7 risiko besar yang pelabur lelong newbie harus tahu sebelum terperangkap

0
1855
Sumber gambar : www.bankforeclosing.com
Sumber gambar : www.bankforeclosing.com

Sekarang ni market tengah meriah, reserve price dah tinggi, orang bid melebihi market value! Jadi meh saya share balik untuk kengkawan newbie saya.

Ini serba sedikit yang dapat saya kongsikan tentang risiko serta faktor-faktor yang boleh menyebabkan pelabur (pembida) hartanah lelongan terperangkap.

 

#1 Tidak memeriksa keadaan hartanah

Antara benda terpenting sebelum menyertai lelongan hartanah ialah melakukan site visit ke atas hartanah yang akan dilelong. Rumah yang akan dilelong biasanya berada dalam keadaan yang tidak memberangsangkan kerana most of the time, rumah tersebut telah lama ditinggalkan dan mengalami kerosakan yang agak teruk. Tak pergi site visit untuk rumah lelong? Hmmm.. tak taulah nak cakap apa.

 

#2 Tidak memahami syarat lelongan

Sebelum pergi menyertai lelongan, pastikan anda membaca “Proclamation of Sales (PoS)” dan “Condition of Sales (CoS)”. Penting untuk anda tahu syarat lelongan tersebut. Contohnya unit itu adalah unit kos rendah, bumi unit atau unit itu dibina di atas “Malay reserve land”. Tanpa memahami syarat lelongan ini, risiko anda terperangkap adalah agak tinggi.

 

#3 Kaveat / Sekatan

Kaveat atau sekatan adalah salah satu benda yang dikuatiri untuk sebuah unit lelong. Kaveat atau sekatan adalah tuntutan hak oleh pihak ketiga ke atas unit hartanah tersebut. Jadi, amatlah berisiko jika antara tidak memeriksa status unit lelongan anda samada mempunyai kaveat (sekatan) atau tidak. Kaveat ini akan menyukarkan proses pemilikan hartanah lelongan serta proses mendapatkan pinjaman untuk unit tersebut.

 

#4 Budaya mengikut-ikut

Rumah lelong macam dah jadi “trending”, kebanyakan orang nak menyertai lelong untuk mendapatkan rumah lelong yang dianggap ianya mudah dan tidak mempunyai risiko. Orang lain senang jer dapat rumah lelong, kenapa aku tak boleh? Senang je, main lelong ni, ada duit cukup untuk “reserve price”, dah boleh join la. Market Value (MV) rumah tu pun tak tahu, main redah jer. Kita tengok jer apa akan jadi lepas tu. Fuh, bahaya budaya camni.

 

#5 Kekurangan Ilmu mengenai hartanah lelongan

Ilmu untuk hartanah lelongan atau proses mendapatkan rumah lelongan sangat penting. Tak cukup ilmu berkenaan rumah lelong ini nanti buruk akibatnya. Banyak benda tersirat dari benda tersurat, jangan kerana kita tengok “reserve price” tu below MV, terus kita nak join tanpa ilmu yang cukup. Sebab itu, lebih selamat jika kita kurang ilmu tentang hartanah lelongan, kita lantik atau kita guna khidmat ejen lelong yang berpengalaman dan boleh dipercayai. Tak cukup ilmu lelong ni, duit kita boleh hangus camtu jer tau.

 

#6 Tidak buat “Market Survey”

Kenapa kita perlu buat “Market Survey”? Antara sebab utama kita buat “market survey” ini adalah untuk mengetahui MV untuk hartanah lelongan tersebut. Di samping itu penting untuk kita tahu kebolehpasaran unit lelongan tersebut dari segi potensi jualan ataupun untuk sewaan. Kalau tak buat “market survey”, macam mana kita nak tahu potensi rumah lelong tersebut, macam mana kita nak pastikan matlamat pelaburan hartanah lelongan kita boleh tercapai. Tak gitu?

 

#7 Tidak menyemak kelayakan pinjaman

Yang ni serius ni, rumah lelong ini sangat berisiko. Tak semua bank mudah untuk memberi pinjaman untuk unit rumah lelong. Dah la bank susah nak bagi pinjaman untuk rumah lelong, latar belakang pemohon pinjaman juga tak “financially stabil” (kewangan tak kukuh). Bahaya betul kalau loan tak lepas, baki 90% dari “auction price” kena bayar dengan cash. Kalau tak dapat bayar dalam tempoh yang ditetapkan, bayaran awal 10% tu hanguslah. Jadi, sape suruh tak semak kelayakan pinjaman dulu sebelum pergi “bidding” rumah lelong? Sendiri cari penyakit lor. Gurau cikit pun tak boleh, menyampah! Haha.

 

Perkongsian point utama dari Tuan Mohd Ali Majis.Huraian point utama tu, saya cuba berikan berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri.

Sila betulkan saya, jika ada pendapat (huraian) yang tidak tepat atau kurang sesuai. Kita sama-sama belajar ya. Saya pun bukan pandai sangat pasal hartanah lelong ni, baru 2 kali cuba nasib pergi “bidding”, tak pernah sekalipun berjaya. Haha. Yang pastinya ada hikmah disebaliknya. Tak sabar nak jumpa otai-otai lelong lagi lepas ni. Kemudian boleh memburu rumah lelong lagi.

 

Artikel ini telah disumbangkan oleh Tuan  Firdaus Pay

 

Comments

comments