7 panduan membeli hartanah bagi newbie. No #1 paling penting

0
580

Sebelum menceburi hartanah, sangat penting untuk kita tahu kemampuan kita. Tambah lagi bagi newbie. Jangan gopoh untuk terjun dalam hartanah jika kita masih zero.

Kami nak kongsikan perkongsian dari Tuan Amir Syahir tentang apa yang boleh dijadikan panduan bila berminat melabur dalam hartanah. Jom baca sama-sama ok?

Ramai anak muda sudah mula berminat untuk melabur dalam hartanah. 7 perkara berikut boleh dijadikan panduan untuk menceburi bidang ini.

Antaranya:

#1 Ilmu

Kita mestilah mempunyai ilmu yang cukup sebelum membuat perancangan. Belajar dulu selok belok hartanah. Laburkan sedikit wang untuk beli buku berkaitan, hadir seminar hartanah. Ilmu penting sebagai persediaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ilmu juga dapat diperoleh dengan membaca dan melalui perkongsian pengalaman orang lain.

#2 Bina Ukhuwah

Bina ukhuwah / networking antara ejen, banker, kawan yang sama minat dengan kau. Mereka boleh bantu kau dari masa ke semasa. Kalau dapat bina satu pasukan yang cekap lagi cepat kau bergerak jauh. Antaranya seperti peguam , pegawai bank, kontraktor, juru elektrik, tukang baik pulih rumah dan sebagainya.

#3 Matlamat

Tentukan matlamat keuntungan hartanah :
-Kenaikan nilai hartanah
-Pendapatan pasif (aliran tunai)

Keuntungan kenaikan nilai hartanah
i. Rumah bertanah lebih cepat naik harga.
ii. Memerlukan modal yang agak tinggi.
iii. Beli, simpan, jual.
iv. Beli masa dalam pembinaan, siap jual.

Keuntungan pendapatan pasif
i. Hasil lebihan daripada hartanah yang disewakan.
ii. Apartmen / kondominium lebih bagus.
iii. Perlu ada kecekapan menguruskan rumah sewa, duit sewa.

#4 Modal

Modal mesti ada. Takkan nak beli rumah dengan senyuman menawan kau je, ye dak? Belajar macam mana kau boleh dapatkan modal / deposit rumah dengan cepat.

#5 Nilai Hartanah Bawah RM300K

Sebagai permulaan, kau boleh mencari hartanah berskala kecil. Sebabnya;
i. Mudah untuk dapatkan pembiayaan hartanah tersebut, senang dapatkan pembiayaan rumah kedua dan seterusnya.
ii. Mudah untuk mendapatkan penyewa / pembeli.

#6 Lokasi

Lokasi memainkan peranan penting untuk meningkatkan keuntungan dari segi kenaikan hartanah ataupun keuntungan sewa. Antaranya;
i. Berdekatan dengan pusat bandar
ii. Berdekatan dengan kawasan perindustrian
iii. Berdekatan dengan hospital, sekolah, pejabat kerajaan
iv. Berdekatan dengan universiti, kolej, politeknik
v. Berdekatan laluan pengangkutan awam.
vi. Berdekatan laluan lebuhraya

#7 Keuntungan

Kau kena tahu kau bakal dapat keuntungan. Ada orang beli hartanah mahu buat sewa tapi selalu aliran tunai negatif. Maknanya ada yang tak kena tu. Membeli tanah yang tidak diusahakan dianggap tidak memberi keuntungan jika masih perlu membayar menggunakan pendapatan sendiri. Macam mana nak untung? Kena tengok balik nombor 1. Ilmu.

 

Apa yang saya tulis sebagai panduan asas saja. Bersama-sama lah kita menuju kejayaan dunia dan akhirat. Ada duit susah, tak ada duit pun susah. Jangan sampai kita jadi hamba duit. Bila kita kaya, boleh kita tolong orang yang tak berkemampuan.

Contohnya, jika kita jadi tuan rumah, kalau penyewa kita baik, bayar tepat waktu, kita sudah mendapat untung sewa dan aliran tunai positif. Ramai tuan rumah Melayu kekalkan harga sewa rumah je. Jadi, Melayu kita sendiri tak terbeban kan?

Moga manfaat. Kah!

Comments

comments

SHARE
Previous article10 tips panduan matlamat kewangan bagi anak muda
Next articleDividen KWSP 2018 diumumkan hari ini
Amir Syahir
Seorang penjawat awam yang suka berkongsi ilmu hartanah, pengurusan kewangan, dan ilmu yang bermanfaat untuk kebaikan orang muda. Mempunyai pengalaman meluas dalam pelaburan dan pengurusan kewangan anak muda.