7 panduan untuk dapatkan pembiayaan perumahan dengan kadar keuntungan bank yang baik

0
1343

 

Soalan: Betul ke kalau rumah bawah RM100K, kadar keuntungan bank lebih mahal berbanding kalau kita beli rumah RM100K ke atas?

Jawapan: Ya. Ada kalanya kadar keuntungan bank memang akan berbeza bergantung kepada jumlah nilai pembiayaan perumahan tersebut. Lagi besar jumlah pembiayaan lagi bank suka.

 

Prosedur menguruskan pembiayaan perumahan bawah RM100K dengan pembiayaan perumahan RM100K ke atas adalah sama. Masa dan tenaga diperlukan pun adalah sama.

Bank ialah institusi kewangan yang mahukan keuntungan. Mereka mahu berniaga dengan orang yang mampu bayar dan mahukan keuntungan.

Pihak bank akan menaikkan kadar keuntungan bank jika pembiayaan perumahan di bawah RM100K untuk mendapatkan sedikit keuntungan.

Jadi, bank akan menawarkan kadar keuntungan yang rendah jika jumlah pembiayaan semakin tinggi. Lagi tinggi jumlah pembiayaan, lagi bank suka.

Antara faktor lain yang akan membezakan kadar keuntungan bank ialah profail individu (skor kredit), nilai hartanah dan Debt Service Ratio (DSR).

Jadi, kau dah faham kenapa kawan kau dapat kadar keuntungan yang cun bawah 5% tetapi kau dapat kadar faedah yang tinggi?

Pihak bank pun macam kita juga, ada sifat percaya baru mereka akan bagi kadar keuntungan bank yang cun melecun.

 

Antara panduan untuk dapatkan kadar keuntungan bank yang cun ialah:

#1 Cipta rekod CCRIS

Buat pembiayaan ASB Islamik ataupun kad kredit dekat bank yang kau akan buat pembiayaan perumahan seperti Maybank dan CIMB. Jadi, kau sudah ada rekod pembayaran balik. Pihak bank akan yakin kau mampu membayar ansuran tanpa bertangguh.

#2 Mempunyai Tabiat Menyimpan

Bank suka akan individu yang mempunyai tabiat menyimpan. Cuba simpan sebahagian daripada gaji. Biar ada simpanan di Tabung Haji, RM1000 kat Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), ataupun di ASB. Simpan simpan simpan!

#3 Tambahkan Pendapatan

Individu yang berpendapatan lebih daripada RM3000 biasanya akan mendapat kadar keuntungan bank yang lebih baik. Jadi, buatlah kerja sampingan yang boleh membantu pendapatan kau.

#4 Jauhi Pembiayaan Peribadi

Kalau boleh jauhilah pembiayaan peribadi. Kalau setiap bank kau ada pembiayaan peribadi, boleh dah kau menitiskan air mata. Kau yang dah buat pembiayaan peribadi masa kahwin dulu boleh lah tepuk dahi sekarang.

#5 Jadilah Peminjam Yang Berhemah

Jika ada pembiayaan kereta, bayarlah dengan jumlah yang tepat pada waktu yang ditetapkan. Jika ada kad kredit, bayarlah jumlah yang sepatutnya. Kalau boleh jangan guna kad kredit melebihi limit yang ditetapkan. Boleh menampakkan kau seorang individu yang berisiko.

#6 Beli Rumah Masa Umur Muda

Ada ajaran sesat yang suruh kau pergi travel kenal dunia, ambil pengalaman dulu. Jangan ikut. Simpan dulu duit. Beli rumah dulu untuk dijadikan pelaburan. Dah buat pelaburan, baru pergi bercuti. Jika kau umur 35 tahun baru nak mohon pembiayaan perumahan, kau dikategorikan sebagai individu berisiko juga. Kadar faedah pun akan tinggi.

#7 Mempunyai Kewangan Yang Stabil

Bank suka memberi pembiayaan kepada individu yang dapat membuktikan mereka tidak memerlukan bantuan bank. Tak akan sangkut bila nak bayar ansuran. Tak pernah main pajak emas kat An Rahnu, tak pernah ada pembiayaan peribadi. Rekod bersih dari CTOS dan CCRIS pun cun je. Deposit rumah dah tersedia ada.

 

Cakap pasal kadar keuntungan ni, kalau tak ada duit untuk buat deposit rumah pun tak guna kan? Jadi, tak reti-reti lagi nak menyimpan?

Yang merokok tu boleh cuba berhenti untuk kumpul deposit rumah. Bila la kau nak insaf. Duk habis RM300 sebulan untuk rokok. Kalau setahun dah RM3600. Kalau 3 tahun? Kau kira la sendiri. Kah!

Sumber : Tuan Amir Syahir

Comments

comments