7 nasihat kewangan untuk anak muda

0
61

Kewangan, jika tak jaga dengan elok, ada peluang untuk jadi tak terurus.
Jika kita baru nak bermula dari bawah, mulakan saja. Sebelum ni tak pandai urus kewangan, tak apa. Jadikan ianya satu pengajaran.

Masa yang kita ada sekarang, jaga betul betul supaya tak terbuang begitu saja. Apa yang kita buat sekarang bakal mempengaruhi kita.

Nak enjoy, boleh. Silakan saja. Cuma berpada-pada. Jangan sampai kewangan sendiri rabak, berhutang sana sini. Nanti dah tak dapat kawal, baru rasa menyesal.

Antara perkara penting yang perlu korang buat adalah:

#1 Amalkan sikap ‘menyimpan sebelum berbelanja’

Bila terima gaji, perkara pertama yang perlu dibuat adalah asingkan simpanan. Jika mampu, asingkan 10% – 30% dari gaji bagi yang masih single. Contohnya bergaji RM2500, asingkan RM250 – RM750 untuk simpanan. Namun, setiap orang berbeza kemampuan kewangan. Jika kita tak mampu simpan 10% dari gaji dan hanya mampu simpan RM50 saja setiap bulan, maka simpan je. Yang penting simpan.

Simpan sebelum belanja bukannya belanja dulu baru simpan. Boleh?

#2 Set target kewangan yang jelas

Setiap orang berbeza target kewangan. Ada yang target nak beli rumah pertama. Ada yang target nak ada simpanan RM20K sebelum umur 30 tahun. Ada yang target nak bawa keluarga pergi umrah. Ada yang target nak kahwin. Apa saja target kewangan korang, mulakan rancang apa strategi nak pakai. Nak simpan di mana? Berapa yang perlu kita simpan untuk capai target kita?

Contohnya nak beli rumah pertama berharga RM200K lagi 3 tahun. Sekurang-kurangnya 15% dari harga rumah kita kena ada ( RM30000). Setiap bulan anggaran kita perlu simpan adalah RM833. Banyak kan? Sebab tu pentingnya bermula awal dan tahu strategi apa nak pakai.

#3 Pilih tempat menyimpan yang betul

Untuk menyimpan, korang boleh pilih untuk menyimpan di Tabung Haji atau ASB. Kedua-duanya baik. Sambil-sambil menyimpan di Tabung Haji, korang boleh terus daftar haji jika belum mendaftar. Simpan je dulu. Ada rezeki, korang boleh pergi haji awal.

Seboleh-bolehnya, simpanan yang korang buat tu biarkan saja. Jangan usik jika tak ada keperluan mendesak.

#4 Melabur dengan bijak

Sebelum melabur di mana-mana jua, pastikan korang tahu apa yang korang nak labur tu. Jauhi skim cepat kayap dan skim yang tak betul. Tak ada jalan pintas untuk jadi kaya. Pilihlah pelaburan yang betul. Korang boleh mulakan dengan ASB Financing, Unit Trust, saham, hartanah dan sebagainya. Melabur ikut kemampuan diri sendiri jangan ikut kemampuan orang lain. Tak mampu melabur dalam jumlah yang besar, mulakan dengan nilai yang kecil dulu.

#5 Ambil perlindungan Takaful

Semasa tengah sihat, usahakan untuk ada perlindungan Takaful yang sesuai dengan keperluan korang.

#6 Beli kereta mengikut kemampuan

Nak beli kereta tak salah. Beli saja. Bukan semua tempat accessible by public transport. Jadi nak tak nak, kena ada motor atau kereta untuk mudahkan bergerak. Kan? Jika kita perlu beli kereta, beli ikut kemampuan kewangan kita. Jangan sesekali beli tak padan dengan gaji. Beli kereta bukan sekadar bayaran ansuran bulanan yang perlu di ambil kira. Duit minyak, tol, parking, semua tu perlu di ambil kira.

#7 Kawal hutang

Bab berhutang ni korang kena hati-hati sangat supaya tak terjebak dengan hutang yang tak baik. Seboleh-bolehnya elakkan berhutang personal loan untuk majlis kahwin. Nanti anak dah masuk 2 pun korang masih duk bayar hutang personal loan tu. Jauhkan diri dari hutang untuk perkara yang tak penting.

Jaga CCRIS rekod korang bagi cantik. Penting. Jangan pula korang dah tahu CCRIS rekod tak cantik, nak mohon loan tak lepas, korang pergi salahkan bank pula.

Kawal hutang dengan baik.

Dalam mengurus kewangan, penting untuk korang tahu kemampuan diri dan mulakan tindakan dari sekarang. Lagi awal korang buat, lagi bagus sebenarnya.

Kami percaya korang mampu buat. Jom jadi bijak kewangan sama-sama!

Perkongsian ini bermanfaat? Silakan SHARE kepada keluarga dan kawan-kawan korang. Biar kita sama-sama cerdik dalam ilmu kewangan.

Comments

comments