7 panduan untuk elakkan diri dari jadi hamba hutang

0
152

 

Biar papa asal bergaya. Kebanyakan anak muda sekarang suka pegang prinsip ini. Mereka lebih suka nampak bergaya, nampak mewah sedangkan hutang keliling pinggang. Kau pulak macam mana?

Jika kau tergolong dalam kategori orang yang banyak berhutang, belum terlambat untuk mengubah keadaan tersebut. Bagi yang belum terjebak dengan hutang, kau sangat beruntung.

Orang yang banyak hutang ni, dia buat hutang lepastu susah nak bayar balik. Buat lagi hutang lain sampai dapat gaji duk bayar hutang saja. Jadi, apa yang kau boleh buat untuk elak daripada menjadi hamba hutang selamanya?

Berikut merupakan 7 tips untuk elak dan keluarkan kau daripada menjadi hamba hutang untuk selamanya :

 

#1 Semak Balik Gaya Hidup

Jika kau tak mampu tambah pendapatan, kau kena kurangkan komitmen. Kau kena ubah gaya hidup. Biarlah orang lain cakap kau kedekut nak berbelanja asalkan kau tahu tangan kanan kau suka menderma.

Biarlah orang lain pakai kereta import mewah, kau pakai Axia je. Biarlah orang lain bercuti dekat Eropah, kau bercuti dekat Pulau Langkawi saja. Tak perlu nak bermegah-megah ataupun pura-pura kaya semata-mata untuk dapatkan pujian. Bersyukur dengan apa yang ada, nanti rezeki akan lagi bertambah.

#2 Perangkap Kad Kredit

Jika kau tak pandai uruskan kad kredit jangan buat dan jangan guna. Jika sebulan terlepas bayar, profit bank akan naik.. Jika pandai gunakan sebaiknya, boleh teruskan.

Gunakan kad debit saja. Kau ada hutang PTPTN tapi bayar tak konsisten, jangan harap kau nak bayar hutang kad kredit tepat pada masanya. Kau kan sibuk travel dan juga sibuk main Facebook je memanjang.

#3 Sediakan Belanjawan

Semua orang tahu pasal buat bajet / belanjawan ni. Tapi sukar untuk laksanakan. Mulakan buat bajet ringkas seperti senaraikan semua komitmen / hutang yang perlu dibayar setiap bulan. Senaraikan perbelanjaan untuk sebulan dan juga kos sara hidup. Gunakan aplikasi My Tabung daripada BNM untuk memudahkan kau merangka bajet.

Jadilah orang yang bijak merancang. Dengan membuat bajet kau akan lebih mudah dan bijak untuk menguruskan kewangan. Sekurang-kurangnya kau tahu ke mana duit kau orang pergi.

#4 Bahaya Pembiayaan Peribadi

Fikir sekali lagi jika mahu berhutang semata-mata untuk majlis perkahwinan. 5 tahun bercinta, 50 kali makan tempat mewah, 70 kali bercuti bersama mencipta kenangan tapi langsung tak terfikir nak bina tabung kahwin?

Jangan ikut sangat nasihat suruh pergi travel sana-sini pada usia muda. Sampai nak kahwin pun kena buat pembiayaan peribadi.

Jauhi juga pembiayaan peribadi jika mahu melabur dalam skim cepat kaya. Ataupun sebarang pelaburan yang MENJANJIKAN PULANGAN YANG LUMAYAN.

#5 Hidup Di Bawah Kemampuan

Anak muda sekarang baru kerja beberapa bulan je sudah nak beli kereta import mewah. Terus nak buat kad kredit. Gaji kau tu ciput. Sedar-sedar la diri. Cuba la hidup di bawah kemampuan terlebih dahulu. Tangguhkan kehendak. Simpan dan teruskan menyimpan.

Ingatlah bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Kau boleh pilih mana yang kau nak. Nak hidup senang dulu atau nak susah dulu? Fikir-fikirkan ye .

 

#6 Bayar Diri Sendiri Dahulu

Bila dah dapat gaji ataupun pendapatan, terus tolak 10% daripada gaji tersebut. Simpan dan jangan guna. Jadikan ia sebagai tabiat menabung untuk kegunaan jangka masa panjang.

Jika terguna untuk beli kehendak, gantikan balik dengan 30% sebagai denda kepada diri sendiri. Apabila gaji mula meningkat, mulakan melabur di tempat yang diyakini dan terjamin. Antaranya unit amanah ataupun ASB Financing.

#7 Tambah Pendapatan

Jangan malu kau buat bisnes online ataupun berniaga kecil-kecilan. Tapi malu lah, ada hutang berlambak tapi masih taknak ambil apa-apa tindakan. Banyak kau boleh buat, antaranya jadi runner, dropship, ejen takaful, dan sebagainya. Dapat cover barang dapur jadi lah.

***

Malang tidak berbau. Kita sebagai manusia tak terlepas daripada ditimpa bencana ataupun kemalangan. Jadi, kita perlu bersedia dengan perlindungan takaful. Peruntukan RM100-RM300 untuk membuat perlindungan takaful dan medikal kad.

Jangan abaikan takaful. Kau tu dah la merokok, hisap vape, tiap malam minggu melepak, malas bersenam, tidur tak cukup, air masak kurang nak minum. Jadi, pandai-pandai lah ambil medikal kad sebelum terlibat dengan apa-apa kemalangan. Beringat sebelum kena.

Sebenarnya pengurusan kewangan tidak begitu sukar. Kau untung sebab muda-muda lagi dah ada ilmu pasal pengurusan kewangan. Lagi cerah masa depan kau nanti. Tinggal nak praktikkan je.

Jangan sampai dah bankrup, orang bank asyik telefon tak nak angkat barulah nak cari jalan penyelesaian, nak kenal erti penyesalan. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian dah tak berguna.

Belajar sikit-sikit. Simpan dan berbelanjalah secara berhemah. Jangka masa panjang kau akan nampak hasilnya. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Jadi, apa tunggu lagi. Masih merenung nasib diri ke? Merenung tanpa buat apa-apa tindakan tak guna juga. Jangan kecewa dan sedih jika dilahirkan miskin, tapi berusaha lah berubah. Kah!

Sumber : Amir Syahir

#AmirSyahir
#NotaKewanganASY

Comments

comments