8 panduan bagaimana nak kumpulkan deposit rumah untuk orang yang baru nak beli rumah pertama

0
2903

Ramai yang masih belum beli rumah kerana syarat untuk beli rumah perlukan 10% deposit dari harga rumah. Harga rumah makin tahun makin naik. Jangan terlepas pandang, bukan 10% deposit saja kena ada, semua jenis kos guaman dan lain-lain kos pun kena kira. Jadi perlukan dalam 15% daripada harga rumah.

Tak ada duit, mana nak cekau duit untuk buat deposit rumah. Kau dah la malas nak menyimpan, hisap vape pulak tu. Hari minggu lepak minum kopi mahal pulak. Mana ada duit.

Jadi mana nak cari duit buat deposit rumah ni?

Cara #1  Pinjaman Peribadi
Kalau nak buat pinjaman peribadi pastikan kena lulus pinjaman perumahan dulu. Kalau tak lulus lagi dah buat akan meningkat kita punya DSR. Cari yang kelulusan segera. (Tidak digalakkan oleh otai hartanah)

 

Cara #2 Pinjaman adik-beradik / ibu bapa
Yang ni paling bagus. Pinjaman dari keluarga, saudara mara. Kadar faedah 0%. Dah pinjam jangan buat-buat lupa pulak. Ingat jasa okay?

Cara #3 KWSP
Melalui simpanan dalam akaun 2. Baki minimum selepas pengeluaran perlu ada dalam akaun adalah RM500. Pengeluaran ambil masa dalam kurang 2 minggu. Maklumat lanjut boleh bertanya di kaunter KWSP berdekatan dengan anda sebab aku tak tahu. Haha.

Cara #4 Mark up pinjaman
Jika tuan rumah bersetuju untuk buat mark up pinjaman, dan harga tuan rumah nak jual rendah daripada harga pasaran. Bincang dengan agen anda okay?

Cara #5 Rumah underconstruction
Pemaju memberi insentif seperti early bird diskaun dan tanpa deposit. Hanya perlu bayar harga booking. Ada juga pemaju bagi diskaun dan rebat.

 

Cara #6 Simpanan
Simpanlah 10% daripada gaji. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Cara #7 Skim Rumah Pertamaku
Cuba cari maklumat tentang skim ini. Skim ini boleh membiayai pinjaman perumahan kita sehingga 100%. Jadi tak perlu membayar deposit rumah.

Cara #8 Emas
Beli emas masa harga jatuh, masa nak beli rumah, pajakan di tempat dijamin selamat. Boleh jalan ke?

 

Tuan rumah nak jual dengan cepat atau terdesak perlukan wang dengan segera akan jual harga rendah daripada pasaran. Mereka memang takkan tunggu lama. Mereka akan jualkan pada yang berpotensi saja. Jadi kalau kau tak ada deposit rumah rugi kalau lepaskan peluang.

Akhir kata, pokok pangkalnya kena ada simpanan jugak. Walaupun tak perlu bayar deposit rumah, kita kena ada juga wang. Jadi menyimpanlah daripada sekarang. Setkan matlamat bila kau nak beli rumah. Perancangan kena ada. Tangguhkan dulu kehendak kau yang menggunung yang tak pernah habis-habis.

Sumber artikel disini

Sumber gambar

Comments

comments