8 tips ‘sure win’ ketika memilih unit terbaik apartment atau kondominium

0
1150

Sebelum nak memilih apartment atau kondominium, korang perlu ambil tahu beberapa perkara asas sebelum membeli.

Mestilah korang taknak tersalah beli kan? Kalau serius tak nak, hadamkan sekarang perkongsian Tuan WM Syamzari yang penuh manfaat ni. 

Bagaimana nak memilih unit apartment atau kondominium yang terbaik? 

Lepas puas mencari, katakan anda dah jumpa projek kediaman ‘high rise’ yang kena jiwa & sejuk poket. Sekarang part yang paling penting, macam mana nak pilih unit yang terbaik? Izinkan saya nak share 8 tips ‘sure win’ yang boleh korang pakai masa nak buat pilihan. Harap ini dapat membantu.

#1: ARAH MATAHARI

Ini perkara paling basic. Kita nak kena tahu, arah timur & barat. Kalu boleh pilih unit yang menghadap utara atau selatan. Elakkan dari menghadap matahari petang (barat) atau pagi (timur). Rumah boleh panas macam oven nanti kalu kena direct sun. Kalu takde pilihan, pilih yang menghadap morning sun sebab biasanya ia tak sepanas sunset. Jangan lupa tengok layout unit tu jika terpaksa menghadap matahari, elakkan dari direct hit ke ruang tamu atau bilik utama. Itu ruang paling kerap kita berada.

 

#2: BANGUNAN DAN PEPASANGAN SEDIA ADA

Seboleh-bolehnya, pergi lawat site untuk dapatkan gambaran sebenar. Jangan percaya sangat kat SA atau gambar kat showroom. Nak kena tengok keadaan sekeliling. Jangan bertentangan unit atau block lain, nanti kurang privasi. Jika boleh elakkan menghadap jalan besar atau highway, nanti bising dan rumah cepat berhabuk. Jangan terlalu dekat dengan sekolah, balai polis @ balai bomba (bingit), menghadap kubur atau hospital (feng-shiu tak cun), bertentangan dengan rumah keagamaan seperti masjid, kuil @ gereja (takut ada yang terganggu) atau tapak pasar malam (bising & kotor).

Pastikan tak menghadap tanah lapang sebab kita tak tahu apa projek yang bakal dibuat. Dan kalu terang-terang menghadap loji kumbahan @ tempat buang sampah, sila cari unit lain. Ada juga sesetengah tempat ada High Tension Cable (HTC). Cari yang tak nampak HTC. Walaupun takde kajian yang sahkan HTC ni merbahaya, tapi persepsi orang kita takleh nak betulkan.

 

#3: PENGUDARAAN

Biasanya unit tinggi lebih baik pengudaraan dari unit yang rendah. Jika pilih yang rendah, elakkan menghadap tanah tinggi atau bukit @ pokok yang besar. Cari yang facing keluar & tak mengadap blok lain atau bangunan tinggi yang lain. Nanti pengudaraan tak cun. Pandangan jadi sempit. Takut rasa lemas dan rimas nanti duk dalam rumah. Tapi kalu bangunan tinggi tu KLCC, itu lain cerita.

 

#4: PARKING LOT

Cari unit yang sediakan 2 parking lot. Zaman sekarang sekurang-kurangnya satu keluarga ada 2 kereta. Tapi jika hanya ada 1 parking lot, cari lot yang terbaik. Minta dengan pemaju nombor lot unit nak dibeli. Berbumbung lagi bagus dari open space. Semak susunan lot tersebut. Biasanya unit tinggi dapat parking lot yang lebih dekat dengan lif atau jika parking bertingkat, ia akan dapat tingkat yang paling bawah & mudah nak masuk parking. Kalu terpaksa memilih, cuba cari lot yang selari dengan lif dan berbumbung. Kena pandai menilai secukup rasa.

 

#5: LAYOUT UNIT

Pastikan kita tahu apa objektif kita memilih unit ini. Untuk duduk sendiri atau untuk tujuan pelaburan. Kebiasaannya ada beberapa pilihan layout seperti studio, 2 bilik atau 3 bilik. Setiap layout berbeza pula susunan bilik tidur dan ruang tamu. Kena pilih yang dirasakan sesuai dan nampak lebih luas. Jika nak duduk sendiri, 3 bilik lebih afdal jika kita ada bajet yang lebih. Jika nak disewakan, dual-key mungkin lebih berpotensi. Studio apartment pula sesuai untuk homestay.

#6: KEDUDUKAN UNIT

Buat pilihan unit berdasarkan lokasi yang diberikan. Jika boleh jangan terlalu dekat atau menghadap terus dengan pintu lif. Nanti bukak pintu lif, terus nampak dalam rumah. Tengah malam sunyi nanti, bunyi ‘ting’ pon boleh menggangu. Hadapan lif biasanya lebih sibuk dengan orang lalu lalang dan ada isu keselamatan nanti. Tapi jangan pula terlalu jauh dari lif, nanti tak tahan nak kena menapak. Jika boleh, cari corner lot atau unit hujung untuk lebih privasi dan lebih ruang. Nak buat majlis makan-makan nanti senang. Siap boleh jadikan extra stor (pandai-pandailah nak hidup). Jika banyak beberapa blok, nak kena tengok mana kedudukan pintu masuk utama (guard house). Jika pilih blok yang dekat guard, rasa lebih selamat. Jika kena park keta kat luar pon, takdelah penat nak berjalan. Jika nak privasi, boleh pilih blok yang jauh kebelakang. Jika projek itu ada sediakan tempat pembuangan sampah setiap tingkat, sila pastikan unit yang dipilih tidak terlalu berdekatan. Nanti hari-hari kita duk hidu bau busuk.

 

#7: KOLAM RENANG (POOL)

Ada baik buruk memilih unit mengadap kolam renang. Jika projek sederhana @ mewah, menghadap unit menghadap pool biasanya lebih mahal. Nampak ekslusif. Orang cina pon suka unit ini, feng-shiu ada ong. Jika plan nak buat homestay, unit boleh nampak pool memang lagi bagus. Tapi ada juga keburukan jika terlalu dekat dengan pool, suasana menjadi agak bising bila ada orang mandi-manda, jadi kuranglah privasi. Kebiasaannya, dekat pool ada dewan serbaguna atau bbq pit. Jadi kenalah bersedia untuk menerima kejutan dihujung minggu atau hari keraian.

 

#8: PILIHAN UNIT FULLY FURNISHED

Ada antara pemaju yang menawarkan pakej fully furnished atau kosong. Kita kena bersedia untuk membuat kira-kira. Bandingkan harga jika kita sendiri yang kena sediakan kelengkapan rumah tersebut. Berbaloi atau tidak untuk memilih pakej yang disediakan dengan perbezaan harga yang diberikan. Jangan dok terleka tengok show house yang dihias cantik. Takut lain yang diharapkan, lain pula yang kita dapat.

Akhir sekali, setiap unit yang berbeza, aras berbeza, kemudahan & layout berbeza, pasti berbeza harganya. Yang penting kita kena tahu apa yang kita inginkan. Setiap dari kita mempunyai selera yang berbeza. Persoalannya, mampukah kita bayar lebih untuk pilihan yang lebih baik? Tepuk poket tanya dompet. Tepuk dada tanya selera.

Tapi apa yang pasti sekurang-kurangnya, dengan menggunapakai 8 tips di atas, kita mungkin boleh mengurangkan kesilapan dalam memilih unit.

 

Sumber gambar

Comments

comments