7 sebab mengapa anak muda belum mampu membeli rumah pertama

0
2485

Ini adalah pengalaman saya  berdasarkan mesej FB yang diterima daripada followers yang mengadu mengenai masalah mereka.

 

1. Gaji Yang Terlalu Rendah
Ramai yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah disebabkan gaji yang terlalu rendah. Gaji minimum yang diperoleh antara RM900-RM1200. Dengan kenaikan kos hidup, gaji tersebut terpaksa diperuntukkan untuk membeli keperluan asas sahaja.

 

2. Terlalu Banyak Hutang
Belum bekerja lagi sudah ada hutang pendidikan, hutang PTPTN. Dah dapat kerja terus bela hutang dan tunjuk perangai ‘debt lovers’ tu. Antara hutang yang biasa dibuat ialah hutang kereta, pembiayaan peribadi, kad kredit, hutang Courts, ataupun hutang kawan-kawan. Gaji diperuntukkan hanya untuk membayar hutang. Lepastu tinggal RM200 je setiap bulan untuk hidup.

 

3. Harga Rumah Yang Semakin Mahal
Harga rumah semakin hari semakin mahal. Contohnya harga rumah di kawasan Lembah Klang, bandar utama, Sabah dan Sarawak sangat tinggi nilainya. Segelintir orang, target nak beli rumah atas tanah, baru dibina takpun rumah tepi KLCC memang mahalnya der. Cuba usha rumah apartment. Rumah buruk korang tak nak beli pula.

 

4. Tiada Ilmu
Tiada ilmu asas seperti cara-cara untuk menguruskan kewangan dengan betul. Mengumpul deposit dengan cepat atau membeli rumah pertama dengan selamat. Jadi, cubalah luangkan masa mencari ilmu mengenai hartanah.

 

5. Takut / Risau
Pengalaman daripada orang sekeliling membuatkan mereka takut untuk membeli rumah. Bagi mereka, membeli kereta berharga RM120,000 lebih selamat daripada membeli rumah apartmen subsale yang berharga RM100,000.

Kalau beli rumah, mereka takut ditipu ejen, takut rugi, takut tak ada penyewa, takut tak lepas pembiayaan dan bermacam-macam lagi. Cuba dulu baru tahu. Jangan memberi banyak alasan.

 

6. Tiada Simpanan
Dah pakai kereta tak padan dengan gaji, travel sana sini, beli macam-macam barang kehendak macam mana nak buat simpanan. Ye dak? Sukar untuk menyimpan walaupun RM100 setiap bulan. Simpan sebanyak 10 peratus daripada gaji apatah lagi. Simpanan ini penting sebagai deposit rumah.

 

7. Gaya Hidup
Gaya hidup yang mewah. Lebih mementingkan gaya hidup daripada keperluan hidup. Kereta nak yang import mewah saja. Telefon kalau tak iPhone tak sah. Alergik pakai baju murah. Makan mesti kat tempat hipster.

 

 

Apa yang saya cuba sampaikan, sebab-sebab di atas adalah halangan terbesar korang. Jadi apa tindakan korang untuk menempuh halangan tersebut? Korang nak terus memberi alasan ataupun nak mencari jalan keluar? Senaraikan semua halangan tersebut dan cari jalan penyelesaian.

Tiada halangan yang tak mampu korang tempuhi. Setiap halangan pasti ada jalan penyelesaian. Korang kena berusaha. Cari ilmu. Berkawan orang yang sudi tolong korang. Orang yang boleh ajarkan korang untuk berjaya.

Takkan korang nak menyewa sahaja seumur hidup. Cari jalan penyelesaian. Jika sekarang korang pun susah nak beli rumah, anak-anak korang nanti lagi lah susah.

Jangan risau. Jangan terburu-buru untuk membeli rumah. Yang penting korang kena ada kesedaran dan mula bertindak.

Semoga tahun 2017 ini menjadi titik permulaan untuk mula membeli rumah. Tanamkan azam berserta usaha. Ayuh sama-sama kita berubah.

Pada pendapat saya, kalau seseorang itu tidak membazir, pandai uruskan kewangan, kurang belanja makwe makan tempat mewah, kurang berhutang, tidak bergaya hidup mewah serupa anak datuk, walaupun gaji ciput okay la. Akan tiba masanya peluang untuk beli rumah. Jadikan halangan itu sebagai cabaran, bukannya sebagai alasan.

Sumber artikel disini

Sumber gambar

Comments

comments