8 perkara penting tentang bumbung rumah yang anda harus tahu sebelum tersalah beli

0
3862

 

Sedikit perkongsian penilaian rekabentuk bangunan untuk kediaman yang selesa. Perkara yang paling utama dan memakan belanja yang paling tinggi dalam pengubahsuaian adalah bumbung. Jadi, rugi beli rumah tapi nak ubah bumbung.

Jadi, untuk membeli rumah baru bumbung paling utama dan pertama untuk dilihat.

Walaupun 1 elemen tetapi kesannya banyak. Ini kerana bumbung adalah elemen pertama yang menerima impak hujan, dan haba.

Fungsi bumbung selain sebagai pelindung, seharusnya berfungsi mengalirkan air dengan cepat keluar dari bangunan.

Air amat bahaya kepada binaan, ia boleh menambahkan beban yg tinggi kepada bumbung, lembapan kepada bahan binaan, pereputan dan agen pemangkin kepada pertumbuhan kulat.

#1 Jenis Bumbung

Bumbung atap curam adalah yang terbaik digunapakai di Malaysia. Kerana hujan yang banyak dan ia mampu mengalirkan air dengan cepat keluar dari elemen bangunan.

Jadi, serapan, takungan dan beban air hujan dapat dikurangkan. Atap ini juga mempunyai ruangan udara di tengah-tengahnya dan membantu utk mengurangkan atau menyejukkan haba sebelum diserap ke siling bangunan.

Namun, perlu lihat unjuran bumbung agar tidak terlalu panjang jika rumah terletak di kawasan tinggi, lapang, atau menerima kapasiti angin yang kuat seperti pantai dan bukit.

Semakin tinggi bumbung, semakin sejuk rumah tetapi beban bumbung juga semakin tinggi, perlu semak perletakkan dan saiz tiang bangunan untuk elakkan rekahan struktur.

Semakin tinggi bumbung, semakin tinggi rintangan angin.

#2 Bumbung Rata

Setiap bumbung rata pasti ada kecerunan sedikit bagi mengalirkan hujan. Ada arkitek yang kata slope ini tidak perlu kerana keluasan bumbung rata terlalu sedikit (jgn harap la air tu pandai cari jalan sendiri, perlu ada slope).

Walaupun hanya 1mx1m keluasan, air tetap boleh bertakung dan menyebabkan serapan air ke dalam bgn. Kondisi ini tidak baik. Namun jika palung air atau terdapat parapet wall, ia membolehkan air bertakung. Kebocoran akibat penyerapan air mudah berlaku.

 

#3 Sambungan Antara Bumbung dan Dinding 

Berhati-hati jika sambungan ini juga berfungsi sebagai takungan air. Sebab itu, bumbung rama-rama kerap terjadinya kebocoran.

 

#4 Tinggi Dinding 

Pilihlah rumah yang dindingnya 3.2m ke atas. Apatah lagi jika rekabentuk memakai bumbung rata. Ini kerana semakin tinggi dinding, semakin besar ruang udara peralihan.

Sebab itu atap tinggi sejuk. Semakin banyak ruang peralihan udara, semakin sejuk rumah anda.

 

#5 Bukaan Yang Memakai Cermin

Terdapat 2 jenis. Fix window glass dan adjustable window atau casement window. Lihat kepada bukaan dan arah angin.

Bukaan seperti tingkap (adjustable/casement window) dan pintu sebaik-baiknya mengadap arah angin dan benarkan angin melalui bangunan.

Bermaksud position in opposite of the opening, there is another opening. Ini kerana, rumah yang terbaik adalah rumah yang membenarkan laluan angin.

Berfungsi untuk membuang haba, bau atau bakteria di dlm rumah. (Kalau duduk kat kilang, tak boleh buat apa). Tetapi elakkan dari fix glass. Ini kerana ia hanya sebagai fungsi mencantikkan rekabentuk dan membenarkan pemandangan luar dinikmati dari dalam rumah.

Malangnya, ia cantik bg yg berkemampuan. Penyerapan haba sgt tinggi di ruang ini, anda perlu memakai penghawa dingin, dan memasang langsir setinggi2 langit.

Langsir tak apa beli stahun skali. Bill aircond byr tiap-tiap bulan. Sebab itu saya katakan ia tidak memainkan fungsi dan penggunaan yg ekonomik jangkamasa panjang

#6 Kesan Dari Para E

Membuatkan pulauan haba dalam rumah. Maka, airwell atau bukaan bumbung diperlukan bagi mengeluarkan haba. Di waktu ini, cross ventilation dan airwell memainkan peranan bagi menyeimbangkan semula suhu dalam rumah.

#7 Unjuran Bumbung atau Overhang (yang terdapat di setiap luar tingkap atau bukaan)

Fungsinya adalah mengelakkan air hujan masuk ke dalam bangunan. Tetapi semakin panjang unjuran, semakin tinggi tekanan udara untuk menerbangkan bumbung anda di kala angin kuat.

Apatah lagi rumah berhadapan dengan kawasan lapang atau laluan angin. Confius kan! Tadi nak laluan angin, sekarang tak nak pula.

Okay, unjuran bumbung hanya cukup 700mm panjang itu telah memadai. Lebih dari itu, ia menjadi risiko bergantung kepada keadaan geografi kawasan rumah.

#8 Tak Boleh Design Ikut Suka

Tak semua design rumah ikut selera dan kitab kita. Tetapi kita blh membantu mengurangkan kesan suhu kepada rumah.

Contoh: menanam pokok (tetapi bukan pokok besar, kang merekah rumah). Pokok adalah satu medium semulajadi penyerap haba yang terbaik.

Adanya air yg mengalir (ikut fengshui, ia membawa rezeki) kerana saintifiknya air yang mengalir akan menyerap haba dengan baik. .

Elakkan dari air yang bertakung. Walaupun ada ikan, ia tidak ada makna dan fungsi jika tiada pergerakan apatah lagi pi bela nyamuk aedes.

Artikel asal Uniey Aras

Tulisan sahabat saya Uniey Aras ini harus dibaca dengan baik. Kami lapor diri sama di UiTM satu masa dulu. Berkawan dengan dia dan bertanyalah.

Sumber : Tuan Azizul Azli Ahmad

Sumber gambar : Azizul Azli Ahmad
Sumber gambar : Azizul Azli Ahmad
Sumber gambar : Azizul Azli Ahmad
Sumber gambar : Azizul Azli Ahmad
Sumber gambar : Azizul Azli Ahmad
Sumber gambar : Azizul Azli Ahmad

 

Comments

comments