7 perkara yang anda perlu tahu ketika nak minta pinjaman. Nombor 4 paling penting untuk rekod kewangan anda cantik.

0
2139

 

1) Pekerjaan sesuai kelayakan (Tetap vs Kontrak)
– Kelayakan pinjaman kita bergantung kepada kestabilan pekerjaan kita. Pekerja tetap lebih senang untuk mendapat pinjaman berbanding pekerja kontrak.

2) Elak hutang tak perlu (Jaga DSR)
– Elakkan beli kereta yang mahal sebelum membeli rumah. Beli kereta yang mahal akan meningkat Debt Service Ratio (DSR) kita, seteruskan akan memberi kesan apabila kita semasa kita ingin memohon pinjaman perumahan.

3) Bina rekod kredit yang baik (Clean CCRIS & CTOS)
– Sila bayar hutang sebelum atau tetap pada masa kita perlu membayar pinjamaan. Permohonan pinjaman kita akan ditentukan oleh rekod pembayaran pinjaman kita selama setahun kebelakang. Pastikan tiada pinjaman yang jadi hutang lapuk (Bad Debt).

4) Hapus / kurang / gabung hutang (Kurangkan DSR)
– Kurangkan hutang kita dengan cara hapus, kurangkan, atau gabungkan hutang kita untuk mengurangkan Debt Service Ratio (DSR) kita. Hutang kad kredit kena jaga, 5% dari baki outstanding RM10,000, sudah jadi RM500! Tu belum masuk personal loan dan juga pawn broking!

5) Lindungi identiti diri (Jangan jadi “Fraud Victim”)
– Jangan beri salinan Mykad kita sesuka hati kepada orang lain kerana salinan Mykad kita boleh disalahgunakan untuk membuat loan oleh “fraudster”. Sentiasa periksa rekod CCRIS kita untuk memeriksa samada terdapat senarai loan atau kredit kad yang bukan milik kita di dalam rekod CCRIS kita.

6) Kurangkan belanja, tinggikan simpanan. (Increase your Saving)
– Kurangkan perbelanjaan yang tak perlu, tingkatkan simpanan kita. Nilai simpanan kita di bank juga akan dinilai oleh pihak bank untuk meningkatkan peluang kita untuk mendapat pinjaman.

7) Jangan menjamin (Beringat sebelum Kena)
– Elakkan untuk menjadi penjamin, terutama kepada mereka yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kita. Jika kita menjadi penjamin, ia mengurangkan peluang kita untuk mendapatkan pinjaman.

Kalau ada lagi, lain kali saya tambah ya.
Semoga bermanfaat.

Ok, sekian terima kasih.

Sumber : Facebook

Sumber gambar

Comments

comments