Adakah anda termasuk dalam kategori pemohon pinjaman berisiko tinggi? Ketahui jawapannya melalui artikel ini.

0
1516

Anak-anak muda kena beringat, banyak benda perlu ambil kira. Bagi kita, perkara ini mungkin tak penting tapi bagi pihak bank ini adalah langkah pencegahan untuk mengelakkan bakal peminjam yang sukar bayar hutang.

Kategori pemohon”High Risk” bagi pihak bank adalah:

 

Kategori #1 Pemohon yang berpendapatan di bawah RM3,000 dan mempunyai “personal loan” akan di anggap sebagai pemohon yang “high risk”

Rasional: Gaji masih kecil tapi sudah ada buat “personal loan”. Ini menunjukkan pengurusan kewangan peribadi yang tidak cekap.

 

Kategori #2  Pemohon yang berusia lebih 30 tahun tetapi tak pernah mempunyai rekod CCRIS

Rasional: Pemuda biasa yang berkemampuan akan membuat pinjaman seperti untuk membeli kereta,  atau mempunyai kad kredit. Jika sudah berusia 30 tahun ke atas, tapi tidak mempunyai sebarang rekod sejarah pinjaman dalam CCRIS, ini akan menjadi keraguan bagi pihak bank untuk memberi pinjaman kat kita. Bank nak tahu “track-record” atau habit bayaran pinjaman kita sebenarnya.

 

Kategori #3 Pekerjaan yang “high risk” seperti pemandu, pekerja kilang, pembantu jualan, atau pekerja restoran yang kurang pengalaman bekerja dan bergantung kepada overtime yang tinggi dan komisyen (high variable income)

Rasional: Pekerjaan-pekerjaan ini biasanya mempunyai pendapatan yang tidak tetap. Bank risau akan kemampuan mereka untuk membayar pinjaman secara konsisten di masa akan datang. Jadi jika boleh tunjukkan simpanan dalam akaun bank secara tetap akan beri sedikit kelebihan untuk mendapatkan pinjaman.

 

Kategori #4 Permohon mempunyai banyak kad kredit dengan penggunaan melebihi 70% dari had kredit (credit limit)

Rasional: Pengguna kad kredit yang tidak berdisiplin akan gagal untuk mengawal pengurusan kewangan mereka. Kad kredit semakin sukar di kawal jika mempunyai balance outstanding yang tinggi, dan penggunanya hanya membayar bayaran minimum. Ini dalam jangka panjang akan mengakibatkan masalah kewangan kepada bakal pemohon.

Ok, sekian terima kasih.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Facebook

Sumber gambar

Comments

comments