.

Sebab itu yang paling senang untuk kita buat. Alasan, alasan, alasan.

‪#‎HendakSeribuDaya
‪#‎KurangkanPHD
‪#‎GalakkanOrangMudaBeliRumahBukanBeliKeretaDulu

Sumber : Facebook

Sumber gambar : Gambar

 

Comments

comments