8 perkara yang anda perlu tahu tentang pembayaran booking rumah sebelum ianya hangus

0
3915

Perkara penting untuk membeli rumah adalah booking. Atau dikenali earnest deposit. Ramai anak muda beli rumah pertama tetapi tidak tahu tentang booking ini. Jadi ramai merungut kenapa booking dia burn. Dah bayar booking, lepastu ejen lesap.

Okay, selepas puas hati melawat rumah yang hendak dibeli, ejen akan menyarankan kita membuat bayaran booking 3% daripada harga jualan hartanah. Ada juga perlu membayar ‘lock fee’ terlebih dahulu sebagai tanda setuju untuk membeli rumah tersebut. Jumlahnya bergantung pada agensi ejen tersebut. Kemudian baru selesaikan baki 3% booking tersebut. Jika MOF 90%, kita kena sediakan deposit 10%. Lagi baki 7% deposit dilangsaikan semasa menandatangani SPA.

Apa yang kita perlu tahu pasal booking ini antaranya:

Perkara #1

Pastikan berurusan dengan ejen hartanah yang berdaftar. Booking hendaklah dibayar ke akaun bank agensi ejen tersebut. Bukannya transfer duit booking ke akaun persendirian ejen atau membayar tunai ke ejen. Kalau ejen tersebut kita sudah kenal tak jadi masalah. Kita boleh mengambil tindakan terhadap agensi sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diduga.

 

Perkara #2

Booking boleh dibuat menggunakan cek, bank draf, melalui mesin deposit, secara online ataupun melalui mesin ATM. Simpan segala bukti pembayaran.

 

Perkara #3

Sebelum membayar booking, pastikan ada perjanjian antara kita dengan penjual. Juga dikenali sebagai Letter Of Offer To Purchase (OTP). OTP ni borang persetujuan hitam putih antara penjual dan pembeli atas harga jualan hartanah tersebut.

 

Perkara #4 

Pastikan di OTP tersebut ada maklumat:

i. Tandatangan penjual, pembeli berserta saksi (ejen hartanah)
ii. Alamat penuh hartanah
iii. Amaun booking perlu dibayar
iv. Harga beli yang telah dipersetujui
v. Tarikh
vi. Jenis hartanah

 

Perkara #5

Antara syarat lain terdapat dalam OTP ialah, tempoh di antara tarikh booking dan tarikh menandatangani Perjanjiaan Jual Beli (SPA) biasanya antara 14-21 hari bekerja.

 

Perkara #6

Kita haruslah mendapatkam kepastian dengan ejen hartanah sekiranya pinjamanan perumahan kita tidak diluluskan, apa akan jadi dengan duit booking tersebut. Sama ada dipulangkan ataupun burn.

 

Perkara #7

Pastikan kita mendapatkan salinan OTP ini untuk simpanan sendiri.

 

Perkara #8

Jika kita berurusan tanpa ejen hartanah, kita boleh membayar booking kepada peguam yang kita boleh lantik sendiri. Supaya menjaga keselamatan bagi pihak kita.

 

Sumber artikel disini

Sumber gambar

Comments

comments